CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

Lelaki dilarang derma sperma

[Copy link]
Post time 22-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pihak berkuasa AS dakwa Trent Arsenault ancam ‘kesihatan awam’\rOAKLAND: Seorang lelaki California dianggap mengancam ‘kesihatan awam’ oleh pihak berkuasa yang mengarahkannya berhenti menderma sperma secara percuma hingga beberapa wanita melahirkan 14 anak menggunakan air maninya.\r\n\n\n\n\rTrent Arsenault, 36, yang belum berkahwin dan menyifatkan dirinya seorang yang mempunyai latar belakang agama kuat menganggap dirinya prihatin kepada masalah pasangan yang bermasalah mendapat anak menyebabkan dia memberi percuma spermanya menerusi iklan di internet.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, agensi Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) mengarahkan Arsenault yang beradal dari San Francisco Bay berhenti menderma air maninya atau menghadapi hukuman penjara setahun atau denda AS$100,000 (RM310,000).\rSejak lima tahun lalu, dia memberi spermanya sebanyak 328 kali kepada sekurang-kurangnya 46 wanita yang membawa kepada 14 kelahiran, kata FDA berdasarkan rekod yang disimpan Arsenault. FDA menganggap aktivitinya memberi risiko kepada kesihatan awam.\r“Berdasarkan peraturan FDA, penderma sperma perlu diperiksa risiko kesihatannya yang mungkin menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit,” kata jurucakap agensi itu, Rita  Chappelle dalam emel.\rArsenault tidak bersetuju dengan perintah FDA dan mengemukakan tuntutan di mahkamah membebaskannya buat sementara daripada hukuman sehingga hakim membuat keputusan.\r\n\n\n\rArsenault memberi spermanya dalam plastik yang sudah dibersihkan daripada kuman kepada wanita yang memintanya. Wanita itu perlu mengatur sendiri dengan doktor untuk sesi ‘permanian berhadas.’\rBank sperma pula mempunyai ujian tersendiri untuk memastikan penderma tidak membawa virus HIV, hepatitis B atau C, sifilis, chlamydia, gonorrhea, virus  T-lymphotropic atau masalah genetik cytomegalovirus.\rArsenault berkata, dia menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan untuk memastikan tidak membawa penyakit berkenaan tetapi tidak mampu membayar AS$1,700 (RM5,270) untuk setiap pemeriksaan berdasarkan panduan FDA iaitu sekali selepas tujuh hari menderma sperma.\rChappelle enggan memberitahu sama ada FDA juga menyiasat penderma ‘bebas’ lain yang kebanyakannya menawarkan sperma mereka menerusi iklan di internet.\rKes Arsenault dan FDA sudah mendapat tumpuan ramai dan dianggap satu ujian sejauh mana bidang kuasa agensi itu mengenai pemberian percuma sperma berbanding menerusi bank sperma. - Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.036916 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list