CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Motosikal elektrik dijual bulan depan

[Copy link]
Post time 19-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
  Eclimo juga akan masuki pasaran Eropah Jun\rMOTOSIKAL elektrik keluaran Eclimo Sdn Bhd (Eclimo) yang berpangkalan di Pulau Pinang akan berada di pasaran tempatan pada akhir bulan depan, sebelum memasuki pasaran Eropah pada Jun 2012.\r\n\n\n\n\r    Model pertama motosikal jenis skuter jenama Eclimo adalah ES11 yang mempunyai kapasiti 125 cc dan digerakkan menggunakan bateri ion litium.\r\r\n\n\n\n\n    Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dennis Chuah, berkata pihaknya menyasar untuk menjual sehingga 20,000 unit tahun depan iaitu penguasaan empat peratus pasaran motosikal tempatan.\rSehubungan itu, syarikat itu menjalin kerjasama dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dengan membentuk satu program keusahawanan untuk pengedar motosikal jenama Eclimo.\rMenerusi kerjasama itu, syarikat berkenaan melantik Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai ‘Peniaga Utama’ Eclimo. \rSyarikat itu dan DPMM juga akan membangunkan 10 peruncit Bumiputera yang akan menjual, menyediakan perkhidmatan dan aksesori untuk pemilik motosikal Eclimo pada tahun depan.\r\n\n\n\r“Dengan pelaksanaan program ini, kami percaya setiap peruncit akan memperoleh sekurang-kurangnya RM800,000 setahun dan ini akan memberi sinar baru dalam industri automotif elektrik,” katanya.\rBeliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian pelantikan Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai ‘Peniaga Utama’ Eclimo, yang disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Georgetown, baru-baru ini.\rPada majlis itu, Eclimo dan Nexus Technopreneur Sdn Bhd, diwakili oleh pengarah urusan masing-masing, Liew Chung Pang dan Amilka Nazim.\rModel Eclimo ES 11 boleh dicaj penuh dalam tempoh tiga setengah jam dengan jarak perjalanan sejauh 100 kilometer. Kelajuan maksimum skuter dilengkapkan dengan bateri ion litium adalah 100 kilometer sejam.\rBagi meringankan pembeli, Eclimo bekerjasama dengan Hong Leong dan Mastercard International menyediakan skim bayaran mudah. Pembeli hanya perlu membayar pendahuluan RM100 dan bayaran ansuran RM199 sebulan selama 60 bulan.\rEclimo juga menawarkan jaminan lima tahun bagi alat ganti dan kos buruh dan servis percuma empat kali setahun sepanjang tempoh jaminan.\rDennis berkata, model ES11 akan dikeluarkan di kilang di Pulau Pinang tetapi jika permintaan mencecah 40,000 unit, pihaknya akan bekerjasama dengan Kumpulan NAZA untuk memasang di Shah Alam, Selangor.\rMengenai pasaran antarabangsa, beliau berkata, skuter itu juga akan dieksport ke Itali dan Jepun.\r\"Sebagai permulaan, kami akan mengeksport beberapa ribu unit ke Itali pada pertengahan tahun depan,\" katanya.\rEclimo ditubuhkan pada Jun 2008 adalah syarikat tempatan yang terbabit dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang teknologi kuasa mesra alam, terutama untuk sektor pengangkutan.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037309 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list