CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)

  [Copy link]
Post time 25-1-2012 01:29 PM | Show all posts
terubat pening kepala ku ini seketika...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2012 01:51 PM | Show all posts
sambung lagi ye...best cerite ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 02:33 PM | Show all posts
eeeee... suka ..suka.....
Nak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 12:11 PM | Show all posts
Bestnyaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 09:27 AM | Show all posts
besh..{:4_182:}
n3...n3..{:4_189:}
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 11:41 AM | Show all posts
memang best la citer nie, lambat lagi nak dapat baca cos aku nak bercuti panjang .... harap2 msk nanti byk la n3nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2012 07:32 PM | Show all posts
Best la citer ni Fizzi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 12:01 PM | Show all posts
yeay... azah & Harris dating  di Kuching

tp jgn buat dia org kena tangkap basah okay?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2012 11:04 AM | Show all posts
yeay... azah & Harris dating  di Kuching

tp jgn buat dia org kena tangkap basah okay?
sang_arjuna Post at 28-1-2012 12:01



    yelah...jgn lah buat gini. nanti kena kawin paksa, jadilah mcm cerita2 yg biasa2 tu...tido atas sofa, berlakon dpn family...tak syiokkk...

bila nak sambung???? rindu kt azah & harris
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:02 PM | Show all posts
mcm cerita dlm novel...tp x ingt tajuk...

or maybe citer Aku & Dia ... sikit2 la
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 01:18 PM | Show all posts
best gak cete ni...tq ye yg wat cete ni...sambungla lg...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 10:55 PM | Show all posts
Fizzi kenapa menyepi ...... Tak sihat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 11:27 AM | Show all posts
bile nak sambung lg ?
best cite nie...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 04:12 PM | Show all posts
Fizz cuti 4 hari direct blh lah sbg panjang cerita ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 05:36 PM | Show all posts
lama x jenguk sini....sambung lagii...besttt
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 10:02 PM | Show all posts
bosan dowh cite ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 12:20 AM | Show all posts


salam semua.....

jaza check in kat sini... tahniah Fizzi sbb ada citer baru..
dah tak leh lepak lama2 dah sbb terikat dgn tuntutan kerja yg begitu byk... (nyesal lak ambik new projek ni...)
lgipun tenet kurang memuaskan akhir2 ni.... lembab semcm je...

good luck to Fizzi smoga temui ending scpt mungkin....hhahahaha


chow...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 10:32 PM | Show all posts
Reply 217# Jaza2008


    lama tak nampak Jaza....glad to see u again...

by the way, lately byk kija masuk...
tak sempat menaip...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 10:33 PM | Show all posts
“Pergi Kuching?” soal Azah agak terkejut. Dia merenung dalam-dalam wajah Harris yang duduk bersebelahannya. Kerjanya terus terbantut bila Harris masuk ke biliknya tadi.

“Berapa lama?” soal Azah gusar. Harris mengukir senyum sambil menunjukkan jari telunjuknya yang memberi maksud ‘satu’.

“Satu minggu?” soal Azah.  Harris geleng. Tambah berkerut dahi Azah. Tambah suka hati Harris melihat wajah risau itu.

“Satu bulan!” jawab Harris.

“Satu bulan????” pantas Azah melatah. Suaranya yang agak kuat membuatkan Azah segera menutup mulutnya.

“Satu bulan? Lamanya…” kata Azah lagi. Harris terus senyum. Melihat senyuman Harris yang di rasakan oleh Azah terlebih manis, membuatkan Azah curiga.

“Takkan takde orang lain? Takkan Encik Rashid nak aku jugak yang pergi? Dah tu pulak…dengan kau…macam tak masuk akal je…”  soal Azah sambil menyilangkan tangannya ke dada. Harris bersandar malas di kerusi sambil memandang Azah.

“Kau ingat aku tipu ke? Buat apa aku tipu kau. Bukan dapat apa pun…” balas Harris. Bibirnya yang terus-terus mahu tersenyum cuba ditahan. Azah mengerutkan dahinya hairan. Dalam masa yang sama, dia juga berfikir, jika dia ke Kuching nanti, bagaimana dengan adiknya Aina? Jika sesuatu berlaku pada Aina, siapa  pula yang akan menolong?

Kalau abah dan mak perlukannya nanti, bagaimana pula? Perbelanjaan di sana macammana? Sudahlah dia hampir bankrap sekarang….Secara spontan, Azah menggaru kepalanya yang mula pening. Lucu perlakuan Azah di mata Harris.

“Isy..susahlah….kalau aku tak nak pergi boleh tak?” soal Azah. Lemah jiwa Harris mendengar jawapan Azah. Dari duduk bersandar, kini dia duduk menegak, sambil mengepal jemarinya resah.

