CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4169|Reply: 13

Girls' Generation musuhi Wonder Girls?

[Copy link]
Post time 22-10-2011 01:24 PM | Show all posts |Read mode


2 kumpulan wanita berpengaruh Korea saling bersaing menjuarai hati peminat di Amerika Syarikat

BIBIT persaingan antara Wonder Girls dan kumpulan yang sedang mencuba nasib untuk mencipta pengaruh di Amerika Syarikat (AS), Girls' Generation semakin ketara menjelang siri promosi album terbaru mereka yang dijadualkan bermula bulan depan. Sebelum ini, Wonder Girls dan Girls’ Generation atau juga dikenali dengan akronim, SNSD di luar Korea sering beralah daripada bersaing secara depan.       Persaingan antara dua kumpulan itu meraih perhatian media yang teruja mencongak grup mana bakal menyerlah turut dibumbui pelbagai kenyataan provokasi yang meresahkan peminat. Perselisihan tercetus apabila penerbit AS, Teddy Riley yang mengagumi bakat SNSD mengeluarkan kenyataan berbaur kecaman menyebabkan penggemar Wonder Girls tersinggung.     Riley yang terbabit dalam promosi album terbaru SNSD, The Boys di AS menerusi iTunes menulis pada laman Twitter ,dia yakin potensi kumpulan itu untuk menyerlah lebih cerah berbanding Wonder Girls.

“Usah terlalu bimbang kerana SNSD akan lebih diterima berbanding Wonder Girls,” komen Riley yang menyebabkan peminat segelintir peminat kumpulan yang popular dengan lagu Nobody itu berang.

Riley membangkitkan lagi kemarahan peminat apabila memanjangkan satu komen yang menyatakan Wonder Girls gagal di AS dan tiada siapa mempedulikan kehadiran mereka. Tindakan Riley itu diselar peminat yang memohonnya supaya lebih matang dan profesional dalam memberikan kenyataan supaya tidak menjatuhkan orang lain.

Desakan peminat memaksa Riley mengalah dan memohon maaf kepada Wonder Girls dan Park Jin-Young kerana mencetuskan kontroversi tanpa sengaja.

“Saya silap dan memohon maaf tetapi ini adalah satu persaingan. Mari mulakan permainan ini,” kata Riley yang seterusnya menyekat peminat daripada mengikuti akaun peribadinya.

Riley menambah, manusia sering menjatuhkan sesama sendiri apabila membabitkan perkara negatif tetapi melupakan orang itu apabila mereka memohon maaf dan mengakui kesilapan.

“Mereka akan mencari alasan untuk menghukum dan mengkritik tetapi tidak memaafkan. Itu salah dan saya tidak mahu mempedulikannya lagi. Saya memohon maaf kepada Wonder Girls tetapi jangan ganggu saya lagi atau saya akan membuang anda daripada terus menulis ke akaun peribadi saya,” katanya memberi amaran kepada peminat.

Riley juga menjelaskan, edaran album The Boys yang sepatutnya dipasarkan 5 Oktober lalu ditangguh kerana mereka mahu memastikan perjalanan produksi itu lancar dan SNSD bersedia memulakan cabaran besar di AS.

“Ada rencana besar sedang menanti dan kami akan pastikan SNSD meraih kejayaan nanti,” katanya sambil berharap pengurusan SM Entertainment tidak terlalu gusar kerana mereka berusaha keras memastikan nama SNSD tetap gah di sana.

“Lagu mereka sedang mendapat perhatian dan ia antara sebab mengapa kami menganjakkan tarikh edaran album itu. Kita mendapat tenaga produksi terbaik untuk album ini, begitu juga penyanyi undangan. Usah terlalu negatif kerana mereka akan berjaya. Serahkan saja kepada Tuhan,” katanya.

Gee lagu paling lama di Music Bank

WONDER Girls mencipta sejarah sebagai kumpulan Korea pertama menembusi pasaran AS pada 2009 menerusi single, Nobody versi Inggeris yang memasuki carta Billboard Hot 100 pada tangga ke-76. Populariti luar biasa diterima Wonder Girls membawa kumpulan itu memperluaskan empayar di AS. Sejak satu setengah tahun lalu, aktiviti seni mereka lebih tertumpu di bumi Uncle Sam itu.

Kali terakhir Wonder Girls mengeluarkan single adalah pada Mei tahun lalu dengan Two Different Tears. Justeru, kepulangan mereka begitu dinanti selepas lama tidak beraksi di negara sendiri. Wonder Girls kembali ke Korea pada 9 Oktober lalu untuk memulakan proses rakaman album terbaru. Terdahulu, mereka menyempurnakan penggambaran filem, Wonder Girls At The Apollo sebagai bintang utama.

Kekosongan yang lama ditinggalkan Wonder Girls itu diisi SNSD yang dibarisi Taeyeon, Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona dan Seohyun untuk membina pengaruh mereka di negara sendiri.  SNSD mula diperkenalkan pada 2007 namun mendaki puncak populariti pada 2009 selepas single, Gee mencipta sejarah tersendiri.

