CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142508|Reply: 1024

6 Zulhijjah - [U]

  [Copy link]
Post time 2-11-2011 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jaza2008 at 4-11-2011 01:01

Kali ni smiley nak cuba tulis stail serius sikit ( kalau jadi lah). Insyaallah , nak selit mesej berguna
tapi kalau tengah jalan tertukar arah jgn marah ya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2011 05:34 PM | Show all posts
BAB 1

Buku teks Advanced Calculus di tutup dan di tolak ke tepi. Kertas A4 yang penuh dengan nombor dan simbol simbol matematik yang seimbas pandang macam cacing kerawit di letak dalam fail lutsinar. Akhirnya, assignment dah siap! Meja sekeliling sudah tidak berpenghuni. Perpustakaan lengang memandangkan sudah hampir pukul 7 malam. Nadia meregang tubuh sambil melunjur kaki. Matanya di pejam. Rahang di nganga luas. Dia menguap sepuas hati. Lantaklah! Tak ada siapa nak tengok. Bestnya kalau aku dapat tidur terus di sini. Penat woo!
“ Buruknya!” Suara lelaki menyambar telinga.
Mata Nadia terbeliak. Ya Rabbi! Apahal mamat ni? Nak suruh aku mati cepatkah? Dia terpisat pisat membetulkan duduk. Dagu di topang di meja.
“ Nak apa?” Dia bertanya malas
Kerusi bertentangan Nadia di tarik. “ You owe me one, remember?” Zahrain aka Rain tersengih.
Nadia mendengus. Mana boleh aku lupa. Tolong orang tapi tak ikhlas. Dia teringat peristiwa dua minggu lalu. Kalau aku tak terdesak nak cabut dari matsalih mabuk tak ingin aku tumpang kereta engkau.
“Yeah, how can I forget? You saved my life “ sindir Nadia. Perasan superhero lah konon. Dia nak aku tolong apa? Buat assignment? Kami bukan sama kursus pun. Dia dah buat Masters, aku baru nak habis degree. Nak tolong kemas rumah, cuci baju? Dia tinggal serumah dengan girlfriend, pasti semua kerja rumah beres. Tepu otak memikirkan apa yang Rain perlu dari aku.
“ Hari tu kau dah janji kau nak balas budi aku, kan? Its payback time, Nad”
“ Apa kau nak aku tolong?” Nadia mula menyimpan buku dan alatulis dalam beg sandangnya. Jaket yang tersangkut di belakang kerusi di sarungkan. Cuaca di awal Mei tak menentu. Sekejap panas , kejap sejuk. Dua hari lepas boleh pakai t shirt dengan seluar paras lutut, hari ini suhu menjunam ke 12 celcius dengan angin kencang. Terpaksalah berkelubung semula. Jangan tiba tiba turun salji sudah. Dengan fenomena ‘global warming” sekarang, tiada yang mustahil.
Rain mengetuk jari di meja sambil memerhati gerak geri Nadia, sengaja nak perangatkan gadis itu.
“ Cepatlah, aku nak balik ni” desak Nadia sambil menggalas beg ke bahu. Lelaki berambut panjang itu menarik tali begnya.
“ I want you to be my girlfriend”
“ What?! “ Betul ke apa aku dengar? Pagi tadi rasanya aku dah korek telinga lepas mandi. Rasa perasan menyelinap dalam hati. Rain ni cute juga. Pakai kereta Chevy baru pula tu. Cuma perangai dia tak semenggah.  Melayu tak sedar diri. Dapat pijak bumi Obama, terus lupa daratan. Tak nak bergaul dengan Melayu, berkawan dengan bangsa asing saja. Macam lah ketiak kita ni bau belacan. Tiba tiba dia nak aku jadi teman wanitanya. Tak logiklah! Melayu totok macam aku bukan pilihan dia. Beza macam langit dengan bumi kalau di bandingkan dengan  kekasihnya sekarang, minah salih yang tinggi lampai, rambut perang dan bermata biru. Takkan mereka dah putus kot?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 05:35 PM | Show all posts
Rain ketawa kecil melihat kekalutan Nadia. Macam macam ekspresi terpapar di muka gadis itu.
“ Ala... aku nak kau berlakun saja. Just when my parents are here. Kenapa? Kau ingat aku betul betul syok kat kau ke?” duga Rain.
Nasib baik kulit aku ni tak berapa cerah. Kalau tak mesti dah nampak pipi aku yang merah. Malu siot. “ Aku sedar diri lah. Citarasa kau bukan main tinggi lagi.  Anyway, the answer is no.” Selar Nadia.
