Post Last Edit by Jaza2008 at 23-10-2011 02:28
Minah Kampung, Encik Bandar 2
2.
"Urut lagi. Aku nak kau urut kat leher pulak!"
"Tak boleh, encik!" ingkariku pantas. Leher itu zon bahaya.Kakakku pernah berpesan yang di kawasan itu, zon bahaya. Kawasan merah yang tak patut aku lintasi. Jangan nak menempah bala, E-an.
"Why?" Erfan menyoal kembali. E-an itu bagaikan sengaja sahaja mengingkari arahanku sewenangnya tanpa alasan munasabah betullah. Erfanbaru sahaja mahu hayati akan urutan itu, sudah sempoikan mood baik itu. Memang dasar perempuan kampung lah. Dah tahu berhutang tu, buatlah cara orang berhutang. "Kan bahagian situ tak berlapik. Kita bukan muhrim. Haram.Takbaik bersentuhan!" soal agama aku mulai perkatakan kepada Erfan. E-an masih lagi tegak berdiri di depan Erfan. Renungan Erfan bertukar menjadi tajam. "Owh..pandai nak nasihatkan aku pasal agama. So, apa pulakkata agama sekiranya yang berhutang tak pandai nak jelaskan hutangnya? Sentiasaberikan beribu alasan kepada pemiutangnya? Haram ker halal?" Dia mulai perdebatkan kembali kepadaku. Aku kelu lidah. Bagaikan digigit balik akankata-kataku itu. "Err..yang tu. Kena tanya pada yang pakar ulamak. Sayahanyalah Hamba-Nya yang takkan lari dari kesilapan dan kealpaan." Sayuayat itu berbicara. Sesayu tangkai hatinya kerana terjebak dengan masalah yang baru muncul itu. Kalaulah semua itu boleh dielak dari awal. "Arghh..tu ayat hanya nak menambahkan kasihan di para pendengar. Aku malas lah nak dengar sudah memadai rasanya.
Hanya aku mahu tahu, kau langsaikansemua hutang yang telah ayah kesayangan kau tu pinjam. Aku mahukan 8% dari jumlah sebenar pinjaman tu!" angkuh dia menyatakan jumlah hutang pinjaman ayah E-an. Mak Aiii, siap ada kadar faedah bunga lagi tu. Itu dah melampau! Kaki pembelit betullah. Terduduk E-an di sofa. Masaklah aku kali ini. Sampai ke tua, aku perlu menanggung semua bebanan jumlah hutang. Kalau dulu ayah E-an tidak bertindakbodoh, tentu dia takkan tersempit dalam situasi ini. Kini, E-an terperangkap dalam situasi tercipta itu di mana E-an selalu tersepit dan sentiasa akan dihimpit dengan seksaan dari Erfan. Aku bagaikan telah dinobatkan seumur hidupkan berkhidmat menjadiorang suruhan Erfan. Adakah ini takdir hidupku? Itukah takdir hidup insan yang bernama Luv Izyan a.k.a E-an? E-an teringat kembali akan kejadian yang memungkinkan di mana dia berada di sini sekarang. Semuanya bermula di Hospital Ampang Puteri, di waktu ketibaannya dari luar negara. Belum panas pun lagi dirinya di Malaysia, sudah terjebak dalam permainan Erfan. “Saya sanggup lakukan apa sahaja demi lunaskan semua hutang ayah saya ni!” spontan ayat itu keluar dari bibirku apabila lelaki ini mengertak mahu membawa hal ini kepada pihak polis. Ibu dan ayah sudah dirundum kesedihan saat lelaki angkuh itu muncul di wad kecemasan ayah. E-an merasa sangat bertanggungjawab atas musibah yang melanda itu. “Anything?” soal dia dengan wajah yang penuh sinis. Wajah manis E-an yang berhidung mancung, dihiasi dengan bibir yang merekah itu dipandang sekilas. Boleh dipercayai ker dengan Minah kekampungan itu? Dibuatnya lari, aku jua yang rugi nanti. “Yes!” “Tanpa bantahan?” soal lelaki angkuh itu lagi. Raut wajah amatlah bongkak sekali. Apa ingat aku tu jenis orang