Gee memegang rekod lagu paling lama diputarkan di Music Bank, saluran KBS selain menduduki tangga pertama selama sembilan bulan berurut-turut. Populariti luar biasa lagu itu mendorong laman muzik popular Korea, Melon menamakan Gee sebagai lagu terbaik alaf ini.

Biarpun siri promosi hanya akan bermula pada November ini, SNSD berupaya menarik sedikit nafas lega kerana trailer album, The Boys yang dipromosikan menerusi laman You Tube rasmi SM Entertainment ditonton jutaan peminat dalam masa beberapa hari.  Petanda awal itu membuktikan kekuatan pengaruh kumpulan sembilan gadis itu, apatah lagi SNSD menawarkan konsep segar dalam album terbaru mereka.

Ia memberi cabaran kepada Wonder Girls kerana populariti kumpulan itu sedikit merosot apabila terlalu menumpukan aktiviti di luar negara.

Selain album, The Boys yang diedarkan serentak di Korea dan seluruh dunia secara talian pada 19 Oktober lalu, muzik video lagu itu turut dilancarkan menerusi saluran YouTube dan Facebook pada hari yang sama. Album itu akan dilancarkan di AS pada November ini menerusi Interscope Records yang menaungi nama popular seperti The Black Eyed Peas, Eminem, Far East Movement, Lady Gaga dan Gwen Stefani.


p/s : iols lebih suka SNSD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2011 11:12 AM | Show all posts
abg hubby wat pe kt sini?

ala kalau judge dr lagu the boys tu iols rasa snsd takleh nk penetrate pasaran amerika. plak tu iols rs mcm tak percaya plak ade ahli die mmg duduk kt us sbb sebutan diorg dlm lagu macam tak fasih jek..tak jelas gitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 04:54 AM | Show all posts
ala... tajuk kemaen gempak...

teddy riley nih punye konpiden level sangat tinggi
apapun aku suke je 2-2 girl group nih...
wonder girls pun tak lama lagi buat comeback...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 07:09 AM | Show all posts
indonesia sngt artikel neh..

kat sini tak open sngt! porumers2 nyer..so better lebey baik pendapat aku neh simpan dlm kocek jeh..

*maklumlah depa pon pefeeling kipas susah mati ala2 korean jugaks..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 03:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by carold at 25-10-2011 15:31

Wonder Girl tu dah tarap otai..fofulariti pun dah suamsuamkukukakicagu..

SNSD ni masih tarap budak2..n kebetulan ni zaman SNSD menyinar..
esok2 bila masing2 dah 24,25 merundum gak....yuri, sooyoung pun dah nampak ciri2 ketuaan ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2011 11:13 PM | Show all posts
abg hubby wat pe kt sini?

ala kalau judge dr lagu the boys tu iols rasa snsd takleh nk penetrate  ...
annehuda Post at 24-10-2011 11:12


abg saja jln2 anne..bosan msk rumah sama..terjah rumah orang plak...opssss terlebey suda
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-10-2011 11:15 PM | Show all posts
ala... tajuk kemaen gempak...

teddy riley nih punye konpiden level sangat tinggi
apa ...
net_level Post at 25-10-2011 04:54


itulah psl nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2011 11:17 PM | Show all posts
indonesia sngt artikel neh..

kat sini tak open sngt! porumers2 nyer..so better lebey ba ...
skymania Post at 25-10-2011 07:09


ala buat apa simpan dalam kocek sky..pendapat ngan minat masing2...kira macam hak pengguna jugak ler tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2011 07:26 AM | Show all posts
ala buat apa simpan dalam kocek sky..pendapat ngan minat masing2...kira macam hak pengguna jugak ...
Encik_Hubby Post at 25-10-2011 23:17



    jgn memain oooo...kesian sekai nnt kene fire ngan kipas susah mati diorg ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2011 10:32 PM | Show all posts
jgn memain oooo...kesian sekai nnt kene fire ngan kipas susah mati diorg ni....
annehuda Post at 26-10-2011 07:26


x apa..x kan saya nak bia sekai kena fire..mesti lah saya akan....

























larikkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 08:12 AM | Show all posts
jgn memain oooo...kesian sekai nnt kene fire ngan kipas susah mati diorg ni....
annehuda Post at 26-10-2011 07:26


aku kene fire tak kisah..kang sentap smpi ulu ati..mls aku nak layan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 12:15 PM | Show all posts
Reply 1# Encik_Hubby


    btol ke 9 bln?stau aq 9minggu je.mlmpau smpi 9 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 10:45 AM | Show all posts
kita tunggu dan lihat jer.. dua-dua pun ai okay cuma me suka yg tak fake kekekeke^^
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:11 PM | Show all posts
Dua dua pun best tapi I lebih suka SNSD. Jgn mare peminat Wonder Girls.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.642650 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list