View: 196|Reply: 0
|
Menara Warisan Merdeka dibina tahun depan
[Copy link]
|
|
PNB tunggu kelulusan cadangan pelan bangunan 100 tingkat\rPERMODALAN Nasional Bhd (PNB) menjangka kerja pembinaan Menara Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion akan dimulakan pertengahan tahun depan.\r\n\n\n\n\r Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata pihaknya sudah mengemukakan cadangan pelan pembangunan menara setinggi 100 tingkat itu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kelulusan.\r\r\n\n\n\n\n Beliau berkata, proses kelulusan daripada DBKL itu dijangka mengambil masa beberapa bulan.\r“Pihak DBKL akan meneliti secara menyeluruh cadangan pelan projek pembangunan menara itu termasuk dari segi perundangan supaya tidak ada masalah berbangkit kemudian hari,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman pengagihan pendapatan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Kuala Lumpur semalam.\rRancangan projek pembangunan bersepadu di kawasan berdekatan Stadium Merdeka dan Stadium Negara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2011.\rMengikut perancangannya, ia bakal dimajukan dalam tiga fasa itu dan dijangka siap pada 2015.\r\n\n\n\rBagaimanapun beberapa pihak sebelum ini mempersoalkan rancangan PNB membangunkan menara yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia itu dengan alasan ketika ini sudah ada lebihan penawaran ruang pejabat di Kuala Lumpur.\rMengenai prospek pelaburan PNB bagi tahun depan, Hamad Kama Piah berkata pengurus dana amanah itu akan terus menumpukan kepada usaha meningkatkan pertumbuhan dana yang diuruskannya meskipun keadaan pasaran global tidak menentu akibat krisis hutang Eropah dan kelemahan ekonomi Amerika Syarikat.\rBeliau berkata, pihaknya akan memastikan ia bukan saja mampu terus membayar agihan pendapatan setiap tahun malah turut menjana pertumbuhan bagi masa depan.\r“Setiap tahun kami menghadapi cabaran berikutan ketidaktentuan pasaran global. Bagaimanapun, setakat ini kami melakukan yang terbaik. Kami adalah pengurus dana jangka panjang, kami bukan saja dapat membayar agihan pendapatan setiap tahun tetapi juga mewujudkan pertumbuhan untuk masa depan,” katanya.\rMengulas cadangan pengambilalihan SP Setia Bhd, Hamad Kama Piah berkata PNB masih menunggu kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berhubung tawaran pengambilalihan itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|