CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Pasaran hartanah dijangka lembap tahun depan

[Copy link]
Post time 24-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PASARAN hartanah tempatan dijangkakan menyaksikan kelembapan secara beransur-ansur tahun depan, mengambil kira ketidakpastian dalam ekonomi global.\rPresiden Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Malaysia, Yeow Thit Sang, berkata unit kediaman mewah sudah pun mengalami penurunan dalam harga dan pembelian.\r\n\n\n\n\r  “Semakin kurang pegawai dagang dari syarikat multinasional (MNC) yang datang ke sini dan sewa dengan hasil antara enam hingga  lapan peratus tidak lagi mampu dicapai.\r\r\n\n\n\n\n  “Pelabur dalam unit hartanah sebegini perlu menunggu lebih lama untuk merealisasikan pelaburan mereka. Kelembapan dalam ekonomi global pastinya memberi kesan kepada pasaran hartanah mewah,” katanya kepada BERNAMA dalam satu temu bual baru-baru ini.\rYeow yang turut menjangkakan penurunan untuk ruang pejabat tahun depan, berkata kategori berkenaan sudah terlebih bina dan jumlah yang masih belum terjual sudah dirasai di pasaran dengan sewa mengalami kejatuhan dan kadar pengambilan agak perlahan.\rBagaimanapun, katanya, terdapat permintaan besar untuk kediaman kos sederhana rendah dan kos sederhana di bawah RM300,000 apabila kebanyakan pemaju membina unit mewah untuk meraih untung pada masa yang baik.\r“Usaha kerajaan dalam membina hartanah sedemikian secara usaha sama dengan pemaju akan membantu mereka yang berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik.\r\n\n\n\r“Membina kediaman sedemikian tidak akan cukup cepat untuk melegakan permintaan yang tertahan dalam masa lima tahun lalu,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.224659 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list