View: 101|Reply: 0
|
Thaksin peroleh pasport baru
[Copy link]
|
|
BANGKOK: Kerajaan Thailand akan memberi pasport baru kepada bekas Perdana Menterinya, Thaksin Shinawatra pada akhir bulan ini sambil menyifatkannya sebagai hadiah Tahun Baru.\r“Apabila pasport Thaksin dibatalkan, tiada arahan dari mahkamah atau polis untuk merampasnya,” kata Menteri Luar, Surapong Tovochakchaikul ketika menjelaskan langkah kerajaan kepada pemberita di sini semalam.\r\n\n\n\n\r “Saya akan guna kuasa saya untuk melakukan apa saja yang tidak bercanggah dengan peraturan kementerian untuk memberi pasport kepada Thaksin.\r\r\n\n\n\n\n “Ia akan menjadi satu pasport biasa rakyat Thailand. Biar kita buat pasport biasa sah terlebih dulu. Ia tidak semestinya satu pasport diplomatik,” katanya.\rThaksin digulingkan tentera dalam rampasan kuasa pada 2006 dan hidup dalam buangan di luar negara bagi mengelak hukuman penjara selepas didapati bersalah melakukan rasuah.\rPasport beliau dibatalkan oleh kerajaan Thailand pada 2008 tetapi Thaksin kemudian diberi kerakyatan Montenegro tahun lalu untuk membenarkan beliau bebas bergerak. Beliau turut dilaporkan menggunakan pasport Nicaragua.\rAdik beliau Yingluck kini perdana menteri selepas mendapat kemenangan dalam pilihan raya awal tahun ini, berikutan tunjuk perasaan pembangkang besar-besaran pada 2010 oleh penyokong Baju Merah pro-Thaksin yang berakhir dengan tindakan tentera menggunakan kekerasan hingga membawa kepada pertumpahan darah. – AFP/Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|