View: 178|Reply: 0
|
Iqra: Panduan menjaga ibadah, elak sifat tercela
[Copy link]
|
|
INFOJudul: Syarah Al-Hikam Jilid 2Penulis: Imam Tajuddin Ahmad bin MuhammadTerjemahan: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri\n\n\n\n\nPenerbit: Telaga Biru Sdn BhdPengulas: Hasliza HassanHarga: RM50KATA-KATA hikmah mempunyai pengaruh kepada pemikiran serta pembentukan jati diri, khususnya kata yang sering diulang hingga menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat. Ungkapan hikmah boleh menjadi pendorong ke arah mencapai satu-satu matlamat.Namun, makna tersirat di sebalik kata hikmah itu perlu difahami supaya niat baik terkandung dalamnya benar-benar memberi manfaat seterusnya mampu membantu melahirkan rohani mantap menangani perubahan zaman.Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi hikmah bermakna kalimah yang terkandung dalamnya ilmu bermanfaat merangkumi ilmu fiqh, tauhid dan tasauf. Kitab al-Hikam ditulis oleh Imam Tajuddin Ahmad bin Muhammad yang menganut ajaran tasauf mengandungi material ilmu yang bermanfaat yang mengupas cara bagaimana menghindar diri daripada sifat tercela.Pengajaran turut menekankan kaedah menjaga ibadat serta amal perbuatan untuk menjauhkan diri daripada penyakit hati seperti riak, ujub, dendam, dengki yang hanya menjurus seseorang kepada kehancuran.Ketajaman fikiran serta kesufian cara hidup beliau telah mengolah kitab ini menjadi sumber ilmu tauhid dan tasauf yang suci. Beliau juga diletakkan oleh pengikut sezaman dengannya sebagai seorang hamba Allah yang muqarabbin (paling hampir dengan Allah).Mengetahui dan mendalami skop ilmu tasauf adalah ibadah dituntut dan bagi mereka yang mencari kebahagiaan hakiki dalam menuju makrifat Allah Maha Pencipta, ilmu ini memiliki kelebihan perlu diterokai.Asal usul kitab al-Hikam diterjemahkan ulama besar Tok Pulau Manis dari Terengganu lebih 100 tahun lalu menggunakan bahasa Melayu lama. Syarah Al-Hikam hasil terbitan Telaga Biru Sdn Bhd yang mengekalkan karya asal tetapi diperkemas melalui persembahan lebih tersusun. Antara kata hikmah terkandung dalam buku ini mengaitkan aspek ketaatan hamba kepada Allah, harapan yang membawa kepada kemuliaan serta kesanggupan menghadapi ujian yang tersembunyi kebaikan tidak diketahui kecuali oleh Allah.Peranan kata hikmah menggalakkan pembaca memikirkan maksud tersirat dijelaskan dalam lafaz serta iktibar kerana kebanyakannya tidak terus menjurus mesej ingin disampaikan menyebabkan wujud persepsi.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|