CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Saladin dicalonkan Anugerah Emmy

[Copy link]
Post time 2-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Satu lagi pencapaian membanggakan dalam industri kandungan kreatif negara\rINDUSTRI animasi Malaysia terus melangkah ke hadapan apabila projek penerbitan bersama dengan Al Jazeera saluran kanak-kanak iaitu Saladin: The Animated TV Series menerima pencalonan dalam anugerah Emmy.\r\n\n\n\n\rIa dianggap sebagai satu perkembangan menarik. Agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk pembangunan industri kreatif terus gigih melakukan pelbagai inisiatif pemasaran untuk penerbitan TV dan filem dan kerjasama rapat untuk berkongsi dengan penggiat kreatif Malaysia ke seluruh dunia.\r\r\n\n\n\n\nKetua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, walaupun sekadar pencalonan dalam anugerah Emmy tetapi ia sudah cukup membuatkan studio animasi gergasi negara luar membuka mata terhadap kemampuan Malaysia menghasilkan karya animasi bermutu.\r“Apabila bercakap mengenai anugerah Emmy, semua orang akan bercakap mengenai studio animasi gergasi dari  Eropah, Amerika, Korea dan Jepun. Tapi sekarang kita sudah membuktikan bahawa Malaysia juga mempunyai potensi untuk menghasilkan produk animasi berkualiti tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media yang dilampirkan oleh Global Creative And Media Agency Sdn Bhd (CGMA) kepada Hip.\rCGMA adalah agensi yang dilantik oleh kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) untuk mengatur dan menguruskan segala aktiviti pemasaran dan promosi produk industri kreatif Malaysia di peringkat antarabangsa.\rIni termasuklah membawa delegasi yang terdiri daripada syarikat produksi tempatan menghadiri pasaran industri kreatif peringkat global seperti MIPCOM di Cannes, Perancis dan baru-baru ini ke TIFFCOM, Tokyo. \r\n\n\n\n\rSementara itu, siri sebanyak 26 episod dengan setiap satu selama 26 minit dihasilkan menggunakan teknik penjanaan imejan computer (CGI), Saladin: The Animated TV Series dianggap mengandungi segala-galanya. \rSiri animasi bercorak aksi ini ada watak hero, penjahat, vendetta, drama, komedi, aksi bermain pedang, pertempuran dan tidak ketinggalan elemen romantik. Saladin pula digambarkan sebagai hero yang hebat – berani menghadapi segala bahaya, tidak sanggup menerima kekalahan tetapi masih ada unsur kelakar dalam dirinya. \rDiinspirasikan daripada tokoh negara dan pejuang terkemuka pada zaman pertengahan, Salah al-Din Yusuf Ibn Ayyub, siri ini menggambarkan tempoh zaman muda Saladin yang suka mengembara untuk mencari pengamalan dan pengetahuan sehinggalah menjadikan dirinya seorang pemimpin disegani di dunia sehingga hari ini. \rFINAS bersama-sama dengan MDeC, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM bergabung bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang diuruskan oleh Global Creative & Media Agency (GCMA) membawakan senarai syarikat yang mantap menghadiri misi MIPCOM selama empat hari pada awal Oktober lalu.\rSementara itu, Naib Presiden MDeC yang juga Penerbit Eksekutif Saladin: The Animated TV Series, Kamil Othman berkata, biarpun sekadar layak untuk pencalonan tetapi ia sudah cukup untuk membuktikan bahawa pelaburan perbadanan ini dalam membangunkan bakat kreatif tempatan mula menunjukkan hasil.\r“Pencalonan ke anugerah Emmy adalah membuktikan kita mempunyai ramai bakat kreatif hasil daripada kesungguhan dan pelaburan dalam penerbitan oleh MDeC dan JCCTV, selain menerusi kerjasama penerbitan secara kondusif antara Malaysia dan Qatar untuk menghasilkan program animasi kanak-kanak dan remaja kelas dunia.\r“Kami harap hubungan strategik ini akan terus berkembang dan semakin kukuh dari tahun ke tahun,” kata Kamil.\rSaladin: The Animated TV Series mula diterbitkan pada tahun 2007 di bawah Inisiatif Kandungan Kreatif Multimedia Malaysia MSC, yang bertujuan untuk membangunkan industry kandungan kreatif tempatan.\rRM210 juta daripada MIPCOM2011 \rKETIKA MIPCOM, 16 perjanjian bernilai lebih RM210 juta diumumkan pada majlis koktail resepsi delegasi Malaysia yang berlangsung di Hotel InterContinental, Cannes, Perancis pada 4 Oktober lalu.\rDihoskan oleh Kamaruddin, majlis ini dihadiri oleh hampir semua syarikat penerbitan Malaysia selain rakan kongsi asing daripada Amerika Syarikat, Singapura, Afrika Selatan, Australia, New Zealand, United Kingdom, Jerman, Perancis, Sepanyol, China, Korea, India dan Lubnan.\r“Saya bangga kerana syarikat dari Malaysia mencatatkan kejayaan besar dalam MIPCOM tahun ini, yang mencatatkan nilai penjualan sekali ganda dan harta intelek. \r“Kejayaan yang diperolehi menerusi 16 perjanjian yang lumayan di MIPCOM ini adalah satu bukti bahawa industri media kreatif dan hiburan di Malaysia berkembang semakin pesat,” katanya. \rMengikut kajian daripada PriceWaterhous Coopers, penduduk dunia membelanjakan kira-kira RM5 trilion dalam industri kreatif dan hiburan. Ini membuatkan kerajaan Malaysia menyusun strategi dan perancangan lebih agresif untuk meraih perolehan yang dianggarkan RM1.4 trilion bagi pasaran di Asia Pasifik sahaja. \rDi bawah inisiatif kandungan industri kreatif kerajaan, Malaysia mensasarkan dapat memperolehi RM3 bilion pada tahun 2020, dengan menyediakan 10,300 pekerjaan selain menetapkan sasaran 45 peratus eksport di bawah Pendapatan Negara Kasar.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057430 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list