CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kingcarlos

Kisah Seram Di Bangi, Kajang Dan UKM

    [Copy link]
Post time 15-3-2016 04:51 PM | Show all posts
Delores replied at 15-3-2016 03:12 PM
Hi Clover.. last week pegi dinner alumni FUU tak? saja tanya.. :-P

owh tak...ada hal time tu..u pegi ka junior?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2016 05:12 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 15-3-2016 04:51 PM
owh tak...ada hal time tu..u pegi ka junior?




tak jugak.. malas. Boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 05:13 PM | Show all posts
Delores replied at 15-3-2016 05:12 PM
tak jugak.. malas. Boleh?

Boleh ajaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 05:26 PM | Show all posts

yeayyyy!! ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 12:51 PM | Show all posts
kenangan manis sgt baca thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 12:55 PM | Show all posts
btw, kolej keris mas tu dh siap ke blum?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2016 05:11 PM | Show all posts
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Aku dan Kak Lina dah menyewa rumah tu selama 3 tahun. Diisi juga dengan beberapa penyewa rumah yang bersilih ganti. Memandangkan kami berkerja di sebuah kilang yang sama, kami menjadi lebih akrab. Kak Lina operator kilang yang berkerja shift. Aku pula mengikut waktu pejabat. Penyewa lain adalah pelajar-pelajar di sebuah kolej.

Ada satu masa, Malaysia mengalami panas yg agak tinggi (macam el-nino) so aku memang suka berkemban dengan kain basah untuk tidur malam.  Panas weh! Ada satu malam tu, aku kerap bangun ke toilet untuk basahkan badan. Kak lina pon aku perasan akan bangun setiap jam, mungkin basahkan badan. (kami berlainan bilik tidur tetapi berkongsi bilik air)
Pukul 4 pagi aku bangun basahkan badan, lepastu aku dengar ada bunyi atas bumbung. Bunyi bagaikan dicakar. Aku nak tuduh tu kerja kucing. Bunyi tu muncul selama 5 minit. Aku sambung tidur macam biasa. Tiba-tiba laungan kak lina dari bilik sebelah. Kuat gila! Aku terus masuk bilik dia melalui pintu toilet! Dia pegang tangan aku kuat kuat, ajak aku tidur dengan dia. Aku bisik “kak kenapa ni? Jangan buat saya seriau” --- “ned tak dengar ke bunyi tu? Akak takut. Stress tak boleh tidur.” Lepastu aku nak tenangkan dia aku jawab “dengar, tapi tu kan bunyi kucing berlari atas bumbung”  

PAPPPPP!!!!! Bunyi bumbung macam kena ketuk kuat gila. Lepastu bunyi cakaran yang tak berhenti datang balik! Aku dengan kak lina dah tutup mata. Ketakutan! Aku ambil handphone kak lina, try call jiran sebelah (masa ni aku nak tuduh perompak masuk), tapi jiran tu tak angkat call aku. Lepas beberapa minit bunyi tu senyap. Kak lina dah menangis, aku memang dah sejuk kaki, tapi terpaksa berlagak cool sebab kak lina menangis. Aku terspontan cakap “dah lah tu, jangan nangis lagi kak. Takde apa tu…” tak sempat aku sambung ayat bunyi ketukan atas bumbung datang balik dengan lebih kuat!

Kami berdua terus diam dan pejam mata, takde sebutir perkataan keluar dari mulut kami. Tak lama kemudian bunyi tu berhenti. Aku & kak lina terus tidur. Atau mungkin berpura-pura tidur?

Pagi subuh tu, kami cuba mengabaikan segala yg berlaku. Pretend like nothing happen. Selepas beberapa minggu, Kak lina tanya “Ned, sedia tak nak cakap benda tu?” Aku angguk bagaikan memahami apa yang cuba Kak Lina sampaikan. Kami saling berandaian bunyi apakah itu? Sepanjang beberapa tahun kami menyewa rumah tersebut, tiada benda ganjil yang berlaku. Dan hari yang sama, kami ada bercakap tentang benda tu dengan housemate yang lain. aku ada tanya housemate yang lain. Ros kata, dia takde dengar apa-apa yang pelik. Kuchi yang sedikit boyish cakap, dia sekadar dengar bunyi katak. Tapi dari riak Kuchi, aku yakin ada sesuatu yang dia sembunyikan.

Lepas makan malam, aku lepak dengan Kuchi kat luar rumah, Kuchi tengah smoking. Aku cuba slowtalk dengan dia, aku bagitau dia yang aku dapat rasa dia ada sembunyikan sesuatu. Kuchi cuma cakap “kalau kak ned nak tau, malam ni tidur dalam bilik saya” Malam tu, aku dah standby pisau, download surah Yassin, buku Yassin, garam dan limau, yang aku selalu nampak para pengamal perubatan islam guna.  Kuchi menyampah je dengan aku yang bajet macam uncleseekers. Kami tidur seperti biasa, sehingga pukul 2.30 pagi Kuchi kejut aku. Aku pelik sebab aku takde dengar bunyi yang pelik-pelik.

