View: 132|Reply: 0
|
Presiden Pakistan sakit jantung
[Copy link]
|
|
ISLAMABAD: Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dilapor berlepas ke Dubai untuk pemeriksaan jantung selepas jatuh sakit, kata pegawai dan rakan semalam, mencetuskan khabar angin yang pemimpin itu mungkin berundur.\rJurucakap presiden bagaimanapun menafikan spekulasi itu.\r\n\n\n\n\rSemua laporan itu tidak benar, khayalan dan spekulasi, kata Farhatullah Babar kepada AP. \r\r\n\n\n\n\nDoktor peribadi Zardari berkata, pemimpin itu berlepas ke Dubai semalam untuk pemeriksaan rutin berkaitan dengan masalah jantungnya.\rZardari ke London pada September untuk menjalani angiografi dan dilapor tiada masalah kesihatan.\rRakan rapat presiden berkata, beliau ketika ini tidak sihat tetapi tiada maklumat lanjut. \rKeadaannya tidak mengancam nyawa, katanya yang enggan dikenali.\r\n\n\n\rBabar yang mengikuti diagnosa presiden itu berkata, penyakit beliau tidak serius dan merbahaya.\rPresiden akan kembali ke Pakistan, katanya.\rZardari berada dalam tekanan sejak duta pakistan ke Amerika syarikat dipaksa meletak jawatan selepas menghantar nota kepada Washington untuk meminta bantuan dalam mempertahankan ketenteraan. AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|