CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3073|Reply: 16

Penyanyi Popular Jumpa Doktor Untuk Kurus....Sapakah itu?

[Copy link]
Post time 21-10-2011 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by achik2009 at 21-10-2011 19:20

KL, 21 OKT 2011: Bila mendengar saja cerita bahawa seorang penyanyi popular telah berjumpa dengan doktor kerana mahu kurus, Murai Batu menyapu-nyapu dada, sambil menarik nafas.

Yalah bukannya apa, setahu Murai Batu penyanyi ini sudah lama sangat nak menimang cahaya mata, tapi sampai sekarang tak dimakbulkan lagi impiannya itu. Takut pula bila dia mengambil ubat kurus akan memudaratkan pula kesihatan atau niatnya itu. Ish...harap-harap dijauhkan.

Murai Batu kalau boleh mahu mendoakan hanya yang terbaik buat penyanyi kesayangan ramai ini, tapi bila dia mengambil keputusan untuk menguruskan badan, naik seram sejuk pula Murai Batu dibuatnya.

Walau apapun Murai Batu percaya, penyanyi berkenaan tahu apa yang dia lakukannya. Malah Murai Batu juga pasti doktor artis berkenaan pasti ada tips atau nasihat kesihatan untuknya. Maklum sajalah, namapun doktor.

Khabarnya, alasan mengapa penyanyi popular berkenaan mahu kurus kerana bagi menjayakan langkah promosikan album terbarunya.

Murai Batu sememangnya mengerti keperluan dan susah payah bergelar selebriti. Bukannya mudah untuk sentiasa kekal popular dan kekal cantik samada di mata peminat dan di hadapan kamera.

Maklum sajalah saiz fizikal di luar kamera sememangnya berbeza, sekurang-kurangnya 5 sentimeter apabila telah dirakamkan dan untuk itu Murai Batu faham sangat dengan tindakan artis berkenaan untuk kurus.

Daripada pemerhatian Murai Batu sejak artis berkenaan bergelar penyanyi, dia pernah mengalami situasi berat badan turun dan juga naik. Kejap turun, kejap naik dan sekarang berani Murai Batu katakan yang bentuk badannya ok-ok saja. Tak terlalu berisi tak terlalu kurus. Just perfect.

Alah mungkin artis berkenaan masih tak berpuas hati dengan bentuk fizikalnya sekarang. Maka dia mengambil langkah dengan bertemu dan mendapatrkan khidmat nasihat doktor untuk tampak lebih kurus daripada bentuk badannya sekarang.

Maklum sajalah, album terbaru penyanyi itu bukannya calang-calang. Malah Murai Batu sendiri sudahpun berpeluang mendengarnya berulang-ulang kali. Memang berentaklah kaki dan pinggul Murai Batu ini dibuatnya.

Tapi Murai Batu cuma takutkan nanti ada yang orang terlalu perasan dengan perubahan fizikal artis itu dan timbul pula cerita yang bukan-bukan selepas ini.

Apapun Murai Batu ingin ucapkan selamat maju jaya kepada penyanyi manis ini. Dari sudut lain Murai Batu menganggap langkah dia ingin menurunkan berat badan itu adalah terbaik bagi kepentingan kerjayanya yang semakin berkembang maju.

Murai Batu: Ada juga terdengar bahawa ada seorang penyanyi popular wanita yang dagunya kelihatan panjang semacam. Adakah kerana suntikan?




Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 07:20 PM | Show all posts
Saerah ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 07:21 PM | Show all posts
klu macam Tok Ti je....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 07:31 PM | Show all posts
ooopsss....sori.......tak perasan pulak dah ada org bukak benang pasal citer ni
mohon momod katup saja

TQ {:4_184:}
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 07:34 PM | Show all posts
tok T nak kuwuskan badan..ok gak tu..slmat berjaya!!nak sngt tgk perubahan dia slps ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 07:45 PM | Show all posts
klu dia kurus sikit, lebih cantik dlm skrin tv.. tp kat luar dah ideal dah body dia skg..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2011 09:31 PM | Show all posts
mangkuk tul. brapa byk thread mau bukak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 09:46 PM | Show all posts
mangkuk tul. brapa byk thread mau bukak
jonlabu Post at 21-10-2011 21:31

amboi.....cantiknya bahasa
mesti ko ni secantik siggy ko kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 09:55 PM | Show all posts
CT pn dh berisi skit
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 10:14 PM | Show all posts
aah iols tengok badan Tok Ti ni dah naik sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 03:46 AM | Show all posts
Aku suka jer tengok ct time tembam2 nih..cute jer
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 08:38 AM | Show all posts
kenapa benag berulang ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 08:40 AM | Show all posts
bukan aku dh masuk ka benang nih kat sebelahsila search dulu k...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 01:34 PM | Show all posts
enot ke??
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 01:36 PM | Show all posts
Murai Batu: Ada juga terdengar bahawa ada seorang penyanyi popular wanita yang dagunya kelihatan panjang semacam. Adakah kerana suntikan?

achik2009 Post at 21-10-2011 19:18



    ni mesti pasal makcik jena jen
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 02:26 PM | Show all posts
kalau kurus pun macam la boleh laku album inggeris ko tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 02:31 PM | Show all posts
mek jena rupa2nya..... ingatkn tok t. yelah..dagu tok ti x nampak panjang lagi kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.339417 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list