“ Come on. Kau dah janji nak tolong aku. I really need your help this time. My parents datang minggu depan untuk konvo aku. Kau tolong lah layan mak dan ayah aku. Buat buat macam kau awek aku. Mak bapak aku jenis konservatif. Kalau mereka tahu pasal Rachel, mati aku kena basuh. I think you know what I mean.” Kening Rain di jungkit sebelah.
Ya.. ya aku faham. Masa inilah kau nak cari Melayu jati macam aku. Dasar hipokrit, kutuk Nadia dalam hati.
“ Your parents tinggal kat mana nanti? Apartmen kau?” Rain mengangguk perlahan. Tak ada keceriaan langsung. Bukannya aku tak sayang kat mak dan ayah, tapi mereka suka mengongkong. Mak pasti melenting kalau tahu cara hidup aku di sini. Ampun mak, ampun ayah! Tapi masa muda inilah aku nak enjoy puas puas.
Giliran Nadia pula untuk ketawa. Hmm... masaklah kau Rain. Macam mana dengan awek dia? Dua dua kena puasa lah... he he. Astaghfirullah. Jahat pula aku
“ So, macam mana ? Tolong aku ya, please. Kau masak lah makanan Melayu nanti, mak aku  tak boleh tinggal nasi...”
“ Banyak cantik! I have my exams next week. Kau nak aku terkandas? Lagi satu, aku tak pandai masak. Kau silap pilih orang.” Nadia terus mengatur langkah ke arah lif. Kalau aku layan mamat ni , terlepas Maghrib nanti. Kak Min mesti membebel kalau aku balik lewat. Rain ni pun satu..minta tolong lebih lebih pula. Sudahlah kena jadi awek dia, kena jadi tukang masak lagi.
Rain terus membontoti Nadia yang melangkah  keluar dari Cunningham Memorial Library. Bangunan tiga tingkat itu terletak di tengah kampus dan menjadi sasaran pelajar  apabila minggu peperiksaan menjelma. Mereka berdua menyusur jalan ke arah apartmen Nadia. Kebetulan Rain juga tinggal tak jauh dari situ. Angin sejuk menampar muka lantas langkah mereka di percepatkan.
“ Tak nak ambil short cut? ” Rain menuding jari ke arah 5th Street yang penuh dengan bar dan club tempat orang meneguk air kencing syaitan dan berfoya. Senang cakap, itulah lorong maksiat yang terkenal di bandar ini. Muka Nadia bertukar kelat. Dia memalingkan mata kea rah bertentangan. Masih terbayang lelaki berbadan besar itu memeluknya. Loya tekak bila mulut berbau arak cuba menciumnya. Uwekkk! Silap aku juga. Entah kenapa malam itu akalnya tumpul sedangkan selama ini dia tidak pernah menyusuri jalan itu sendirian. Syukurlah Rain tiba tepat pada waktunya. Nadia cepat menenggelamkan memori pahit. Beberapa malam selepas kejadian itu dia mengalami mimpi ngeri. Tubuhnya di basahi keringat setiap kali dia terjaga. Cuma berkat bacaan ayat Quran dan zikir, jiwanya mampu tenang kembali.
“ Kau tak drive hari ni?” tanya Nadia. Selalunya Rain memandu kereta walaupun rumahnya tak jauh dari kampus. Kaya mamat ni - tinggal di apartment mewah, ada kereta cantik, mak bapak datang melawat, ada awek American yang lawa.  Mesti mak bapak dia orang berada yang ada gelaran Dato Datin. Gerun aku nak berlakun jadi teman wanita anak kesayangan mereka.
“ Nope. Rachel guna kereta aku.  Eh, balik pada topik tadi. Kau tolong aku ya? Aku betul betul desperate ni” Rain merayu. Mak dan ayah aku akan mengamuk kalau mereka tahu pasal Rachel.Itu  satu hal. Tapi lebih menakutkan mak beria ria nak jodohkan aku dengan sepupu abang ipar aku. Kuno sungguh keluarga aku. Sekarang mana ada orang kawin dengan pilihan orang tua. Kalau aku dah ada buah hati yang menepati kriteria 4M ( Melayu, Manis, Masak-pun-pandai, Mendengar-kata) sekurang kurangnya mak akan lupakan rancangan  untuk menjodohkan aku dengan Murni. Dengar nama pun aku dah tak selera, macam jenama minyak masak. Mak mesti berkenan dengan Nadia, boleh tahan cantik makcik ni. Yang pasti di mata mak dan ayah, mana mana perempuan Melayu lagi elok dari Rachel. Mak dan ayah serta saudara mara lain tak jemu jemu berpesan supaya jangan bawa balik Mem matsalih. Mereka tak sedar kalau aku dapat anak Pan asian mesti laku jadi artis. Dia menggumam dalam hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 05:36 PM | Show all posts
Nadia menyelit rambutnya yang di tiup angin ke dalam kolar jaket. Tangannya di masukkan dalam poket seluar jeans.