suka memungkiri janji ker? Salah orang beb!! “Ya dan ya!” geram pula E-an rasakan dengan acara tarik-tarik taliini. Dia ingat aku itu jenis orang cakap tidak serupa bikin ker? Mahu sahaja E-an hentuk dia dengan beg sandang itu. Takpun dengan kerusi yang ada. Nak ker? “Ok, be my servant!” Rahang E-an sedikit jatuh. E-an menggosok cuping telinganya. Aku kena jadi orang gaji? Betul ker tu ataupun sekadar kata-kata di sepintas angin lalu. Wajah Erfan yang tiada perasaan itu ditatap oleh banyak pasang mata di hospital itu. "What?" Kesemuanya menjerit kecil. Masakan ini yang perlu E-an pertaruhkan? Itu tidak adil. Memang dasar Hitler tahun 2011. "Kau kan dah bersetuju akan lakukan apa saja. Jadi, aku tak nak dengar apa-apa alasan. Pantang bagi aku pada orang yang suka mengingkari janji. Tu la, kalau tak mahu jadi orang gaji aku, besok silalah lawat ayah kau dalam penjara, ya!" tegas serta sindir dia berkata-kata. Berbisa sekali ugutannya kali itu. Kesemua yang ada buntu. Ayah pula hanya mampumemandang. Maafkan ayah. Hanya usapan di tangan E-an sahaja yang mampu diberikan sebagai tanda sokongan padu. Bersemangatlah, anakku. Jangan mudah menyerah kalah sebelum bertempur. Doa ayah dan ibu sentiasa bersama dengan E-an. “Ok. Aku bersetuju. Deal!!” E-an menjawab selaju mungkin. Biarlah dirinya berkorban demi kesihatan ayah. Dirinya takkan ada apa-apa sekiranya berada di bawah jajahan lelaki bandar itu. Dia kan, seorang gadis yang kental dan takkan mudah mengalah pada cabaran. “E-an!!” bentak ibuku kasar. Wajah ibu sudah merah menahan rasa marah dengan persetujuan E-an itu dengan lelaki bandar itu. Suka buat keputusan dengan terburu-buru. Kelak akan meracuni diri. “Fikir baik-baik. Jangan bersetuju, nak. Kita boleh usahakan carayang lain!” ibu menyambung kata. Ibu menentang keras akan syarat gila itu. Macamlah tiada syarat lain yang perlu ditunaikan. E-an itu perempuan, muda pun lagilah. Kalau jadi apa-apa pada anak gadisnya,sapa mahu bertanggungjawab? “Tidak, ibu. E-an dah buat keputusan dan ini keputusan E-an yangmuktamad. Izinkan E-an tunaikan apa yang E-an telah katakan. E-an inginkankeluarga kita bahagia. E-an tak sanggup lihat ayah dipenjarakan. Inilah masauntuk E-an balas balik semua jasa ibu dan ayah lakukan demi E-an!” Ibu terdiam. Ibu jadi kaku lidah mendengar permintaan itu. Aduhai, mulia benar hatimu, nak. Ibu akan doakan dirimu, agar dilindungi selalu oleh Allah S.W.T. "ergilah, Ibu izinkan. Jangan lupa selalu solat dan berdoa agar diberikan pertunjuk dan perlindungan dari Illahi ya, sayang!" ucap ibu dengan penuh kudus dan memeluk erat badan E-an. Semakin kurus anakku sekarang itu. Kasihan sekali dengan percaturan hidup anakku itu. Sejuk membahang badan E-an. Semoga ada hikmah terlindung di sebalik semua itu. “Ok, I will be your servant starting tomorrow!” E-an bersuara megah dan menatap wajah lelaki bandar penuh angkuh itu. Kau tunggulah nasib baik. Ini Erfanlah! Raja segala buli di dalam hidupnya. Kau takkan boleh bertahan lama dan ayah kau akan masuk penjara jua. "Dengan bersyarat!" ujar E-an lantang. Erfan tatap wajah itu. Syarat? Apa lagi itu mahunya? "Syarat?" Erfan bersoal pendek. Nak bersyarat pula minah kampung itu. Cerewet betullah!
bersambung.... Like it (akuslamber) |