|
Belum pun menginjak setahun perkahwinan aktres wanita & atlet negara ini, sudah kedengaran pula desas-desus mengenai hubungan mereka berdua yang bagaikan retak menanti belah. Dengar cerita, seluruh kampung sudah sedia maklum dengan perkhabaran yang tidak enak mengenai mereka berdua. Ada pihak yang berspekulasi kononnya faktor orang ketiga menjadi penyebabnya. Maklumlah, kedua-dua pasangan ini mempunyai rupa paras yang cantik & molek belaka.
Paling tidak enak didengar, ada pihak yang mendakwa kedua-dua pasangan ini sudah pun bercerai. Huh, minta sangat dijauhkan perkara itu. OHBULAN! masih lagi terbayang-bayang akan kemeriahan majlis perkahwinan pasangan ideal ini satu ketika dahulu.
Apabila spekulasi penceraian ini tersebar, ada pihak wartawan yang cuba mendapatkan penjelasan daripada aktres wanita ini. Namun, aktres wanita ini telah melarikan diri dan enggan dihubungi oleh mana-mana pihak. Mungkin, aktres wanita ini mempunyai alasannya tersendiri.
Andai kata masih ada cinta lagi dalam hati aktres wanita & atlet negara itu, OHBULAN! harap mereka cepat-cepat merujuk semula dan maklumkan kepada pihak berkaitan. Biasalah darah muda, darah panas. Dalam berumahtangga ni, kena ada give and take, okay! |
|