Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
40215
View
232
Reply

Mari Menulis Puisi Akrostik

[Copy link]

Author: Goldkey       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 7-12-2012 03:19 PM | Show all posts
Akrostik Bunga-Bunga Syurga

Bunga-bunga Syurga
Untuk yang teristimewa
Nikmat dan rahmat bersama
Gabungan insan istimewa
Anugerah untuk Ayah bonda

Bunga-bunga Syurga
Ukhwah terjalin mesra
Nasib mereka tak sama
Golongan perlu dibela
Amanah yang Esa

Sayangi mereka
Yakinkan mereka
Untuk hidup ceria
Redha ketentuan-Nya
Genggam amanat ke hujung nyawa
Allah kurnia yang terbaik buat hamba-Nya.

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-12-2012 09:23 AM | Show all posts
Akrostik Sebelas Disember

Sebelas Disember
Episod yang masih diberi untuk kita
Beribadat kepada Yang Maha Kuasa
Esok lusa belum tentu kita ada
Lekas ambil kesempatan ruang dan peluang yang dikurnia
Ampuhkan amalan bekalan ke sana
Sebelum diusung ke perhentian seterusnya

Disember
Inilah waktu dan ketika
Soroti apa yang telah dikerja
Elok muhasabah diri hitung pahala dosa
Memohon keampunan Yang Esa
Beroleh keberkatan dan redha
Esoknya tiada sesalan di dada
Restu dari-Nya menyelamat ke syurga.

CNM, 11/12/12, 9.20am, THMK Last edited by Goldkey on 11-12-2012 09:49 AM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-12-2012 12:12 AM | Show all posts
Akrostik Duabelas Tiga Kali
Duabelas Tiga Kali
Umur makin meninggi
Amalan kena tambah lagi
Biar memperolehi redha Ilahi
Esok lusa mungkin akan pergi
Lebih baik bersedia sebelum mati
Ajal itu pasti datang mencari
Siapa bersedia mereka tak rugi

Tahun baru datang lagi
Impian harus dimiliki
Gagal bukan yang dihajati
Anganan dikejari

Kekalkan prestasi
Ambil inisiatif tingkatkan produktiviti
Lupakan kekurangan diri
Impian jadikan motivasi.

CNM, 12/12/12, 12.12am THMK
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-12-2012 05:43 PM | Show all posts
Akrostik Primula Beach

Primula Beach
Rehatkan diri rehatkan minda
Isi waktu bersama keluarga
Menambah kasih mesra
Umur makin berganda
Lebihkan masa bersama
Anak-anak dah meningkat dewasa

Bersama sentiasa
Elok diamalkan keluarga
Anak-anak rasa diharga
Coleteh mereka pengubat duka
Hayati waktu membesarkan anugerah-Nya.

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-12-2012 11:24 PM | Show all posts
Akrostik Langit Malam

Langit malam
Adalah keindahan
Nantikan bulan
Gambarkan kecantikan
Ingat tersayang
Titipkan Ilham

Malam dan siang
Adalah pusingan
Lalui dengan ketenangan
Anggaplah anugerah Tuhan
Melengkapi kehidupan.

CNM Last edited by Goldkey on 17-12-2012 11:26 PM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-12-2012 08:22 AM | Show all posts
Dera Anak

Dera
Elemen keganasan
Rosak hubungan
Anak-anak jadi pendendam...

Anak anugerah Tuhan
Nasib mereka erlu dibela
Amanah yang perlu dijaga
Kekayaan ayah bonda di duni...

CNM, 18/12/12, 8.20am, Kg Joh, THMK
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-12-2012 02:43 PM | Show all posts
Akrostik Hujan

Hujan
Utusan Tuhan
Jangan dipersalahkan
Andai mencurah berterusan
Nikmati nikmatnya tiap titisan hujan.

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-12-2012 11:42 PM | Show all posts
Akrostik Sabtu

Sabtu
Adalah hari hujung minggu
Boleh berehat bersama keluarga atau tetamu
Tonton bersama rancangan hiburan pilihan kalbu
Untuk semangat kekeluargaan yang padu.