“ Sejuk? Nak singgah Mc Donalds? Let’s have coffee“ pelawa Rain bila mereka lalu di depan restoran makanan segera tersohor itu. Nadia menggeleng.
“ Aku nak balik cepat” Bukannya dia tak pernah makan di Mc Donalds. Dia ada juga makan French fries dan ice cream di sini. Tapi housematenya Kak Min memang pantang pijak Mc D yang katanya menyumbang dana untuk peperangan menentang umat Islam di Timur Tengah. Kak Min atau nama penuhnya Nur Jasmin bt Jauhar betul betul menjaga makan minumnya. Apa yang kita makan dan minum akan jadi darah daging kita, hati kita akan terhijab dari Allah kalau tak di lindung dari makanan haram. Berulang kali Kak Min mengingatkan. Untung aku dapati rakan serumah yang tak pernah penat mentarbiah diri aku yang liat.
“ So... macam mana? Boleh lah ya?” Rain memaniskan muka. Gigi taring atas yang berlapis membuat senyumannya “ comel”. Nadia akui yang jejaka ini ada daya penarik.
“ Cari lah orang lain. Aku tak pandai berlakun. Nanti aku tergelak atau tersasul. Your parents will know I’m a fake”
“ Mana aku kenal perempuan Melayu lain. You are my only hope. Tolonglah, Nad.”
Siapa suruh sombong sangat? Langsung tak nak jenguk kalau pelajar Malaysia buat aktiviti, waima kenduri kendara atau picnic sekalipun. Macamlah hina sangat berkawan dengan Melayu. Tapi kesian pula aku tengok pakcik ni. Lagipun dia dah tolong aku dan aku dah janji akan balas budinya. Memegang amanah itu sifat Muslim yang terpuji. Janji yang tak di tepati akan di ungkit di akhirat nanti.
“ Okay lah..” Nadia mengalah.
“ Yesss! Thanks a lot. You’re an angel” Rain terus memaut bahu Nadia. Cepat Nadia menepis dan menjauhkan tubuh.  Jangan nak lebih lebih! Bahana besar kalau ada yang nampak. Kalau tak ada orang nampak pun Tuhan mesti nampak.Astaghfirullah.
“ HEY! No touching! “
“ Ooppss... sorry. Aku terlupa yang perempuan boleh mengandung kalau kena sentuh dengan lelaki” perli Rain
“ Shut up! Kau nak aku tolong ke tak?” Nadia mencekak pinggang dengan muka bengis. Mulut Rain ni tak ada insurans.
“ Naaaakkk. Pleeeeeease”
“ Tapi ada syarat. Aku jumpa mereka sekali  saja tau. I have to concentrate on my finals. ” tegas Nadia. Langkahnya berhenti di depan sebuah rumah dua tingkat.  Rumah besar itu di pecahkan menjadi 4 unit apartment dua bilik. Nadia dan Jasmin sudah dua tahun menyewa apartment di tingkat atas. Lokasi rumah ini agak strategik,  tidak jauh dari kampus dan dekat dengan kedai runcit dan hentian bas.
“That’s good enough. Nanti aku bagi tahu kau bila mak ayah aku sampai. Kau cakap saja apa kau nak masak, biar aku beli barang dapur.”
“ Beli  sardin dengan bawang dah cukup. Aku reti masak lauk sardin saja.” Nadia ketawa nakal lalu menghilangkan diri di sebalik pintu.
......................................................................................................................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 05:51 PM | Show all posts
BAB 2

Bebas! Merdeka!  Boleh tutup buku dan lempar semua nota dalam tong sampah. Acah jer... takkanlah aku nak bazirkan keringat macam tu saja. Ramai junior yang kemaruk nak mewarisi harta “intelektual” aku tu. Pandai pandailah ambil hati aku, paling cikai pun Baskin Robbins. Nadia tersenyum sendiri dalam perjalanan pulang. Peperiksaan terakhir untuk semester akhir sudah langsai. Tamatlah segala penat lelah selama tiga tahun. CGPAnya setakat ini di tahap selesa dan  semua professor yakin yang dia akan berjaya.  Semoga segalanya di permudahkan! Tiga tahun di negara orang penuh suka duka yang tak mungkin di lupakan. Berada jauh dari keluarga memaksanya menjadi matang dan berdikari. Dari saat dia menjejak kaki buat pertama kali di Lapangan Terbang Hulman tiga tahun lalu dan di jemput oleh pelajar senior pelbagai pengalaman di lalui. Meredah salji di musim sejuk dengan suhu bawah paras beku, memetik epal dan strawberi dari ladang, mengipas satay untuk di jual di gerai Malaysia ketika International Students Week, berpuasa selama 17 jam hingga hampir pengsan kerana Ramadhan jatuh dalam musim panas... semua nya tak akan dapat di alami di Malaysia. Dan dia akan merindui keakraban bersama rakan rakan di sini. Maklumlah bila tinggal jauh dari keluarga, merekalah pengubat duka, penglipur lara. Yang tua di anggap kakak dan abang. Yang muda di kira adik. Hampir semua pelajar dari Malaysia , Singapura dan Indonesia agak rapat sementelahan jumlah mereka tidak ramai.Tapi macam mana seronok pun tinggal di negara orang dan menjadi pelajar di Indiana University Nadia tetap tak sabar untuk pulang ke Malaysia. Dia bukan seperti sesetengah kawannya yang ingin menimba pengalaman bekerja di sini sebelum pulang. Ada juga yang ingin terus menetap di sini. Tapi aku bukan kacang lupakan kulit.  Dia rindu pada Mak Su dan ahli keluarga yang lain. Sudah sampai masa dia menabur budi pada ibu saudara yang membesarkannya. Biarlah kalau gaji di Malaysia tidak setanding dengan gaji di sini. Money is not everything.
