CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30849|Reply: 427

Kakitangan Awam akan dikurangkan sekiranya.......

  [Copy link]
Post time 2-11-2011 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Anak_Nogori at 2-11-2011 13:24

CUEPACS bimbang DAP persoalkan  kelebihan
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/11/02

Jumlah penjawat awam terjejas jika pakatan menang

KUALA LUMPUR: CUEPACS bimbang jumlah kakitangan awam akan dikurangkan jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang berikutan tindakan DAP mempersoalkan pelbagai kelebihan yang diberikan kerajaan kepada mereka.

Timbalan Presidennya, Azih Muda, berkata DAP tidak seharusnya mempertikaikan kenaikan gaji dan pencen  diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet  2012 bulan lalu kerana ia dibuat berdasarkan kenaikan kos sara hidup di negara ini.

“Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran  tidak baik kepada kita pada masa depan.

“Kita tidak harus hanya melihat kepada pertambahan pendapatan seseorang, tetapi perlu diukur dari segi kos sara hidup yang perlu seiring dengan tahap kehidupan di Malaysia yang sedang ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang mempersoalkan langkah kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus, selain pelarasan kenaikan tahunan pencen bagi pesara kerajaan sebanyak dua peratus.

  Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, langkah itu meningkatkan perbelanjaan sektor awam sebanyak 73.7 peratus dalam tempoh lima tahun dan tidak menggambarkan kerajaan serta perkhidmatan awam yang lebih efisyen atau menjimatkan kos.

Azih juga berkata, jika pembangkang berpendapat kakitangan awam tidak layak mendapat kenaikan gaji, CUEPACS bimbang generasi muda tidak akan berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan.

“Kita sedia untuk berkhidmat kerana yakin kerajaan sedia ada sentiasa menjaga kebajikan dan melindungi rakyat menerusi pelbagai faedah yang diberikan kepada kami,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2011 01:08 PM | Show all posts
betul ker statement ni .......kawan rasa masa zaman anwar jd TPM dulu.....baru la kakitangan awam mula dapat rasa mewah sikit.....mana x nyer hutang negara dapat di kurangkan ....kalo x silap masa tu berlaku lebihan belanjawan plak ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:14 PM | Show all posts
aku sebagai kaki tangan swasta  menyokong tindakan DAP  PRU KALI  ni aku nak ubah undi DAP


MARILAH KITA BERAMAI RAMAI MENGUNDI DAP
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:17 PM | Show all posts
aku sokong. ramai2 dorg pn buat apa? duk berniaga je kat dlm ofis aku nengok. klu xniaga ngumpat. keje lembap gak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:19 PM | Show all posts
napa pulak nak dikurangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:27 PM | Show all posts
aku sokong. ramai2 dorg pn buat apa? duk berniaga je kat dlm ofis aku nengok. klu xniaga ngumpat. ke ...
seb_baik Post at 2-11-2011 13:17



   Betul tu 3 tahun aku kat university baru dapat gaji 4 angka keja gomen SPM ja dah dapat 4 angka pas tu senang buat personal loan pulak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-11-2011 01:29 PM | Show all posts
betul ker statement ni .......kawan rasa masa zaman anwar jd TPM dulu.....baru la kakitangan awam mu ...
moon2002 Post at 2-11-2011 13:08



betul tak betulnya tu...takkan kupek boleh bersuara plak.

Ia ke zaman Anwar dulu kakitangan awam dapat mewah sikit...bukan masa tu zaman Che Det jadi PM ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:35 PM | Show all posts
bagus betul DAP nih... boleh la kurangkan belanjawan negara. Org2 kerja gomen pun harus sokong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2011 01:38 PM | Show all posts
nak kurangkan kakitangan awam yg mana?guru?askar?polis?kastam?pembantu tadbir?

ala..ceupacs saja ckp mcm tu sbb nak minta kakitangan awam terus menyokong kerajaan BN..taktik menakut2kan ni mmg dah biasa umno pakai.kali ni ceupacs pulak pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:41 PM | Show all posts
CUEPACS bimbang DAP persoalkan  kelebihan
Oleh Zanariah Abd Mutalib

