CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234219|Reply: 1821

Kisah Tragis Kehilangan Pelajar Tajaan Petronas (Edisi CSI CARI)

  [Copy link]
Post time 13-12-2011 05:02 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by carisupport at 21-12-2011 15:27


Ariff Alfian Rosli


KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.


Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.



Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.



"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

p/s Balik la.......Sian mak ayah kamu sdg  hadapi saman Petronas........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2011 06:42 AM | Show all posts
Kesian kat anak2nya . Takut2 murtad .


Kalau betoi , cilakak betoi geng2 Pader nie
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 07:01 AM | Show all posts
aku rasa dia sedang joli katak di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 07:03 AM | Show all posts
knapala byk brite doktor ilangg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 07:21 AM | Show all posts
simpati kat parents dia..

hlg anak...pas tu nak kene saman pulak...byk gile...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 07:37 AM | Show all posts
aku br tnya kwn aku yg blajaq medic sana.
dia kata cter pasal budak tu lama dah.budak tu senior 3-4 thn tu dr kwn aku. org kata dia fail,pastu p keje dublin.pastu skrg ttau mana pegi.
kwn aku la kata.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2011 08:22 AM | Show all posts
Kesian keluarga ni.. Complicated case indeed..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 08:22 AM | Show all posts
mane pulak pegi nya mamat ni?.. org suh amek kat msia xnak.. nk jgk kat oversea..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2011 08:29 AM | Show all posts
tapi kesianla..dier tak dapat teruskan pengajian sebab nak mintak extend tak dapat..nak balik dgn tgn kosong pulak malu dgn orang kampung..bukan senang nak jadi doktor ni..ada kawan yang ambil medic memang tk tido malam la kejenye....sampai jadi panda dah..yela..berdepan dengan nyawa orang..mana boleh main main..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 08:44 AM | Show all posts
sistem kita mmg trkla hbs je blaja utang keliling pinggang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 08:48 AM | Show all posts
baguslah dia gagal. semakin lama semakin ramai orang dengki dengan doktor ni. macam macam akta dibuat kononnya untuk kontrol doktor. latest 1care . dah tau gagal di negara lain dan who puji sistem sekarang pun masih lagi nak kontrol doktor.

wah emo pulak aku untuk doktor doktor di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 08:55 AM | Show all posts
sian kat parent...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 08:55 AM | Show all posts
tapi kesianla..dier tak dapat teruskan pengajian sebab nak mintak extend tak dapat..nak balik dgn tg ...
surayasukri Post at 13-12-2011 08:29



   ala...kat malaysia sambung kat masterskill ataupun aucsm ke apa tah...bukan budak bio pun leh lulus dgn cemerlang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 08:58 AM | Show all posts
takut dpt kt paderi gay...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 09:00 AM | Show all posts
nnt ada plak citer jumpa dalam keadaan bingung
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 09:00 AM | Show all posts
doc red...belajo kat mana dlm ker luor negara?

bangga mak bapak sekejab jer....pastu merana sepanjang masa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2011 09:02 AM | Show all posts
aku br tnya kwn aku yg blajaq medic sana.
dia kata cter pasal budak tu lama dah.budak tu senior 3-4 ...
adaakukesah Post at 13-12-2011 07:37



    mcmtu rupenya..
cam kes senior aku kat UTM, failed last semester, ulang alik keje singapore, famili kt kg. tak tau dia failed..
last2 eksiden ngeri, kepala hancur kene gelek lori, hantar jenazah kt kg. maknya meraung nangis.. sedeh sgt.

pada aku, kalu korang ada kwn2 yg failed dlm U, cube tgk2 kn dorg, dlm sistem pelajaran , failed=mati. tiada sorg pegawai akademik yg akan jumpa/pantau student2 yg failed dlm belajar, seolah2 diorg dh 'mati' dlm Universiti dorg..

mmgla senang ckp alah failed bkn penamat idup.tapi yg merase adalah diorg. bukan semua nk failed dlm belajar, apatah lagi dlm kejar cita2..

mamat yg ilang cmni, mesti tkde ramai kwn rapat, kalu tk mesti susah nk ilang cmtu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 09:03 AM | Show all posts
nnt ada plak citer jumpa dalam keadaan bingung
md.jie Post at 13-12-2011 09:00



    salah!!!...
sbnrnya ada pmpn cantik sapa ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 09:14 AM | Show all posts
Fail pastu tanggung hutang dekat sejuta. Memang azab la.
Tapi nak buat camner, semua dah ada dalam perjanjian. Masa sign memang seronok.
BTW, ada sorang yang fail kat Ireland, balik Malaysia sambung degree in Sc Biology, skang dah sambung buat PhD kat europe lagi. Katanya, setelah amek medic ni baru tau kerjaya tak sama seperti yang dia bayangkan...so takder motivation, terus fail. Mujurla jens yang tak patah semangat, and tahu rancang balik masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 09:36 AM | Show all posts
aku rasa dia tak tau yg bapa dia kena tanggung kos hutang dia kat petronas kalau lah mamat tu masuk CI tolong2 lah contact mak pak ya...jangan jadi anak derhaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.426414 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list