Tombol pintu di pulas. Sudah menjadi kebiasaan yang pintu utama tidak di kunci pada siang hari. Selepas pukul 12 malam barulah pintu itu di kunci dan alat penggera di pasang. Tuan punya rumah, Mrs Taylor yang tinggal di tingkat bawah sedang memantau anak bungsunya bila Nadia masuk. Callum, si kecil berusia 5 tahun itu leka bermain dengan kereta remote control di ruang lapang depan tangga. Nadia dan Mrs Taylor berbalas sapaan dan bertanya khabar. Jiran di sini peramah dan berfikiran terbuka. Tiada istilah perkauman di kalangan mereka. Mereka juga tidak suka jaga tepi kain orang.  Asal jangan lingkupkan rumah, cukuplah.
Nadia terus memanjat tangga ke apartmennya di tingkat atas. Teman serumahnya Jasmin sedang sibuk di dapur. Nadia memberi salam sebelum masuk ke bilik. Tubuhnya di hempas atas katil. Matanya menatap siling. Tak lama lagi aku akan tinggalkan rumah ini untuk selamanya. Sedih... Di ketika itu, telefon bimbit nya berbunyi menandakan mesej masuk. Nadia mengeluh sambil membaca. Alahai, kenapa cepat sangat? Ibubapa Rain sudah sampai dan drama satu episod perlu di lakunkan malam itu. Jangan jadi drama bersiri sudah. Dia termanggu seketika. Apa aku kena buat? Oh ya, lauk ayam! Itu paling penting. Pantas jari menekan nombor rakannya Suria.
“ Ya, babe. Apa kau nak?”
“ Suria, ayam masak merah. I need it tonight” Bahan bahan  sudah di beli dan cuma Suria seorang yang boleh di harap untuk memasak. Lagi pun senang nak berurusan dengan sahabatnya itu. Kak Min mesti tak sudi nak tolong kalau dia tahu aku bersekongkol dengan Rain.
“ Kenapa tak cakap awal awal? Aku belum defrost lagi ayam.” Bebel Suria yang sebaya dengan Nadia tapi sudah bergelar isteri. Muda muda lagi dah kahwin dan ada anak. Gatal betul! Tapi nak buat macam mana, jodohnya sudah sampai. Lagipun Abang Ajit sangat baik orangnya. Sabar saja melayan telatah “kanak kanak riang” si  Suria.
“ Mangkuk tu baru bagi tau aku. Please lah. Kau boleh defrost pakai microwave. Aku ambil pukul 7. Sempat kan?”
“ Yalah.. ya lah.  Lepas ni kau belanja aku Banana Split Baskin Robbins”
“ Boleh, no problem. Sayaaaaang kau. Muaaahhhh.” Nadia melepas nafas lega. Nasib baik ada Suria. Ayam masak merah versi aku ialah ayam goreng celup sos tomato.
Dia menggigit bibir sambil membalas mesej Rain.
“ Ok c u at 7 wt ayam masak merah”.
