CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ameer36

anuar zain dan pengurus ada problem

[Copy link]
Post time 25-10-2011 04:38 PM | Show all posts
huish...meh la ai yg jadik PA dia coz ai minat gler kat Aaron..tak minat dia..hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 04:57 PM | Show all posts
Reply  damia76

Oh ya ke? Best ah! By the way apsal susah benar nak dapat full video Sedetik Lebi ...
chicsee Post at 25-10-2011 10:45


full video tu protected by KRU... so takde sapa boleh view ...

eh... do u know if kru ada keluarkn vcd/dvd or whtever la.. for HMM nie? am curious la...

susah nak dpt lagu SL tu ...

btw... congratulations to AZ for making to semi final ... hopefully tht song will make to the final tu ...

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 06:42 PM | Show all posts
hensemnya nuar..... tergoda akak tgk....... bila la dia ni nak kawen. bertuah sapa yg jd bini dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 07:47 PM | Show all posts
pengurus si nuar bukan taste abg nuar lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 04:50 PM | Show all posts
Reply 222# damia76


So far takde lak Chic nampak vcd/dvd like u said...ni ada article bout Stephen Rahman yg akan nyanyi SL at AIM nanti....best ke??

Stephen ganti Anuar Zain nyanyikan lagu Sedetik Lebih
BY BUKAN ARTIS ON OCTOBER 8, 2011

Baru-baru ini Anuar Zain mengeluarkan kenyataan tidak dapat sertai Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) yang bakal berlangsung 12 November ini kerana terikat dengan persembahan yang dipersetujuinya lebih awal.

Pada masa sama, pihak penganjur AIM 18 sudah pun membariskan penyanyi yang mempunyai pencalonan terbanyak untuk tampil, dan yang pasti, KRU Music semestinya mahu hasilnya diketengahkan pada malam tersebut.

Lagu Sedetik Lebih, juga merupakan runut bunyi filem Hikayat Merong Mahawangsa, dicalonkan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu, Video Muzik Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu di AIM 18 bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Namun, atas ketidakhadiran Anuar Zain, Edry Halim memutuskan untuk memilih Stephen Rahman Hughes, watak utama filem tersebut, sebagai pengganti bagi mendendangkan lagu tersebut.

Malahan bukan saja AIM18, tetapi Anugerah Juara Lagu separuh akhir juga makin dekat.

“Saya juga pernah mendendangkan lagu itu, tetapi dalam bahasa Inggeris. Kalau tidak salah saya judulnya waktu itu ‘memory remain’. Begitupun seingat saya ia tidaklah sempurna kerana melodinya belum lagi lengkap. Selepas itu terus senyap dan saya tidak tahu apa yang berlaku.

“Untuk mendendangkan lagu itu di majlis yang diperkatakan juga pada saya bukan satu masalah. Saya pernah bekerja dan agak rapat dengan adik-beradik KRU. Saya senang jika dapat bekerjasama dengan mereka sekali lagi,” kata Stephen.

Stephen yang juga merupakan ahli kumpulan Opera, Teatro menjelaskan dia juga bersetuju menghasilkan album Melayu kerana mengharapkan ianya peluang untuk selalu peluang ke Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 05:11 PM | Show all posts
Reply  damia76


So far takde lak Chic nampak vcd/dvd like u said...ni ada article bout Stephen  ...
chicsee Post at 26-10-2011 16:50


hentah la chic ...

u just imagine le ... mat salleh celup nyanyi lagu melayu

& for semi final.. pun AZ x perform gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2011 06:22 PM | Show all posts
sedap ke stepehn tu nyanyi nanti..?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:36 PM | Show all posts
Reply 226# damia76


Ah tu la...JL pun dia tak perform...cam ada sesuatu jer kannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2011 10:38 PM | Show all posts
Reply 227# jepp


Mana nak sedap ngan original singer ... takde yg leh beat Bang Nuar nyanyi .... menusuk kalbu ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 01:36 PM | Show all posts
Anuar Zain guna pengurus lelaki - Kosmo Online

MULA-MULA dengar angin dari jauh, kemudian bisik-bisik pula. Diva fikir, macam serius pula cerita tepi kain antara penyanyi tersohor, Anuar Zain dengan pengurusnya yang mesra dibahasakan Rohila itu. Setahu Diva, sudah berzaman si Rohila itu menjaga segala pergerakan serta perkembangan karier Anuar Zain. Ibaratnya, tidak sah Anuar tanpa Rohila.

Ramai rakan media dan individu yang mahu menghubungi Anuar Zain tetapi tidak dapat menghubungi Rohila tanpa alasan. Telefon tidak berjawab malah talian telefonnya sudah tidak lagi dapat ditembusi. Rohila sendiri sudah tidak dapat dikesan bayangnya sedangkan ketika ini Anuar pasti sibuk dengan agenda promosi album terbarunya yang laris macam pisang goreng panas.