Kuchi Tarik tangan aku dan minta aku intai di bawah rumah. Aku terkejut sangat dengan apa yang aku lihat! ROSSSSS! Apa Ros buat dekat bawah pukul 2 3 pagi tu?!

Kuchi Tarik tangan aku ke toto dan paksa aku sambung tidur. Kuchi bisik kat aku, “esok kita sembang.” Aku akur dan terus pejam mata, memaksa diri untuk tidur walaupun otak tengah ligat memikir apa semua ni.

“Kak ned rasa apa dia buat?” Aku geleng kepala, tak mampu nak fikir. Masih terbayang pergerakan Ros berkangkang di bawah rumah, mendepang tangan dan di hadapannya ada, kepulan asap, (takde bau asap kemenyan) dan beberapa barang lain yang aku tak pasti apa benda. Aku biarkan soalan Kuchi tak berjawab.  “Sebenarnya malam tu saya dengar bunyi pelik. Sy intai bawah, lagi pelik sebab ros takde kat bawah, sedangkan setiap hari pukul 2-3 pagi dia mesti buat benda tu.”  Aku tetap berdiam. “saya yakin, benda tu berbunyi kalau Ros tak buat benda tu” sambung Kuchi.

Dan misteri tu tetap menjadi misteri bila aku dan Kuchi tak berani behadapan dengan Ros dan tanya perihal itu. Dan ianya akan selamanya menjadi persoalan kami kerana Ros dah meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan bersama keluarga sewaktu dia dalam perjalanan dari Kb ke Gua musang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 05:20 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 28-4-2016 04:21 PM
sarukhan replied at 28-4-2016 04:11 PM
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Aku dan Kak Lina dah menyewa rumah tu selama 3 tahun. Diisi juga de ...

misteri...si ros tu ada membela kot..apa pun, innalillah...semoga dia diampunkan Allah.

err..tak faham..
rumah sewa ni..ada tiang tinggi ke sampai boleh ada bawah rumah?
ke..maksud kat sini..tingkat bawah?

ni area teras jernang ke?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2016 05:25 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-4-2016 05:20 PM
misteri...si ros tu ada membela kot..apa pun, innalillah...semoga dia diampunkan Allah.

err..ta ...

rumah 2 tingkat. arwah ros bertengek kat laman rumah kalau intai dari tingkap memang boleh nampak sebab dia bertenggek belah luar rumah.
sebenarnya adik arwah ada bagitau kat housemate, dia tak bagitau direct tapi kitorang speku mungkin ada unsur membela atau mengamalkan apa2..

seksyen 15, belakang ilkap.. jalan belakang tembus ke teras jernang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
i bertenggek kat tred ne sbb perkataan ukm je .... 3 thn kat ukm .... pengalaman tgok hantu xde ,,, tapi masa first year tahun 2012, i stay kt kolej burhan pernah berlaku kejadian kesurupan, masa tu sem 1, i rasa ad jin laa kot dok tumpang bilik2 senior yg single room tu, sbb tu kot kena rasuk. so every time masuk sem bru i akan baca yasin dlu, yelaa kan bilik lama kena tinggal, around two months gtu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by anne_cheng at 1-5-2016 12:20 PM

bilik junior biasanya berumet, which is satu blik 2 org saje, thn 2 n 3 i blik single, so far xde pape yg berlaku laa kt blik single tu. but dlu kan masa first year i selalu tidur lewat smpai pkul 2 3 pagi sbb internet all the time laju gila, nak2 klu guna kabel memag smooth gtu so rasa syg klu xgunakan sepenuhnya. but i perasan stiap kali pkul 12 or 1 i selalu dgr bunyi guli kt belakang katil rumet. ekceli, katil i bersebelahan dgn katil rumet, dibelakng katil tu mcm ad satu ruang yg kosong, kt tgh2 rak kasut. hujung katil bhgian kaki plak meja belajar, then almari lepas tu bru pintu blik. harap dpt gambaran bilik laa ye.

so hampir setiap malam i akan dgr bunyi guli tu, but bila tanya rumet dy xpena dgr pom, hairan gak. tapi masa tu i xpena pom pkir benda mistik2 ne, n i selalu gak terjaga tgh2 malam dgn jantung berdengup kencang mcm kena kejar anjing dan rasa takut yg amat sgt.

org bwh bilik i kwn rumet, dy pena tanya 'korang selalu main guli ke?' sbb setiap mlm bunyi guli dri atas which is bilik kiteorg, maaf klu xseram tapi ne pengalamn yg misteri bgi i xsbb xpena lagi berhadapn dgn situasi mcm ne.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 10:03 AM | Show all posts
klu kat bandar baru bangi banyak benau tempat seram suram semua ada
kat tempat tinggal kaka tu boleh tahan gak gangguannya, x suram sbb ada kedai mamak kat situ
kaka tinggal kat seksyen 4 tambahan
klu org lama sure taw apa asal usul seksyen 4 tambahan tu