Ngerinya... macam manalah rupa Datuk dan Datin nanti? Mesti mereka akan meneliti aku dari hujung rambut sampai hujung kaki dan bersoksek soksek yang aku tak cukup bagus untuk anak lelaki kesayangan mereka.  But so what... aku pun tak hingin!  Apapun, janji harus di tepati. Kalau Rain tidak menolongnya pada malam peristiwa malang itu,mungkin dia sudah jadi mangsa nafsu serakah lelaki mabuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 05:58 PM | Show all posts
Jasmin sedang membasuh bekas kotor ketika Nadia masuk ke dapur. Beruntung sungguh siapa dapat Kak Min. Top student, pandai masak, kuat agama, cantik - senang cakap calon isteri mithali dan ikon Muslimah. Kadang kadang dia pun hairan kenapa gadis yang tiga tahun lebih tua dari nya itu belum di “cop” mana mana lelaki. Mungkin sebab Jasmin terlalu menjaga adab pergaulan. Susah nak tengok dia bergaul mesra dan bergelak tawa dengan rakan rakan. Tudungnya mesti menutupi dada dan kalau bersukan, blausnya mesti labuh melepasi pinggul. Jasmin tidak akan berduaan dengan pelajar lelaki walaupun untuk buat assignment kecuali kalau tak boleh di elakkan. Kadang kadang panas juga telinga Nadia bila kena leter dengan Jasmin tentang pakaian dan pergaulannya. Tapi dia sedar yang Jasmin menganggap dia sebagai adik yang perlu di tegur dan di bimbing. Sekurangnya ada juga ada orang yang ambil berat pasal aku di sini.
“ Macam mana exam?” tanya Jasmin sebaik Nadia tersembul di sisi.
“ Okay lah. Rasanya Advanced Calculus boleh dapat B+, Organizational Theory kalau professor baik hati boleh dapat A”
“ Insyaallah. Nampak gaya kita boleh balik pulang ke Malaysia tak lama lagi.” sahut Jasmin yang mengambil jurusan Biokimia. Nadia mengangguk.
“ Tapi jangan lupa. Kita pergi holiday dulu. Enjoy puas puas. Eh, Sedapnya bau! Kak Min masak apa?” Hidungnya menghidu masakan ala Itali dari ketuhar.
“ Lasagna. Lepas ni akak nak buat garlic bread dan dessert”
“ Wah.. best tu. Dessert apa? Buat apple crumble boleh?” usul Nadia sambil mengelap mangkuk yang sudah di basuh. Kalau pekena apple crumble Kak Min dengan aiskrim vanilla mesti terangkat punya.
“ Boleh, tapi Nad kena potong epal.” Jasmin mengeluarkan 6 biji epal dari peti ais.
“ Banyak ni. Ada tetamu nak datang kah?” Alamak! Kalau  Kak Min nak simpan lasagne untuk dinner malam ni, melepas lah aku. Rancangan untuk ke rumah Rain sengaja di rahsiakan dari Jasmin. Jasmin cukup alergik dengan lelaki yang terang terangan menunjuk aksi “terlebih sudahhhh” bersama kekasih matsalih nya.
“ Eh, Nad tak ingat? Abang Rushdi tak call? ” Wajah Nadia dan Jasmin sama musykil. Sesaat kemudian Nadia menampar dahi. Aku terlupa! Sepupunya Rushdi yang belajar di Northwestern University di Chicago akan datang hari ini. Abang Rushdi sekufu dengan Kak Min... sama pandai, sama alim, sama lawa. Misi Nadia untuk menjodohkan mereka berdua nampaknya berjalan dengan lancar. Sebelum ini tak pernah pun Kak Min begitu beria ria memasak untuk tetamu lelaki. Ini satu petanda baik.
“ Pukul berapa Abang Rushdi sampai? Dia call akak ke?” Tangan Nadia lincah mendadu epal.
“ Dia telefon rumah, nak cakap dengan Nad tapi Nad tak ada. Dia sampai pukul 6 nanti, insyaallah.” Senyuman memekar di bibir Jasmin. Ada taman dalam hati, nampak. Nadia membalas senyumannya walaupun hatinya resah. Abang Rushdi jenis banyak soal macam ejen CIA. Semua aktiviti aku dia nak ambil tahu, mentang mentang dapat mandat besar dari Mak Su untuk tengok tengokkan  aku di sini. Overprotective! Macam lah aku ni budak sepuluh tahun. Aku kena cari helah untuk pergi ke rumah Rain malam nanti.
Sebaik apple crumble di masukkan dalam oven, Nadia menyuruh Jasmin bersiap sementara dia menyediakan roti bawang putih. Kasi peluang untuk Kak Min mandi dan salin pakaian. Takkan nak biarkan dia bau bawang depan Abang Rushdi. Warak macam mana pun, Jasmin tetap punya naluri kewanitaan yang ingin kelihatan cantik di depan lelaki yang dia suka. Dan Nadia pasti Jasmin tidak bertepuk sebelah tangan.  Kebelakangan ini Abang Rushdi makin kerap ke sini  walaupun terpaksa memandu lebih 4 jam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2011 06:33 PM | Show all posts
lom bace dh suke....rindu tulisan smiley....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 07:19 PM | Show all posts
sori ye smiley..
saya plak baru bace lps ayat "i nk u jd my gf" ke ape tah. pastuh trus stop.
cam poyos jah cite ni {:4_193:} borink..