“Apa yang susah? Cuba kau bagitahu aku…” soal Harris. Matanya tajam merenung Azah di depannya yang kini bersandar di kerusi pula. Beberapa pekerja yang lalu lalang di hadapan bilik Azah mengerling hairan melihat mereka berdua.

Barangkali hairan melihat mereka boleh bersembang dengan aman agaknya. Selalunya, jika Azah dan Harris berbual, pasti ada yang akan berakhir dengan pertengkaran. Jadi, kita lihat sajalah kali ini…

Azah memandang Harris lagi. Takkan dia hendak memberitahu mamat beku ini akan kesusahannya? Tengok muka dia pun Azah sudah tahu, silap-silap haribulan, jika Azah menceritakan semua masalahnya, paling koman pun Harris akan berkata ‘Ada aku kesah????’

Hmhh…lupakan sajalah kalau nak bercerita hal serius dengan mamat ni. Antara dia dan mamat beku ni, yang wujud antara mereka berdua hanya K-E-R-J-A! Kerja!

“Aku tak nak pergilah…nanti banyak pakai duit…” kata Azah. Terkebil-kebil Harris dibuatnya. Harris merenung Azah lagi. Gadis itu makin cantik pula bila dipandang lama-lama. Bibirnya seksi betul!!! Rasa macam nak cium! Isyy…Astaghfirullah……………………Panjang Harris beristigfar.

“Duit jangan bimbanglah! Nanti company bagi elaun. Duduk hotel pun, company bayarkan. Apa kau nak kisah…..Janji, pergi buat kerja je,” kata Harris lagi. Takut betul dia jika Azah benar-benar tidak mahu pergi. Bosanlah dia di sana nanti.

“Berapa elaun yang company bagi?” soal Azah. Mendengar soal duit, resah hatinya kurang sedikit.

“RM1000 untuk sebulan….tak termasuk duit hotel dan tiket flight,” kata Harris. Bulat mata Azah memandang Harris. RM1000??? Wah…kalau macam ni, aku tak payah buat kerja part-time! Senang-senang ada extra RM1000 bulan depan!

Bolehlah dia menambah wang tabungannya yang sudah menyusut itu! Jika dia ke Kuching bulan depan, bermakna dia juga tidak perlu membayar sewa rumah untuk sebulan. Jimat lagi duitnya! Campur tolak itu ini termasuk duit minyak kereta, hampir  RM2000 dia boleh menabung bulan hadapan! Wah bagusnya!!!!

“Aku setuju!!!” pantas saja Azah mengangguk. Harris yang agak terkejut melihat reaksi Azah, bagaimanapun tersenyum senang. Ada bunga-bunga bahagia dihatinya melihat wajah Azah yang riang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 10:34 PM | Show all posts
Shitah bersila di atas katil Azah sambil memandang Azah yang sedang mengemas baju. Yani pula tersenyum-senyum memandang Azah.

“Anda yakin dengan keputusan anda kali ini?” soal Shitah meniru gaya pengacara AC Mizal yang mengacarakan rancangan RM1 juta Money Drop. Keputusan Azah untuk pergi ke Kuching bersama Harris amat memeranjatkannya.

“Ya, saya yakin..” balas Azah, jua dengan nada sama seperti peserta rancangan RM1 juta Money Drop itu. Yani ketawa kecil dengan lagak dua kawan serumahnya.

“Kalau dia buli kau lagi?” soal Shitah risau. Apalah sebabnya sampaikan Azah bersetuju mahu ke Kuching.

“Aku buli dia balik….” ringkas jawapan Azah.

“Ya Allah…takut aku dengan kau ni…” Shitah menggeleng-geleng.

“Balik nanti jangan lupa beli ole-ole!” Yani sempat mencelah. Esok pagi Azah akan berangkat ke Kuching demi menjalankan kerja di sana. Khabarnya, dia dan Harris akan memulakan pembukaan gudang baru syarikat mereka bekerja di sana.

“Kau tolong tengokkan adik aku tu tau. Aku betul-betul terpaksa pergi..” kata Azah lirih. Shitah dan Yani berpandangan. Masuk kali ni, dah 18 kali dia mendengar ayat itu. Tolong tengokkan adik aku…tolong tengokkan adik aku….

“Ye….kau tak payah bimbanglah! Adik kau tu pun, bukan budak kecik lagi…Kau tu saja yang terlebih risau…” marah Shitah pula. Yani turut tersenyum.

“Memanglah dia bukan budak kecik. Tapi, yang aku risaukan ialah…sebab dia tu terlebih peramah….” kusut hati Azah memikirkan perangai adiknya si Aina itu.

“Tahulah kami nanti…” tambah Shitah. Yani mengangguk setuju. Lega hati Azah mendengar persetujuan kawan-kawan serumahnya. Saat itu, mereka sajalah tempat dia bergantung harap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.116950 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list