CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

Berhibur sambil bersembang

[Copy link]
Post time 20-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Celoteh kak Pah, nyanyian Grace, Dewi Yull mengimbas memori 70-an\rMENYANYI diselang seli dengan celoteh mengimbas perjalanannya dalam dunia seni. Begitulah gaya Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar ketika menghiburkan tetamu dan peminatnya pada Majlis Makan Malam Amal Tiga Sahabat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, Sabtu lalu.\r\n\n\n\n\rTidak berseorangan, persembahan Sharifah Aini atau mesra dengan panggilan Kak Pah ini turut menampilkan dua sahabatnya dari Indonesia, Grace Simon dan Dewi Yull. \r\r\n\n\n\n\nSememangnya, menjemput dua rakannya dari negara seberang itu ternyata menambahkan lagi kesyahduan malam dengan mengimbau kembali nostalgia era 70an dan 80an. Sambil menghayati dendangan dan kelunakan suara barisan penghibur berbakat ini, tetamu dihidangkan dengan makan malam yang tidak kurang enaknya.\rBarangkali anak muda zaman sekarang kurang mengenali gerangan Grace Simon dan Dewi Yull, tapi itu tidak menjadi penghalang untuk berhibur kerana kedua-dua penyanyi ini pandai menarik perhatian penonton apabila mendendangkan lagu dari kumpulan popular di kala ini.\rMisalnya, Dewi Yull mempersonakan penonton dengan menyanyikan lagu Dealova, manakala Grace mengajak penonton menari dengan lagu Sway yang dipopularkan oleh Micheal Buble dan lagu popularnya Bing, Begawan Solo dan Kapan Lagi.\rMasing-masing tampil menyerlah dengan kemerduan suara yang dimiliki dengan menyampaikan empat buah lagu sebelum Kak Pah mengambil alih pentas.\rKemunculan Kak Pah kira-kira jam 10.30 malam, sememangnya dinantikan-nantikan lebih 700 tetamu. Beliau lantas membuka persembahan dengan lagu popularnya, Seri Dewi Malam. Walaupun sudah 43 tahun dalam dunia seni, Kak Pah mengaku masih gemuruh setiap kali memulakan persembahan. \r“Saya sudah berjalan jauh, sudah jauh mengembara, namun perasaan gementar ketika menyampaikan lagu pertama dan kedua tetap ada. Walaupun sudah 43 tahun, saya masih merasakan perasaan yang sama,” katanya. \rPersembahan diteruskan menyanyikan kira-kira 19 lagu termasuk lagu medley dan duet bersama dua penyanyi jemputannya. \rAntara lagu yang dinyanyikan ialah Sayangku, Putus Kasih, Kenangan Lalu, Terbang Helang, Smile dan Kau Pergi Tanpa Pesan dan Halimun Malam dan lagu medley yang menggabungkan lagu era 70-an iaitu Kenangan Manis Di Bulan September, Oh Di Mana Mustika Hati, Surat Dari Seberang dan Jangan Tinggalkan Daku.\rBukan sekadar menyanyikan lagu sendiri, Kak Pah juga turut mendendangkan lagu dari kawan baiknya, mendiang Broery Marantika seperti Biarlah Bulan Berbicara serta When You Tell Me That Love Me dari Diana Ross. Serta diselitkan dengan lagu Arab yang diterjemahkan, iaitu Malam Persandingan.\rTernyata penyanyi berbakat besar ini pandai menyuntik gelak tawa apabila Kak Pah turut menyampaikan beberapa jenaka sebagai selingan, secara tidak langsung memperlihatkan pengalamannya dalam berkomunikasi bersama penonton.\rSebelum tamat, tetamu dihiburkan dengan nyanyian gandingan dari mereka bertiga sebagai penghargaan kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi lagu Kau Laksana Bulan selain Jatuh Cinta dan Sepanjang Jalan Kenangan.\rTerbukti keupayaan Kak Pah sebagai penghibur apabila tiada seorang peminat pun yang berganjak walaupun malam sudah larut, malah ramai yang bangun berdiri dan menari mengikut rentak lagunya.\rAntara tetamu kenamaan yang menyaksikan persembahannya ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib yang hadir pada malam itu turut menanti sehingga ke penghujung acara.\rPersembahan Makan Malam Amal Tiga Sahabat dianjurkan oleh Seri Dewi Production Sdn Bhd dan Lime Events Management berakhir kira-kira 1.30 pagi itu dengan Kak Pah menyanyikan lagu Bunga Tanjung sebagai memenuhi permintaan tetamu dan peminat yang hadir.\rTampak di riak wajahnya, walaupun penat dia tetap berpuas hati dengan penat lelah yang ditanggungnya selama empat bulan bagi menjayakan majlis amal ini.\r“Selepas bekerja selama empat bulan ini, berbaloi rasanya penat itu. Secara jujurnya saya terlalu penat. Saya bekerja sendiri dan menguruskan semuanya sendiri bersama penolong saya, Puan Shamim. Walaupun banyak yang sudah saya lalui, saya masih teruskan dengan misi saya dan saya gembira dengan apa yang saya peroleh sekarang,” katanya kepada media selepas selesai persembahan.\rSetakat ini Kak Pah sudah mengadakan enam persembahan dan secara keseluruhan sebanyak RM82,000 sudah disumbangkan kepada enam sekolah tahfiz terpilih.\r\"Aktiviti seperti ini tidak dinafikan menelan belanja agak mahal. Saya membelanjakan RM190,000 untuk majlis makan malam amal ini. Banyak yang perlu dikira dari pemuzik, sewa studio, tambang artis jemputan dan pelbagai lagi. Apa pun saya percaya ada keuntungan di situ.\r\"Pada mulanya, saya memang merancang untuk menyanyikan 28 hingga 30 lagu tapi malam ini tidak sampai kerana tidak cukup masa. Mungkin cabutan bertuah tadi mencuri sedikit masa dan saya akan perbaiki lagi di masa akan datang. Saya pun tidak mahu habis terlalu lewat kerana kita ada tetamu, Datuk Shahrizat dan saya segan dengannya.\r\"Selain itu, saya sudah berjanji menghadiahkan peminat dengan majlis makan malam bersama saya di restoran kegemaran, malangnya kami tak sempat nak tunaikan. Perkara ini akan dibawa ke acara yang seterusnya. Acara yang seterusnya akan diadakan pada April depan dan sempena Hari Ibu pada Mei nanti,\" kata Kak Pah yang berhasrat untuk mengadakan majlis seperti ini Johor Bahru dan Melaka pula.\rDirinya sama sekali tidak menyangka akan mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan, yang mana dari 350 orang, dan dengan cetakan tiket sebanyak 400 saja, dia meraih dua kali ganda penonton pada malam tersebut. Malah ada peminat yang sanggup datang dari Jeddah, Perth, Singapura serta Sabah dan Sarawak.\rPada malam penuh bermakna itu, Kak Pah turut merakam detik nyanyiannya untuk dijualkan kepada stesen TV. Pada masa sama dirinya dapat menambah hasil untuk aktiviti amalnya itu.\rBiduanita negara ini mempunyai harapan tinggi, bercita-cita mengumpul RM500,000 untuk disedekahkan dan dengan bantuan serta sokongan orang ramai, pasti itu bukan suatu jumlah yang mustahil. \rHasil jualan meja malam itu akan disalurkan kepada Madrasah Tahfiz Tahsin Al-Quran, Kampung Sri Langkas di Puchong dan Baitul Ehsan, Taman Maluri di Cheras, Kuala Lumpur.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.060011 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list