View: 170|Reply: 0
|
Yingluck yakin tentera Thailand tidak akan rampas kuasa
[Copy link]
|
|
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra yakin pihak tentera tidak akan menumbangkan kerajaannya seperti yang mereka lakukan terhadap pentadbiran abangnya, Thaksin Shinawatra pada 19 September 2006.\rKetika melawat Ibu Pejabat Tentera Diraja Thailand di Chaeng Watthana Road, semalam, pemberita bertanya sama ada beliau bimbang rampasan kuasa kerana pegawai kanan tentera yang menggulingkan Thaksin masih bertugas.\r\n\n\n\n\r“Saya yakin lakukan terbaik untuk rakyat yang percaya kepada keupayaan saya dan saya akan lakukan yang terbaik untuk Thailand. Saya percaya, saya akan dapat layanan adil daripada semua pihak kerana mereka tahu niat saya itu,” kata Yingluck dalam The Bangkok Post ketika sidang media bersama komander tertinggi dan pemimpin tentera.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, angkatan bersenjata tidak sepatutnya ada masalah dengan beliau kerana mereka sama-sama mempunyai matlamat kerja yang sama iaitu menjaga keamanan negara, berusaha supaya rakyat makmur dan melindungi raja.\rSekalipun berulang kali ditanya pemberita bahawa beliau benar-benar yakin tidak akan ada rampasan kuasa ke atas pentadbirannya, Yingluck berkata, beliau amat yakin mengenainya.\rBeliau kemudian meminta Komander Thanasak Patimaprakorn menjawab soalan yang sama.\r“Kami mengesahkan, tentera bersedia melakukan yang terbaik bagi menyokong dasar kerajaan ke arah penyatuan dan pembangunan. Setiap orang akan mendapat kepastian kami menyokong kerajaan sepenuhnya,” kata Thanasak. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|