CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Panasonic lancar kamera Lumix GX1

[Copy link]
Post time 20-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Model baru perkukuh pasaran dalam negaraPANASONIC Malaysia Sdn Bhd melancarkan kamera sistem kompak premium terbarunya, Lumix GX1 yang disasarkan kepada golongan separa profesional.\n\n\n\n  Pengarah Urusannya, Jeff Lee, berkata menerusi pengenalan model itu, pihaknya menyasarkan untuk terus mengukuhkan lagi kedudukan dalam pasaran kamera sistem di negara ini.\n\n\n\n\n“Ketika ini kami berada di kedudukan pertama dengan penguasaan pasaran sebanyak 27 peratus dan menyasar meningkatkannya sehingga 40 peratus menjelang tahun depan didorong permintaan tinggi terhadap kamera jenis ini.“Tahun ini saja, permintaan bagi kamera jenis ini berkembang sehingga 400 peratus dengan semakin ramai pengguna beralih kepada kamera sistem yang lebih kecil dan ringan, tapi memiliki keupayaan setanding kamera DSLR,” katanya pada pelancaran kamera itu di Subang Jaya, Selangor semalam.Hadir sama Timbalan Pengarah Urusannya, Chris Tomachi dan Pengarah Pemasarannya, Harry Sasaki.Lee berkata, walaupun Panasonic agak lewat memasuki pasaran kamera digital,  ia berjaya meletakkan kedudukannya sebaris dengan pesaing yang terlebih dulu menerokanya dalam tempoh yang singkat.\n\n\nJualan barisan kamera digital katanya, kini menyumbang antara enam hingga tujuh peratus kepada pendapatan keseluruhan syarikat itu dan menyasar meningkatkannya sehingga 10 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang didorong pengenalan lebih banyak model baru.Sementara itu, model GX3 yang dilancarkan itu dilengkapi dengan sensor 16 megapiksel Lives MOS, enjin prosesor Venus berkelajuan tinggi, sistem pengurangan ‘noise’ yang lebih maju, ISO sehingga 12,800,skrin sesentuh tiga inci, auto fokus berkelajuan tinggi serta flash dibina dalam.Ia dijual pada harga RM3,099 dengan lensa 14-42 mm bermula semalam dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan perak.Pada majlis semalam, Panasonic Malaysia turut melancarkan tiga kamera digital barunya iaitu Lumix 3D1 yang dijual pada harga RM1,999; Lumix FH7 (RM649) dan Lumix FZ150 (RM1,750) serta perakam video Z10000 pada harga RM11,999.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.189802 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list