Post Last Edit by sya_sugar_sugar at 10-11-2011 09:39
1. Bus Stand Klang, Klang Bus Station @ Stesen Bas Klang
LOKASI: Jalan Sultan, Kuala Lumpur FUNGSI: Mengendalikan perkhidmatan bas dalam bandar& antara bandar KAPASITI: 74 bas, 260 perjalanan sehari berpusat darisini. PURATA PENGGUNA: 5,000 orang sehari TARIKH MULA OPERASI: 1970-an TARIKH PENAMATAN OPERASI: 31st October2011 STATUS: End Of Glory Days SEBAB PENUTUPAN: Memberi laluan kepada pembinaan stesen bawah tanah Merdeka KVMRT (Klang Valley Mass Rapid Transit) interchange dengan stesen LRT Pasar Seni, bertindak sebagai catalyst pembangunan area Chinatown.
Kat sinilah aku penah menunngu bas Intrakota 21C, 21A. Metrobus 99D. Paling hazab main kejar-kejar dengan bus Metro no 17, no 18. Berdiri depan Kotaraya, nampak bas Metro no 17 atau 18 datang dari seberang jalan. Harus aku berlari-lari anak ke Bas Stand Klang yang jadi last stop dia, semata-mata nak dapat seat.
2. formerly Puduraya Terminal @ Hentian Puduraya
RE-NAME: Pudu Sentral … Plaza Rakyat LOKASI: Jalan Pudu, 50100 Kuala Lumpur FUNGSI: A) Long Distance Bus B)Mengendalikan perkhidmatan bas dalam bandar & antara bandar KAPASITI: ? PURATA PENGGUNA: ? TARIKH MULA OPERASI: 1976 dan dirasmikan olehAllahyarham Tun Hussein Onn TARIKH PENAMATAN OPERASI: April 2010
STATUS: Re-Upgraded, new identity
SEBAB PENUTUPAN: Up-grade jadi Pudu Sentral yang lebih organised & modern
Re-OPEN: April 16, 2011
Nostalgia Puduraya, naik last bus pukul 11.30 malam. Bus Tong Fong berbentuk roti, lantai kayu no 101... Lantai kayu pun dah macam jongkang-jongket menampung penumpang yang berhempas-pulas berdiri. huhu macam sardin. Last trip Ahad malam Isnin nak balik UPM.
3. Pekeliling Bus Station @ Hentian Pekeliling
LOKASI: Jalan Pekeliling Lama, Pekeliling, 53000Kuala Lumpur (Off Jalan PTun Razak)
FUNGSI: Serving eastbound routes like Kuantan,Jerantut, Genting, Temerloh and Kuala Lipis, also serves multiple local busservices. KAPASITI: ? PURATA PENGGUNA: ? TARIKH MULA OPERASI: ? TARIKH PENAMATAN OPERASI: ? STATUS : Masih lesu beroperasi & bakal di tutup.
SEBAB PENUTUPAN: Pemindahan pusat operasi untuk prospek yang lebih baik
ke Integrated Transport Terminal (ITT) yang bertempat di Gombak.
Mengalihkan traffic dari pusat bandar.
4. Hentian Duta
LOKASI: Jalan Duta, Kuala Lumpur FUNGSI: Mengendalikan perkhidmatan bas ekspress keUtara (Perlis, Kedah, etc), LCCT Coach. KAPASITI: ? PURATA PENGGUNA: ? TARIKH MULA OPERASI: ? TARIKH PENAMATAN OPERASI: ?
STATUS: Ura-Ura Di Tutup
SEBAB PENUTUPAN: Lokasi yang tidak strategik, sesak& siapnya Pudu Sentral.
Tiada kemudahan pengangkutan awam seperti LRT dan bas dalam bandar.
4. Hentian Putra
LOKASI: Jalan Tun Ismail 50480 KualaLumpur FUNGSI: caters mainly to express buses serving theeast coast states of Pahang, Terengganu and Kelantan. KAPASITI: ? PURATA PENGGUNA: ? TARIKH MULA OPERASI: ?
STATUS: Sedang Menjalani Up-grading Process
|