2011/11/02

Jumlah penjawa ...
Anak_Nogori Post at 2-11-2011 13:03


ade betulnya, ade salahnya...betulnya, Malaysia antara negara yg mempunyai kakitangan kerajaan yg paling ramai di dunia berbanding bilangan penduduk...yg paling ramai adalah dalam askar, cikgu, polis, imigresen, kastam dan kakitangan sokongan yg terlalu ramai...kalau nak kurangkan atau nak di buang...jawatan2 yg aku mention tu perlu di buang terlebih dahulu...dengan cara ini, mungkin malaysia dapat memperkasakan perkhidmatan awam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:42 PM | Show all posts
nak kurangkan kakitangan awam yg mana?guru?askar?polis?kastam?pembantu tadbir?

ala..ceupacs saja  ...
epal10 Post at 2-11-2011 13:38


betul...sebab melayu masih ade mentaliti 'tongkat' atau pun 'tongkatwaran'...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:45 PM | Show all posts
buang jela...depa buat keja lembab....sembang je lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:45 PM | Show all posts
cina berani ke masuk polis? askar?

kena jentik teluq kat PLKN terus mengadu kat mak bapak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:47 PM | Show all posts
ade betulnya, ade salahnya...betulnya, Malaysia antara negara yg mempunyai kakitangan kerajaan y ...
tweeter Post at 1-11-2011 21:41



    Cikgu tu saya tak setuju lah kerana saya dah tengok sendiri keadaan anak anak yang kehilangan guru spt yang sedang berlaku di US ini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:47 PM | Show all posts
jabatan2 yang kritikal...perlukan ramai staff....tiap2 tahun mintak tambah pegawai tak dapat...yang tak kritikal plak yang ramai...

intake2 baru yang masuk ramai wat kje admin je.....nak buat ape? post profesional tapi hari2 potostat dokumen then buat report...report....report.  Banyak bazir masa kat Star Rating la,  5S la, KMK la. Anjur pertandingan inovasi tiap2 tahun tapi bila ade projek...upah vendor plak....erm...pening..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:48 PM | Show all posts
ada sorang makcik aku jumpa kat klinik kesihatan...mbebel2 jer...dia kata kakitgn kerajaan ni 1 kerja 5 org buat.........mgkin dia tensen sbb tpaksa tunggu lama..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2011 01:48 PM | Show all posts
cina berani ke masuk polis? askar?

kena jentik teluq kat PLKN terus mengadu kat mak bapak.
detola Post at 1-11-2011 21:45



    depa tak masuk bukan pasal takut telor kena jentik depa tak masuk sbb gaji ciput! dia orang mana boleh idup dgn gaji lima nam ratus sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:50 PM | Show all posts
ada sorang makcik aku jumpa kat klinik kesihatan...mbebel2 jer...dia kata kakitgn kerajaan ni 1 kerj ...
iza.moha Post at 1-11-2011 21:48



    Tu ada betulnya .. mmg kakitangan kerajaan suka mengular. Setengah jam sebelum lunch dah sibuk dok kemas kaunter ,, kalau kita dtg muka dah mencuka. Lepas lunch terhegeh hegeh nak buka kaunter ... yang lelaki pulak time tu ler nak gi sembahyang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 01:50 PM | Show all posts
aku sokong. ramai2 dorg pn buat apa? duk berniaga je kat dlm ofis aku nengok. klu xniaga ngumpat. ke ...
seb_baik Post at 2-11-2011 13:17


patutnya walk a talk la...kerajaan Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan patut dah buang kakitangan awamnya sekarang.

berapa ribu yg dah dibuang sejak 2008 lagi?....boleh kasi angkanya tak?..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 01:51 PM | Show all posts
Cikgu tu saya tak setuju lah kerana saya dah tengok sendiri keadaan anak anak yang kehilan ...
DARSITA Post at 2-11-2011 13:47


cikgu yg proper kekal kan la...yg banyak masalah tu sepatutnya buang saje, bagi notice 24 jam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.093076 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list