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-12-2012 08:15 PM | Show all posts
Akrostik Berita Perdana

Berita
Elemen maklumat berguna
Ramai yang mendengarnya
Input perkembangan semasa
Tempatan mahupun luar negara
Astro, TV1, TV3 semua ada

Penting mendengar berita
Elak ketinggalan maklumat semasa
Rugi tak tahu isu-isu semasa
Dunia dalam sistem maya
Aplikasi cukup berharga
Nilai tak terhingga
Amat membantu manusia.

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-12-2012 10:50 PM | Show all posts
Akrostik Peram Puisi

Peram Puisi
Elokkan diksi
Retetan kata berisi
Ayat menjadi
Mantap nukilan dikongsi

Peram
Untuk hasilkan yang terbaik
Ini pendekatan dan teknik
Sila catit
Ikut dan amal puisi jadi cantik.

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-12-2012 01:55 PM | Show all posts
Akrostik Tahun Baharu

Tahun Baharu
Akaan bertamu
Hiasi diri menyambut tahun baharu
Ukirkan senyuman bermadu
Nukilkan kata-kata semangat puistismu

Baiki diri tambah mutu
Ambil iktibar apa yang berlaku
Hayati kisah-kisah lalu
Amalkan yang direstu
Ruang dan waktu
Usah dibiar terbazir tanpa mengutip ilmu.

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-12-2012 04:17 PM | Show all posts
Akrostik Bah

Bah
Adalah fenomena alam
Hadapi dengan tenang...

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-12-2012 05:16 PM | Show all posts
Akrostik Dua Ribu Tigabelas

Dengarkan
Ungkapanku
Ambil jika betul padamu

Rentasi masa
Ikut syariat Yang Esa
Banyakkan amalan mendatang pahala
Usah alpa dan leka

Tunaikan perintah-Nya
Imbangi akhirat dan dunia
Gilap keimanan dan takwa
Allah Maha Melihat hamba-Nya
Beribadat mengikut masa
Elak dari terlupa
Lakukan dengan redha
Amalan akan diterima
Selamat kita akhirat dan dunia.

CNM, 29/12/12, 5.15pm, THMK
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-12-2012 10:18 PM | Show all posts
Akrostik Isnin Terakhir

Isnin terakhir
Sehari lagi
Nak melangkah ke tahun baru
Impian segera laksana
Nanti rasa terkilan pula.

Tahun baru bakal tiba
Esok hari terakhir
Ramai yang akan menyambut
Ambang dua ribu tigabelas
Kebiasaan berhimpun ramai-ramai
Hayati detik duabelas malam
Ingat!
Railah tanpa mengundang kemurkaan Tuhan.

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-1-2013 10:46 AM | Show all posts
Akrostik Januari

Janji kepada-Nya
Amalan kebajikan akan diganda
Nekad berusaha
Untuk mencari redha
Allah saja penyelamat kita
Redha-Nya didamba
Itulah sebaik-baik kurnia.

CNM, 1/1/13, 10.42am, THMK
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-1-2013 09:37 PM | Show all posts
Akrostik Tarikh

Tarikh
Adalah saat yang jadi sejarah
Retetan kisah
Indah dalam lipatan memori
Kenangan sejati
Hadirnya mungkin hanya sekali.

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-2-2013 10:02 AM | Show all posts
Akrostik AHAD

Ahad
Hari untuk berehat
Ambil ruang dan waktu
Di samping keluargamu.

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-2-2013 10:10 AM | Show all posts
Akrostik Pilihan Raya

Pilihan Raya
Itu sistem pemilihan pemimpin negara
Lima tahun sekali wajib diada
Inilah waktu rakyat menyata
Harapan kepada calon mereka
Ambil tugas membela
Nasib dan kebajikan semua

Rakyat memilih
Antara yang terpilih
Yang dilantik jangan berdalih
Ambil peluang setelah dipilih.

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2013 10:25 PM | Show all posts
Akrostik Dedalu

Dedalu
Entiti tak tahu malu
Diteguk tanpa segan silu
Akhirnya membunuh perumah itu
Lalu turut layu
Usah jadi seperti dedalu.

CNM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2013 10:31 PM | Show all posts
Akrostik Semalu

Semalu
Entiti cukup pemalu
Menguncup bila disentuh kamu
Awalnya kembang menawan kalbu
Lalu tunduk bila diganggu
Usah bongkak mencari seteru.

CNM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.084692s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list