sila mencuba lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2011 07:56 PM | Show all posts
Reply 8# cherylrihanna


    takyah sori sori
tak suka takde hal
mmg smiley nak cuba tulis citer poyos pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 07:57 PM | Show all posts
Reply 7# peahjamboo


    biar betul blom baca dah suka
tp seperti biasa citer ni mesti berzaman nak siap
sbb tu smiley letak tarikh hari ni sbg tajuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 08:08 PM | Show all posts
sambung sket lagi
oh ya... sebarang komen amat di alu alukan...smiley jenis tak sentap punya
............................................................................................
Tak lama kemudian pintu depan di ketuk. Nadia berlari anak ke depan untuk menyambut sepupunya. Rushdi melayangkan senyuman lebar sebaik Nadia membuka pintu.
“ Assalamualaikum”
Nadia membalas salam. Sepupunya tidak banyak berubah. Perubahan apa pula yang di harapkan,  kan bulan lepas baru jumpa. Janggut masih sejemput di dagu. Abang Rushdi kacak orangnya, kalau masuk Imam Muda mesti jadi peserta feveret. Rambutnya berona cokelat gelap, kulitnya putih kemerahan dan hidungnya mancung. Rushdi di lahirkan di England ketika bapanya bekerja dengan kedutaan di sana. Mungkin  Auntie Aida, kakak sulung Mak Su, terkenan matsalih sebab wajah Rushdi berbeza dengan adik beradik lain. Suaminya Uncle Zaquan, seorang pegawai diplomatik yang bertugas di luar negara dan keluarga mereka sudah merantau ke serata pelusuk dunia. Semasa kecil Rushdi jarang berjumpa dengan saudara lain. Bila Nadia di tingkatan tiga barulah dia sedar kewujudan Rushdi dan adik adiknya. Terus terang dia masih rasa segan dengan Rushdi walaupun kerap berjumpa. Personaliti Rushdi terlampau sempurna. Janggal sangat kalau nak bergurau dan bertepuk tampar. Bila orang buat lawak, cik abang ber IQ tinggi ni buat muka sardine. Entah dia tak faham atau dia bosan dengan cakap kosong.
“ Masuklah. Abang datang seorang saja?” Nadia berbasa basi. Tanya soalan bodoh pula. Mana pernah Abang Rushdi  datang dengan kawan? Nadia menebak yang dia takut Kak Min terlepas ke tangan orang lain. Tak pasal pasal putih mata.
“ Ya. Seorang saja. Mana housemate Nadia?” Mata Rushdi meliar ke setiap ceruk sambil melangkah masuk. Nadia tersengih... cewahhh! Siang siang lagi cari Kak Min nampak.
“ Ada dalam bilik. Kenapa? Dah rindu?” usiknya. Tak ada respon. Ini yang buat aku tension dengan Abang Rushdi, dengus Nadia dalam hati. Boorrriiiinggg.
Rushdi melabuh punggung di sofa depan TV. Ruang tamu sederhana itu cuma memuatkan sofa warna beige  dan sebuah kerusi malas. Kalau ramai tetamu datang sekaligus,terpaksalah duduk di lantai atau di ruang makan. Matanya melingas sekitar apartment comel itu. Walaupun kecil tapi dekornya cantik. Tenang mata memandang. Juadah yang sudah terhidang di meja makan menggamitnya.
“Hmm... something smells good. Apa Nad masak?”
“ Kak Min yang masak. Nad tolong sikit sikit saja. Kak Min buat Lasagna. Abang suka Italian food kan?”
Perut Rushdi mula berkeriuk. Nadia menyembunyikan senyum. Aduh.. malunya. Nasib baik Kak Min tak dengar. Mana pula Kak Min? Lambatnya dia bersiap. Nadia melihat jam dinding. Sudah hampir pukul 6. Dia mula rasa kalut. Apa alasan aku nak bagi bila kena keluar nanti?
“ Nad dah habis exam?”
Belum sempat Nadia menjawab, Jasmin keluar dari bilik. Pashmina warna pic yang menutup kepala hingga dada menambah seri wajahnya. Dia senyum dan mengangguk ke arah Rushdi sebelum melangkah ke dapur. Tiada sepatah kata pun di tutur. Sopan sungguh akak ni. Sebentar kemudian Jasmin keluar semula membawa jag berisi lemonade. Mata Rushdi di paku ke TV yang menyiarkan program sukan. Masing masing malu kucing, desis Nadia dalam hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 08:12 PM | Show all posts
“ Jomlah Abang Di.  Jemput makan. Nad tahu Abang mesti lapar” Mereka mengambil tempat di meja makan. Walaupun sudah berkali kali Rushdi berkunjung tapi Jasmin masih kelu. Degupan jantungnya tak sekata bila dia hampir dengan lelaki itu. Sering dia di landa cemburu melihat  Nadia dengan Rushdi. Walaupun dia tahu Nadia menganggap Rushdi seperti abang sendiri, tapi mereka tetap bukan muhrim. Mereka boleh kahwin. Hatinya sebal bila lengan mereka bersentuhan dengan tak sengaja bila Nadia  menceduk lasagna ke pinggan Rushdi.
