CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9052|Reply: 29

Bayaran persembahan termahal retis-retis Bollywood

[Copy link]
Post time 13-12-2011 10:20 AM | Show all posts |Read mode

KAREENA KAPOOR


Habuan Tahun Baru Ikon Bollywood


SHAH RUKH KHAN, Kareena Kapoor, Priyanka Chopra dan Katrina Kaif diketahui umum merupakan antara bintang Bollywood yang meraih habuan bayaran yang tinggi setiap kali dijemput mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun Baru.Namun siapakah yang telah dibayar paling mahal untuk sambutan Tahun Baharu 2011 dan siapa pula ikon Bolllywood nombor satu paling dikehendaki untuk menghangatkan sambutan bagi meraikan kemunculan 2012 nanti?


Mengadakan persembahan di majlis tertutup dan di khalayak umum merupakan jalan pantas bagi menghasilkan wang ekstra yang banyak bagi selebriti Bollywood.Apa yang penting, persembahan pentas artis Bollywood mereka tidak memerlukan mereka menghabiskan banyak tenaga untuk menyanyi tetapi sebaliknya sekadar menari mengikut rentak lagu-lagu runut bunyi filem- filem lakonan masing-masing.


Shah Rukh dengan jujurnya mengakui dia akan menerima tawaran untuk mengadakan persembahan tarian untuk sebarang majlis, dengan syarat dia dibayar dengan setimpal. Katanya: "Saya tak kisah dijemput menari untuk sebarang majlis keraian. Asalkan bayarannya berpatutan."

Biarpun dua bintang ternama Salman Khan dan Aamir sebaliknya menolak sebarang jemputan untuk mengadakan persembahan pada majlis-majlis keraian, namun kebanyakan pelakon Bollywood memilih untuk mengikuti jejak yang sama seperti yang telah dirintis oleh Shah Rukh. Justeru, artis manakah yang meminta bayaran paling mahal?


Menurut sumber, Shah Rukh meminta bayaran sekurang-kurangnya Rs 4 crore (RM3.2 juta) setiap kali mengadakan persembahan. Malah bayaran untuknya itu dijangka akan meningkat selepas filem terbaharu lakonannya, Ra. One meraih kutipan pecah panggung mencecah RM192 juta dan begitu juga sebuah lagi filem lakonannya yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Don 2 yang turut dijangka bakal pecah panggung.

Tambahnya: "Pelakon wanita gred A Bollywood seperti Kareena Kapoor, Katrina Kaif dan Priyanka Chopra mengenakan bayaran di antara Rs 1.2 (RM960,000) hingga Rs 2 crore (RM1.6 juta) setiap kali mengadakan persembahan bersempena sambutan Tahun Baharu.


"Dalam kes Kareena Kapoor, bayarannya berkemungkinan akan meningkat memandangkan kesemua filem-filem lakonannya sepanjang tahun ini meraih kutipan pecah panggung iaitu Bodyguard dan Ra. One, malah Kareena mungkin menjadi pelakon wanita yang dibayar paling mahal untuk mengadakan persembahan untuk Tahun 2012 nanti!"


Tambahnya, aktres seperti Bipasha Basu, Anushka Sharma, Malaika Arora Khan dan Mallika Sherawat dalam kategori sederhana dengan bayaran setiap kali persembahan mereka masing-masing adalah antara Rs 50 (RM400,000) hingga Rs 75 lakh (RM600,000).


Katanya lagi, bagi aktres-aktres yang jarang meraih tawaran berlakon filem seperti Yana Gupta, Sameera Reddy, Neha Dhupia, Koena Mitra dan Tanushree Dutta pula dibayar di antara Rs 10 (RM80,000) hingga Rs 25 lakh (RM200,000) . Tegas sumber: "Golongan aktres kategori ini nampaknya meraih lebih banyak bayaran untuk mengadakan persembahan berbanding bayaran yang diperolehi daripada khidmat lakonan masing-masing."









P/s : masyukk giler weh....patutla jutawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2011 10:30 AM | Show all posts
Tak silap iols...untuk persembahan datuk Siti per hour pun baru RM70k..Tu pun dah dianggap mahal
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 10:32 AM | Show all posts
gler kaya.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 12:02 PM | Show all posts
men juta2 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 10:52 AM | Show all posts
sebab tu diaorang jadi bollywood...kita belum malaysiawood so 70k dah dianggap mahal..tambah skit ag orang kata demand
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 11:10 AM | Show all posts
hahahaha.....ptot la artis2 ni mmg kaye raye ye idop dorg!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2011 01:09 PM | Show all posts
kaya lah srk..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 01:10 PM | Show all posts
pok cik kayo.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 01:19 PM | Show all posts
duit tak hbs di makan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 02:37 PM | Show all posts
mmg kaya sungguh...artis sederhana bOllywOOd dOrang pun lebih lumayan dari retis kita tarap A (katanya)...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 02:58 PM | Show all posts
kaya sungguh mereka..
ai suka tgk lakonan depa dlm movie shja
nama nak tgk mereka wat persembhn pentas..xmo la
dah la tiket mahal..depa kekwat bukan main lagi
pehtu miming shja..dan menari
x berbaloi rsnya
baik tgk mereka di dlm filem..ulang sepuluh kali pon xpe
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 03:08 PM | Show all posts
sapa yg byk duit byr dorang ni kn..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:14 PM | Show all posts
membazir je kalau malaysia sanggup perabih duit ambik diaorg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 09:12 AM | Show all posts
Reply 1# jejai


   aiyoyo ama apa... hebat gilerrr leh kayer rayer beb
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 09:23 AM | Show all posts
mahalnya, patut pun retis dorang kaya-raya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:43 AM | Show all posts
Dulu baca 1 artikel, mak bapak keluarga miskin sengaja potong anggota badan anak2 sbb nak suh anak2 ni jd pengemis.
bila baca psl kekayaan & kemewahan para artis ni.... speechless ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2011 01:06 PM | Show all posts
sebab tu diaorang jadi bollywood...kita belum malaysiawood so 70k dah dianggap mahal..tambah skit ag ...
PuanSufi Post at 14-12-2011 10:52


Malaysiawood? rasanya Laysiawood lagi best namanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 01:09 PM | Show all posts
Reply 14# Azura_Cantik

tahu tak apa..ni kalau nak apa-apa main tunjuk je...bestkan tak payah sibuk nak kira berapa nak kena simpan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 01:34 PM | Show all posts
perghh....giler kaya diorg nih......wat 2 3 show dah dpt beli umah n kete cashh!!..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 01:39 PM | Show all posts
betul tur nak juga jd retis la
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.590275 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list