CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5697|Reply: 26

MLM - Motif Chef Wan rate Comel paling teruk??

[Copy link]
Post time 31-10-2011 09:31 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Tiga kumpulan peserta yang mendapat markah terendah iaitu Caer (30 peratus), Lanun (30 peratus) dan Anje (30 peratus) terselamat daripada disingkir pada pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung di Royal Theater Selangor, di sini, Jumaat.

Pengumuman yang dibuat oleh juri iaitu, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan ternyata melegakan mereka untuk meneruskan pertandingan pada minggu kedua.



Ini membuka peluang kepada ketiga-tiga peserta tersebut untuk bersaing semula dengan tiga peserta yang mendapat markah tertinggi iaitu Boboi (61 peratus), Bawal Power (59 peratus) dan Pimai (59 peratus) termasuklah 11 peserta lain iaitu Syok, Bawel, Rap, Saehu, Comel, Osbon, Adlin, Gebu, 3G, JH dan Hiro.

Bagi minggu pertama itu, kesemua peserta diberi peluang membuat persembahan bebas sebagai tanda perkenalan mereka kepada penonton.

Dua peserta dari Indonesia iaitu Bawel dan Saehu dilihat memberi saingan hebat kepada peserta-peserta lain Malaysia termasuklah dua peserta dari Singapura (Syok dan Gebu) dan rakan senegara mereka, Caer.

Peserta negara, Boboi, Adlin dan JH turut memberi saingan sengit kepada peserta-peserta lain.

Menurut Chef Wan, untuk minggu pertama, masih terlalu awal lagi untuk memberi kritikan kepada peserta tetapi melihat, penyertaan tiga buah negara memberikan saingan hebat buat semua lebih-lebih lagi bagi peserta Malaysia.

"Saya faham, kali pertama pelawak 'otai' menyertai pertandingan, situasinya agak berbeza. Saya dapat lihat ada beberapa peserta tempatan yang menyerlah dan ada yang tidak.

"Bagaimanapun, melihat persembahan Bawel dan Saehu, mereka begitu yakin dan mereka seperti mempunyai latihan yang cukup.

"Kadang-kadang orang kita terlalu mencuba untuk buat lawak sedangkan kata-kata yang bersahaja seperti Boboi dan JH juga boleh membuat penonton ketawa. Ini memberikan saingan hebat buat para peserta.

"Bagi saya, pesembahan yang paling teruk pada minggu ini ialah Comel," katanya selepas tamat pertandingan tersebut.

Selain Chef Wan, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan juga menjadi juri tetap MLM manakala penyanyi Singapura, Imran Ajmain sebagai juri undangan.

Sementara itu, Siti berkata, dia melihat peserta-peserta tempatan dari kalangan pelawak 'otai' sahaja yang berjaya menghiburkan penonton.

"Saya faham, bukan mudah untuk buat lawak. Malah saya juga mempunyai masalah sama bila ingin interaksi menghiburkan penonton.

"Cuma apa yang saya harap, di penghujung pertandingan nanti, kita dapat lihat peserta-peserta terbaik dari tiga negara ini bersaing," ujarnya.

Pertandingan MLM menggabungkan pelawak dan pelakon komedi berportfolio tinggi daripada tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Mereka akan berentap untuk merebut gelaran juara MLM dan akan membawa pulang hadiah utama sebanyak RM350,000.

Para peserta akan diadili dengan konsep 70 peratus daripada markah juri manakala 30 peratus undian penonton.

MLM bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 10 malam, menerusi saluran Astro Warna (132).

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2011 09:31 AM | Show all posts
Bukan kumpulan Anje dgn satu kumpulan Indon tu yg paling keji ke?

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 09:35 AM | Show all posts
Kan kat FB DCW dah cakap dia nak cakap kumpulan caer tapi tersebut comel sbb dia pon masih confuse dengan nama2 kumpulan tuu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 09:41 AM | Show all posts
Kan kat FB DCW dah cakap dia nak cakap kumpulan caer tapi tersebut comel sbb dia pon masih confuse d ...
MS.WONG Post at 31-10-2011 09:35

ooo gituh.... btw lakonan radhi khalid tu mmg klas.... cuma dipenghujung tu momentum lawak dah hilang.... tp mula2 mmg lawak..... laki bini baca berita
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 09:44 AM | Show all posts
paling best BAWEL kot... cam merapu tapi aku gelak gak...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 09:54 AM | Show all posts
MLM sangat sendu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2011 10:02 AM | Show all posts
aku ingat MLM tu Multi Level Marketing...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 10:39 AM | Show all posts
comel baca berita, dah biasa sangat lawak baca berita ni
pastu berita pun biasa biasa je
memang teruk pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2011 10:43 AM | Show all posts
ade 1 grup indo yg awal..ape ntah name grup 2..
yg bt magik...not bad la..indo yg laen mcm x paham sgt..
yg msia lak BP mmg best...sinis...harapkan ANJE best..
tp hancorrr
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 11:03 AM | Show all posts
aku ta tgk pon MLM ni..best ke?jozan takde...cam ta best jekk
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 11:07 AM | Show all posts
Reply 7# masros


    aa...ako pon...rupe2nyer maharaja lawak mega...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 11:13 AM | Show all posts
motip bukak thread baru???
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 11:34 AM | Show all posts
ai tgk kat youtube je, tu pun sbb nak tgk mek iti bg komen..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 05:11 PM | Show all posts
sekali salah sebut daa ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 06:18 AM | Show all posts
aku ingat MLM tu Multi Level Marketing...
masros Post at 31-10-2011 10:02


Aku pong
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 06:53 AM | Show all posts
motip bukak thread baru???
kru_mania Post at 31-10-2011 11:13



   kaaan????????????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2011 08:25 AM | Show all posts
aku ingatkan cep wan punye MLM, level die plg rendah---dia kan sampai la ni rajin jual2 tupperware dll tu kan??? kalo tak silap iols la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 08:45 AM | Show all posts
apa kredibility & kapasiti dia org pilih juri2 ha??? apa peranan penyanyi singapore tuh apantah nama dia??? layak ke nak jadi juri...sila panggey ogy ahmad daud ok
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 08:54 AM | Show all posts
yang lawak is not the peserta ... but the list of juri..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 09:12 AM | Show all posts
ada siara ulangan x?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.108950 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list