View: 167|Reply: 0
|
Mesti Tonton: Zoo pengikat kasih sayang
[Copy link]
|
|
Filem: We Bought A Zoo \rPengarah: Cameron Crowe \rPenulis: Cameron Crowe, Aline Brosh McKenna \r\n\n\n\nPelakon: Matt Damon, Scarlett Johansson, Elle Fanning, Colin Ford, Maggie Elizabeth Jones, Thomas Haden Church, Carla Gallo\rGenre: Drama, Komedi, Keluarga\rTarikh Tayangan: Mulai 22 Disember 2011 \r\n\n\n\n\n\rSIAPA sangka, \'keamanan\' yang dicari seorang bapa tunggal untuk menyempurnakan kehidupan kekeluargaan yang sentiasa tegang akhirnya terjawab di sebuah zoo yang dipenuhi haiwan liar, malah keputusan berpindah ke ruang yang dihuni lebih 200 spesies haiwan liar mula diwarnai kegembiraan.\rJika dilihat dari pandangan mata kasar, We Bought A Zoo hanyalah sebuah filem bergenre drama yang pernah ditonton sesiapa saja sebelum ini, tetapi menyingkap isu kekeluargaan yang cuba dibawa oleh pengarah, Cameron Crowe, ia sebuah naskhah layar yang bernilai dan berbeza.\rHampir 70 peratus isi penceritaan filem ini membawa penonton menyusuri kasih sayang seorang bapa untuk mencari titik keserasian yang sudah lama hilang antara dirinya dan si anak, Dylan Mee lakonan Colin Ford. \rDan, kelainan yang tercipta melalui filem ini adalah apabila sebuah zoo mampu membawa kebahagiaan kepada keserasian yang dicari, dan bukanlah sebuah kota indah.\rFilem yang diangkat daripada kisah benar ini berkisar pada anak muda berusia 14 tahun yang suka memberontak. Sikap itu pula, yang disebabkan kehilangan kasih sayang seorang ibu, dipaparkan pengarah melalui hasil lukisan yang diconteng dengan gambaran yang cukup ganas. \rMalah perubahan sikap remaja itu kemudian diperlihatkan kembali dengan hasil lukisan Dylan yang mula melukis haiwan di kawasan penempatan baru mereka dan ia sebuah paparan yang sungguh mengagumkan.\rSetiap visual turut diisi dengan kesungguhan lelaki yang terpaksa membesarkan sepasang anak dan pada masa sama mengalami konflik diri akibat terlalu merindui isteri yang sudah pergi meninggalkan mereka.\rWalaupun pada 15 minit pertama, penceritaan filem ini agak lembap dan membosankan, keseronokan mula timbul sebaik saja penonton dibawa menonton keluarga Benjamin Mee (Matt Damon) berpindah ke zoo terbiar yang dihuni kira-kira 200 jenis haiwan termasuk singa, harimau dan beruang.\rDi sinilah segala konflik antara anak lelaki yang enggan berpindah dan kesungguhan Benjamin menunaikan impian anak perempuannya, Rosie, bermula. \rKelakuan Dylan yang menjadi-jadi membuatkan hubungan mereka semakin tegang. Dylan langsung tidak menyukai keputusan bapanya berpindah ke situ dan membeli zoo untuk dibangunkan.\rAkhirnya, ketabahan Benjamin membuktikan kasih sayangnya kepada anak dan haiwan di zoo yang memerlukan pembiayaannya, cukup berbaloi apabila sebuah taman haiwan dapat dibuka semula dengan bantuan lima pekerja yang masih setia bersama membangunkan kemudahan serta penjagaan zoo berkenaan.\rWalaupun pada mulanya, Benjamin hampir putus asa dengan pembiayaan makanan, penjagaan kesihatan dan kemudahan zoo yang perlu diganti dengan spesifikasi yang tepat, akhirnya tuah menyebelahinya apabila duit peninggalan isteri tercinta mula menyelamatkan keadaan.\rIndahnya cerita ini bukan terletak kepada keseluruhan penceritaan, tetapi dari sudut pandang berbeza seorang pengarah yang membawa penonton merasai pengorbanan dan usaha keras, yang akhirnya memberi pulangan lumayan kepada seseorang. Benjamin bukan saja berjaya mencuri hati seorang anak lelaki yang keras kepala, tetapi pada masa sama menyelamatkan haiwan terbiar menjadi koleksi yang diminati masyarakat setempat.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|