“ Nah, makan banyak banyak. Kak Min masak special ni. Mesti sedap sampai tak boleh lupa bila Abang balik sana.” Nadia menjeling nakal ke arah Jasmin yang sudah merah mukanya. Jasmin tunduk sambil menjamah sedikit roti bawang putih. Mungkin sebab penat memasak, seleranya tertutup. Atau mungkin dia terlalu gugup bila berdepan dengan Rushdi.
“Hmm... Sedap. “ puji Rushdi. Sekejap saja pinggannya licin. Dia mengambil sepotong lagi.
Aparahh Abang Rushdi ni... tak pandang pun Kak Min.  Puji macam tak ikhlas saja. Mungkin dia malu bertentang mata kot,  orang kata mata itu pintu hati. Susah betul nak kenen mereka berdua ni. Dua dua lambat buka langkah macam kura kura. Senang cerita aku telefon Auntie Aida terus. Suruh dia masuk meminang Kak Min  sementara masih kosong.Ya... itu ide yang bagus. Aku dapat pahala tolong bina masjid, insyaallah.
Rushdi berdehem “ Ehem... jauh melayang cik adik ni. Ingat siapa? Abang tanya pun tak jawab”
Nadia tersengih. Otaknya ligat berputar.  “ Er.. baru teringat kawan Nad. Dia ajak Nad ke rumah dia malam ni sebab nak study sama sama. ”
“ Kawan mana?” tanya Jasmin. Nadia menelan airliur.
“ Raina” Raina ... kira Rain versi perempuan lah. Pandai aku kelentong.
“Raina?Siapa tu? Kak Min tak kenal pun. Bukan ke Nad dah habis exam?” tanya Jasmin, musykil. Tak pernah dengar  nama Raina di sebut Nadia sebelum ini. Dua pasang mata terpasung pada Nadia.
“ Memanglah Nad dah habis exam tapi si Raina tu belum. Nad pun baru kenal dia. Dia minta tolong sebab GPA dia teruk. Kejap lagi Nad pergi, ya.”  Banyak dosa aku sebab si Rain. Hissyyyy....
Jasmin kecewa. Kalau Nadia keluar , mesti Rushdi akan pergi juga. Takkan dia nak tinggal berduaan dengan aku. Haram!
“ Bila Nad nak balik cuti? Boleh kita balik sekali. Tak lah rasa bosan duduk berjam jam dalam plane.” Sekali lagi Jasmin di jentik rasa cemburu. Rushdi sangat prihatin terhadap sepupunya. Untung kau Nadia!
“ Nad balik lambat sikit. Nak jalan jalan dulu “ Mulutnya rancak mengunyah.
“ Nad tak nak berpuasa dan beraya di Malaysia?” Rushdi merenung tepat ke wajah sepupunya. Bila lah budak ni nak tutup aurat, desis hatinya. Dah banyak kali aku tegur. Degil betul.
“ Mak Su sporting , mesti dia tak kisah punya. Banyak lagi tempat kita tak tengok.  Lepas balik Malaysia nanti dah susah nak datang sini, betul tak Kak Min? Kita orang plan nak pergi Niagara Falls.”  Jasmin senyum seraya mengangguk.
“ Kalau nak jalan jauh jangan pergi berdua saja, bahaya. Cari dua tiga lagi kawan. Kalau boleh ajak pasangan yang dah kahwin. Biar ada orang lelaki, senang kalau apa apa terjadi. Lagi satu, kena plan your journey betul betul. Jangan lupa berhenti solat dalam perjalanan.” Nasihat Rushdi. Hati Jasmin makin berbunga. Caring sungguh. Ini baru dengan sepupu, kalau isteri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 08:13 PM | Show all posts
“ Ya lah, pakcik” Nadia mengusik. Abang Rushdi ni betul lah macam orang tua tua. Banyak betul nasihat dan pedoman hidup, mengalahkan Dr  Fadhilah Kamsah. Dia terus meloloskan diri ke dapur untuk mengambil pencuci mulut. Lagi cepat habis makan, lagi cepat aku boleh cabut.
“ Rushdi tinggal di rumah Ajit? Berapa lama di sini?” Jasmin memberanikan diri. Ajit atau nama sebenarnya Abdul Aziz Haikal ialah Presiden persatuan pelajar Malaysia di tempat mereka.
