CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

Norish jadi buruan

[Copy link]
Post time 9-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Terima Kasih Cinta pernah luah hasrat enggan temui media\rKEHILANGAN aktres, pengacara dan penyanyi Norish Karman daripada dunia hiburan berbulan-bulan lamanya sejak teater muzikal lakonannya, Terima Kasih Cinta, berakhir sekitar Februari lalu memang disedari pihak media. Sehingga kini, tiada siapa yang tahu di manakah artis serba boleh ini berada kerana kelibatnya tidak pernah kelihatan dalam mana-mana acara hiburan.\r\n\n\n\n\rMaklumlah, sebagai pelakon popular tentunya ramai yang prihatin dengan keadaan Norish yang mendiamkan diri tanpa sebarang khabar berita, meskipun pelbagai spekulasi timbul di sebalik kisah kehilangannya itu. \r\r\n\n\n\n\nJusteru, apabila Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama CTRA Production melayangkan undangan ke majlis sidang media Festival Monodrama yang diadakan petang kelmarin di Istana Budaya, sambil menyatakan nama Norish sebagai seorang daripada artis yang bakal menjayakan festival itu, tentunya ia boleh diibaratkan seperti orang mengantuk disorongkan bantal.\rSekian lama cuba menjejaki aktres ini, akhirnya peluang bertemu artis yang berasal dari Singapura ini bakal menjadi kenyataan. Seperti yang dijangka, rata-rata media yang hadir pada petang Rabu lalu mempunyai objektif yang sama, iaitu untuk menemubual Norish dan mendapat kenyataan rasminya mengenai misteri kehilangannya itu.\rMalangnya, hasrat berkenaan tidak kesampaian apabila pelakon itu tidak menghadirkan diri. Bukan saja Norish, tetapi dua artis lain yang turut terbabit dalam pementasan monolog itu iaitu Misha Omar dan Jasmin Hamid juga tidak kelihatan. Menurut pengarah monolog yang bakal dijayakan mereka, Rosminah Tahir, ketiadaan ketiga-tiga pelakon itu disebabkan masing-masing terikat dengan komitmen lain.\rBercerita mengenai pemilihan Norish, penerbitnya, Siti Rohayah Attan berkata, tawaran itu diberikan kepada pelakon itu bulan lalu, selepas beberapa kali hasrat untuk mereka bekerjasama dengannya tidak kesampaian.\r\n\n\n\r“Kami pernah bekerjasama dengan Norish sebelum ini untuk teater Deja Vu Seorang Perempuan. Norish pun ada bertanyakan kepada saya, bila lagi mahu memanggilnya berlakon? Bila dapat saja teater yang sesuai, saya pun menghubunginya dan dia terus bersetuju menerima tawaran itu.\r“Tawaran berkenaan diberikan kira-kira dua minggu lalu dan selepas itu kami ada berjumpa untuk sesi membaca skrip,” cerita Rohayah atau lebih mesra di kalangan wartawan dengan panggilan Kak Roy.\rHadir sama Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Sallehuddin Abang Shokeran; Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani; dan Ketua Bahagian Promosi & Pengiktirafan DBPKL, Kamsiah Mohamed.\rSeakan dapat meneka apa yang bermain di fikiran wartawan yang datang pada hari itu, selain membaca sendiri gosip yang tersebar di internet mengenai pelakon itu, Rohayah berkata, sewaktu bertemu Norish, ibu kepada tiga cahaya mata itu berada dalam keadaan sihat.\r“Cuma dia ada berpesan pada saya, kalau boleh dia enggan bertemu pihak media. \rAlasannya, dia lebih selesa bersikap low profile sebelum membuat kemunculan semula secara besar-besaran pada Januari depan sempena kelahiran album sulung,” kata penerbit yang pernah menghasilkan teater muzikal Gamat dan Tun Mahathir ini.\rBerkongsi maklumat mengenai festival monodrama itu, Rosminah berkata, tiga pelakon berkenaan diberi naskhah berdasarkan kebolehan mereka menghayati skrip yang diberikan.\r“Tiada uji bakat yang diadakan. Sebaliknya, selepas kata persetujuan diberikan, mereka diberikan skrip dan kami melihat bagaimana mereka menghayati watak yang diberikan. \rWalaupun mereka bertiga pelakon berbakat dan berpengalaman, tetapi mereka menetapkan syarat supaya mereka diberi latihan. Kalau ikutkan, saya hanya mahu mereka diberikan skrip dan terpulang pada masing-masing bagaimana mereka mahu persembahkan monolog itu,” katanya.\rMisha akan bermonolog menerusi hasil karya Rosminah sendiri iaitu Gadis Yatim, manakala Jasmin membawakan watak berkonsepkan 1Malaysia iaitu watak orang Cina dan Tamil menerusi naskhah berjudul 4 Gadis Pingitan. Norish pula muncul menerusi monolog Bukan Deja Vu.\rKetiga-tiga artis ini akan tampil dengan persembahan selama 15 minit sepanjang dua hari festival itu diadakan, pada 13 dan 14 Disember ini, bertempat di Lambang Sari, mulai jam 8.30 malam. Tiket boleh didapati di Istana Budaya mulai semalam.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048015 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list