CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

Dengarnya...: Ombak Rindu atasi Breaking Dawn

[Copy link]
Post time 5-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TIBA-TIBA, Cik Normah dengar semua orang bercerita mengenai filem terbaru lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz, Ombak Rindu. Rakan di pejabat pun ibaratnya berlari ke sana berlari ke sini bertanyakan perihal filem arahan Osman Ali itu kepada mana-mana wartawan yang sudah pun menonton filem terbabit pada sesi pratonton baru-baru ini.\rKawan-kawan yang sudah pun menonton filem yang diangkat daripada novel tulisan Fauziah Ashari baru-baru ini rata-rata memberitahu, mereka terhibur dengan garapan terbaru pengarah yang pernah mencuit hati peminat dengan filem Cun sebelum ini. Malah, tidak kurang yang kehabisan tisu kerana tidak dapat menahan kesedihan menonton lakonan hebat Maya.\r\n\n\n\n\rCik Normah sendiri belum berkesempatan menonton filem terbabit. Sebabnya, ingatkan nak tengok pada beberapa hari pertama tayangan. Malangnya, tiket filem terbabit di kawasan tempat tinggal Cik Normah semuanya habis! Tak apa, Cik Normah tunggulah saja dua tiga hari lagi. \r\r\n\n\n\n\nTeman Cik Normah di ofis pun ada menerima kiriman e-mel daripada Pengarah Urusan Tarantella Pictures Sdn Bhd, Sharad Sharan, yang mengucapkan terima kasih atas sokongan rakan media terhadap filem Ombak Rindu. Dia turut memaklumkan, pungutan kasar hari pertama filem itu ialah RM750,000, mengatasi catatan dilakukan The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1. \rDalam e-melnya dia berkata, sokongan dan bantuan yang diberikan itu berjaya mengetengahkan maklumat serta mempromosikan filem ini kepada masyarakat umum.\r\"Justeru, melalui sokongan dengan sebaran maklumat dan komentar yang menyokong serta membina, filem ini berjaya menarik perhatian masyarakat melalui sambutan yang memberangsangkan pada hari pertama tayangannya.\r“Sesuatu yang positif terpancar melalui sambutan hari pertama tayangannya di mana kebanyakan panggung yang menayangkannya menyaksikan fenomena ‘kehabisan tiket’. Kami mendapat maklumat, hampir semua panggung sekitar lembah Klang termasuk di negeri-negeri lain kehabisan tiket. Semua ini terjadi ekoran dokongan rakan media semua kerana tanpa adanya sokongan positif dari rakan-rakan sekalian, fenomena ini mungkin tidak akan berlaku,\" kata Sharad.\r\n\n\n\n\rSharad turut berharap fenomena yang memberangsangkan ini dapat berpanjangan dalam usaha untuk meraih kutipan sebanyak mungkin. \r\"Kami sedar, Ombak Rindu sebuah filem bergenre drama, yang biasanya agak sukar meraih kutipan di pasaran. Namun, demi mempertingkatkan mutu dan tahap industri filem tempatan, kami berasakan perlu memulakan usaha menerbitkan filem-filem yang punyai kandungan bermutu dan mantap. Justeru, sokongan dan bantuan rakan media amatlah kami perlu dan hargai demi memupuk usaha kami ke arah itu,\" katanya lagi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.318789 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list