“ Ya.. macam biasa lah. Saya tidur rumah Ajit malam ini. Mungkin dua malam kot saya di sini. Tak tentu lagi” Ada perkara penting yang perlu di selesaikan. Tapi dia tidak tahu bagaimana untuk membuka topik. Hai... susah betul. Umur aku sudah 32 , aku dah puas merantau, kawan kawan aku macam macam bangsa, tapi bila tiba bab perasaan dan perempuan aku jadi kelu. Pemalu mengalahkan anak dara sunti. Kenapalah aku ni lembab? Adik aku pun dah bertunang. Aziz atau Ajit, kawan lama aku sudah berkahwin dan ada seorang anak. Aku mesti  berguru dengan dia.
Nadia kembali membawa tiga mangkuk kecil yang di isi apple crumble dan aiskrim vanilla. “ Abang Rushdi dengan Kak Min nak coffee or tea?”
“ Coffee, please” jawab Rushdi.
“ Sama lah”
“ Baguslah tu. Sehati sejiwa. Senang kerja Nad” usik Nadia sebelum masuk semula ke dapur. Mereka dah mula berbual, baik aku beri sedikit privasi. Bukannya mereka nak buat maksiat pun.  
Sebaik saja kopi siap di tuang, Sony Ericsonnya mula menjerit. Naluri nya kuat mengatakan  “ Raina” yang call. Dia memecut ke bilik.
“ Hoi... cepatlah. Dah pukul 7 lebih. Mak dengan ayah aku tengah tunggu kau”
“ Kejap lah. Aku ada tetamu ni”
“ You better get here soon. Or else I’m going over to your house and drag you here” gertak Rain.
Cisss! Keturunan pemerintah kuku besi mana lah agaknya Rain ni. Tapi kalau dia betul betul datang sini, matilah aku. Tak cukup lubang telinga nak tadah. Kak Min dan Abang Rushdi mesti berleter secara berjemaah kalau aku berkawan dengan lelaki berambut panjang, memakai rantai, berseluar jeans koyak  macam Rain.
“ Ya lah.. ya lah. Give me 10 minutes” Nadia pantas menukar pakaian dan menyapu gincu dan bedak. Biar bergaya sikit, aku kan bakal menantu mak datin... he he. Dia meluru keluar sambil menjinjit beg.
“ Nadia, tunggu kejap. Biar Abang hantar. Dah gelap ni, tak elok jalan seorang” Rushdi berada di muka pintu. Nadia terpaksa menekan emergency break. Mukanya hampir tersembam ke dada Rushdi. Oh tidak!!! Habis plan aku.
“ Sorry bang... sorry kak. I have to go. Raina dah macam nak menangis masa dia telefon tadi. Dia tengah panic gila. Abang tak payah hantar , rumah dia dekat saja. See you later. ” Sepantas kilat Nadia menuruni tangga dan bergegas melintas jalan sebelum Rushdi mampu menahannya. Rushdi melepas keluhan. Mesti ada muslihat ni. Takkan pakai  cantik cantik macam tu nak pergi study. Risau aku. Rushdi berpaling  ke arah Jasmin yang  tercegat di ruang tamu.
“ Ermm... saya balik dulu, Jasmin. Thanks for dinner. Jumpa lagi, insyaallah”  Jasmin membalas dengan senyum tawar. Perbualannya dengan Rushdi yang sedang rancak terus terbantut. Kenapalah Nadia terburu buru keluar. Silap timing sungguh!
Rushdi melangkah gontai ke keretanya dengan hampa. Tak mengapa, dia masih ada masa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 08:47 PM | Show all posts
yeay..yeay...yeayyyyy welkam bek smiley... rinduuuuu sangat ngan cite2 smiley... bestttttttt giler.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 08:59 PM | Show all posts
Reply 8# cherylrihanna

cheryl... blum penah baca cite2 smiley sebelum nih ke... selak2 ler page belakang2 tuh banyak cite smiley yg best2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 09:06 PM | Show all posts
sebenarnya sapa yang rushdi berkenan ni... nadia ke jasmin...

sambung lagik arjunnn... pleaseeeeeeeeeeee.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2011 09:53 PM | Show all posts
rasanya Rushdi sukakan Nad...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 11:39 PM | Show all posts
rasa pun macam rushdi suka kat nad kan... sbb dia macam frus jek bila nak kluar tergesa-gesa... tak sempat nak konfes kat nad kekdahnye...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 06:59 AM | Show all posts
Reply 15# asyriqa


tp cite yg ni, awal2 lagi mmg dah xbest.


xper,, nnt aku try tgk cite dia yg lain. mne tau ade yg best.{:4_237:}
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 10:05 AM | Show all posts
bestnya....smiley dah ada citer baru.....{:4_181:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.070208 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list