Bagaimanapun, tiada sumber sahih yang dapat mengesahkan perkara itu. Diva doakan yang terbaik untuk Rohila dan Anuar Zain yang dengarnya sudah ada pengurus baru bernama Danil.

Diva: Mula menghitung acara besar bulan November nanti, ada Anugerah Skrin, Anugerah Industri Muzik dan tak lupa juga Hari Raya Aidiladha yang dijangka pada 6 November.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2011 10:40 AM | Show all posts
aku baru balik oversea la..sorry tak sempat nak hapdet....
ni hah! dah pun keluar citer si danil tu ek. now aku rasa baik kita biar je anuar dan rohila dalam dunia dorang. sebabnya tak guna bercerita panjang, sebab si artis n manager dok mendiam diri. tak guna! masa kawin adik anuar tu hari aku tak sempat nak tanya kat anuar.dia kelihatan bz sangat2. ingat nak gak tanya pasal ni. takut spoil mood dia je. tapi yang penting mmg dia tak kan nyanyi kat juara lagu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 11:03 AM | Show all posts
penah baca tak pasal nie???

http://www.mohdrohaizad.com/2011/10/anuar-zain-kena-bomoh-rohila-tahir.html

Betul Ke Anuar Zain Kena Bomoh Rohila Tahir Sebab Cinta?


Pelbagai spekulasi yang timbul mengenai kisah penyanyi kacak, Anuar Zain sejak akhir-akhir ini selepas kerjaya seninya tidak lagi diuruskan oleh bekas pengurusnya, Rohila Tahir setelah 10 tahun mereka bersama.



Antara cerita kurang enak yang timbul ialah Anuar Zain telah memecat Rohila Tahir berikutan kedua-duanya sudah tidak sehaluan. Malah, timbul pula cerita bahawa pengurus tersebut jatuh cinta padanya serta turut keluar pula gosip dalam sebuah akhbar mingguan mengatakan dirinya dibomoh oleh pihak pengurusan lamanya itu.

Menafikan segala dakwaan tersebut, Anuar Zain tampil memberikan penjelasan secara ekslusif kepada portal murai untuk menjawab isu berkenaan.

"Benar saya dan pihak pergurusan lama sudah membawa haluan sendiri. Namun, semua dakwaan yang diperkatakan ramai adalah spekulasi semata-mata. Pihak saya dan pengurusan lama mempunyai hala tuju masing-masing. Rezeki kami untuk bersama hanya sampai setakat ini sahaja. Saya menolak semua dakwaan-dakwaan yang diperkatakan mengenai kami sebagai contoh dibomoh dan sebagainya. kerana ianya memang tak terjadi," kata Anuar Zain terkilan.


Gambar Anuar Zain Seksi Hot Eksklusif Hensem


Bersyukur kerana diberi peluang bekerjasama dengan pihak pengurusan lamanya untuk tempoh yang agak lama, tegas pelantun lagu Sedetik Lebih ini lagi, doanya agar pihak pengurusan lamanya akan lebih sukses lagi di masa akan datang.

"Saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan pihak pengurusan lama, kami sama-sama bekerja untuk mencari rezeki yang halal. Saya doakan agar pihak pengurusan lama saya akan lebih berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan dan mendoakan yang terbaik buat mereka," ucap Anuar Zain  lagi.

Pinta lelaki ini, semoga penjelasan yang diberikan akan menamatkan segala spekulasi tidak benar yang semakin bercambah itu.

"Diharapkan dengan jawapan ini tak ada lagi spekulasi yang akan timbul mengenai saya dan pengurusan lama. Saya ingin meneruskan hidup dan kerjaya dalam keadaan yang senang-senang dan tenang selepas ini," katanya.

Anuar Zain Pakai Pengurus Baru "Danil"(Anuar Zain Bukan Gay Ya)

Dalam pada itu, kata Anuar Zain , kini segala pengurusannya dikendalikan oleh pengurus baru iaitu Danil dan dia berharap agar pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatannya bolehlah menghubungi lelaki tersebut.

Jelas Anuar Zain lagi, kini fokusnya lebih tertumpu kepada agenda penjualan album barunya yang kini telah pun berada di pasaran yang memuatkan 8 buah lagu iaitu Ajari Aku, Nadi Terhenti, Ku Berjanji Kerna Cinta, Pernahkah, Simpati Cintamu, Sempurnakan Aku, Terindah dan Cinta Harus Memiliki.

"Saya bersyukur kerana sambutan terhadap album baru amat mengalakkan. Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan oleh penggemar muzik tanah air. Saya amar bersyukur di atas rezeki ini," jelas Anuar Zain  lagi. -Portal Murai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.059853 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list