tp kaka xmoh citer psl tempat kaka tinggal kang x memsl mlm kang dia kacau lak kami anak beranak
sebaliknya nk citer ttg satu kedai makan yg leh tahan ramai pengunjungnya kat BBB ni
ms 1st time msk kedai tu dulu dgn arwah suami akak rela berlapar dr mkn
xtaw naper tp rs cam x best kat hati dan sendi ni
then selalu akan lalu kedai ni klu blk dr kl sbb dah mmg kedai ni otw nk smp umah kaka

satu hr Allah nk tunjuk ms tu kaka br amik adik kat hentian serdang so ms hampir nk melintasi kedai tu kaka nampak ada satu jin toncit tgh syurrr kat kedai tu dan mulut celopar kaka ni terus tegur ckp kat adik, sekali kaka, adik dan anak kaka merasai ada penumpang lain dlm keta kami dan serta merta anak kaka yg dok belakang peluk kaka dan menyembamkan muka dia dan opkozz kaka dan adik terdiam, smp kat trapik light mekdi tu br benda tu hilang, anak kaka kata ma lain kali jgnlah laju sgt mulut ma nk tegur benda tu, x memsl benda tu dok dgn abudin
dan terbaru ni kaka ternampak lg tp kaka senyap aje sbb kaka xnk nnt dia tumpang keta adik kaka plk

sebenarnya ada bbrp kedai mkn kat BBB ni yg anak2 kaka dah encounter dgn pelbagai benda yg x best utk dipandang dek mata kita
memula cam xnk caya sbb salah satu kedai mkn tu mmg milik islam, sediakan surau lg tp napernya cik pon dok berlegar2 kat kedai tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 10:44 AM | Show all posts
fatehana replied at 17-5-2016 10:03 AM
klu kat bandar baru bangi banyak benau tempat seram suram semua ada
kat tempat tinggal kaka tu bol ...

Tak paham aku dgn org Melayu kita ni.

Aaakah tak cukup Allah sebaik2 Pemberi Rezeki?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 10:56 AM | Show all posts
fatehana replied at 17-5-2016 09:03 AM
klu kat bandar baru bangi banyak benau tempat seram suram semua ada
kat tempat tinggal kaka tu bol ...

emm...macam tahu je kedai makan ni...

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 11:41 AM | Show all posts
evilcooler replied at 17-5-2016 10:44 AM
Tak paham aku dgn org Melayu kita ni.

Aaakah tak cukup Allah sebaik2 Pemberi Rezeki?

kaka kdg kala tertanya2 adakah si jin toncit tu adalah pelaris utk menarik pelanggan ke apa
huduh sungguh pelarisnya tu
klu msk sedap dan bersih insyaAllah org akan singgah kedai mkn



Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 11:44 AM | Show all posts
Ipo replied at 17-5-2016 10:56 AM
emm...macam tahu je kedai makan ni...

Ipo taw yg mana satu
yg ada jin toncit
atau yg cik pon tu

yg cik pon tu, anak bujang kaka nampak ms lps solat maghrib
dan anak bongsu nampak lak dlm kul 11
bezanya anak bujang kaka nampak lari kelam kelibut dan nanges
si adik lak tenung semcm pastu asyik ckp sian kakak tu kulit muka sopak2
dah 2 kali encounter kaka x gie dah kedai tu walau ramai yg msh mengunjungi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 11:49 AM | Show all posts
fatehana replied at 17-5-2016 11:41 AM
kaka kdg kala tertanya2 adakah si jin toncit tu adalah pelaris utk menarik pelanggan ke apa
huduh ...

Kan..

Teruk sgt ke masakan  diorg sampai jin hantu yg hodoh dan jijik pun kena tolong tarik perhatian org nak masuk?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 12:32 PM | Show all posts
fatehana replied at 17-5-2016 10:44 AM
Ipo taw yg mana satu
yg ada jin toncit
atau yg cik pon tu

yang cik pon tu ..kalau betul la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 01:19 PM | Show all posts
anne_cheng replied at 1-5-2016 12:08 PM
i bertenggek kat tred ne sbb perkataan ukm je .... 3 thn kat ukm .... pengalaman tgok hantu xde ,,,  ...

kolej burhan awal-awal bukak dulu ada kes student perempuan gantung diri dik. pastu time i duduk situ circa 2002 smpi grad mmg hostel pompuan ni kt kwsn terbuka depan pusat kesihatan tu, hostel lelaki yg ngadap belah fpi. tu yg senior zaman tu citer, mmg swap hostel lelaki pompuan sbb kt ada kejadian hantu2. tp dgr citer baru2 ni dah swap balik dh

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 08:28 AM | Show all posts
Ipo replied at 17-5-2016 12:32 PM
yang cik pon tu ..kalau betul la..

yg cik pon tu ek
meh kaka bg clue lg terang dan nyata
actually kedai ni katanya bukanlah dlm BBB sbb dia sempadan aje
tp bg kaka kedai ni ttp dlm BBB sbb sejengkal aje dr seksyen sekitarnya
dan kedai ni ada bangunan sendiri dan lot sendiri
rsnya hadek Ipo taw ke kedai apa yg kaka maksudkan
dah cam main teka teki plk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.078188 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list