CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Perancis, Turki perang mulut

[Copy link]
Post time 24-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Erdogan tuduh Paris lakukan pembunuhan beramai-ramai di Algeria\rISTANBUL: Perang mulut antara Paris  dan Ankara semakin memuncak semalam, apabila Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menuduh Prancis melakukan pembunuhan beramai-ramai di Algeria dan menghasut kebencian di kalangan penduduk Islam.\r\n\n\n\n\rErdogan yang berang dengan keputusan ahli parlimen Perancis mengundi untuk menjadikan satu kesalahan dan menghukum sesiapa yang menafikan berlakunya pembunuhan beramai-ramai penduduk Armenia pada 1915 oleh kerajaan Ottoman, mengecam  Presiden   Nicolas Sarkozy secara terbuka.\r\r\n\n\n\n\nSebelum itu, duta Turki ke Perancis meninggalkan Paris dan Ankara mengumumkan sekatan diplomatik, mengharamkan kunjungan politik antara kedua-dua negara dan membekukan hubungan ketenteraan antara sekutu NATO.\rPerancis mengiktiraf kematian rakyat Armenia pada 1915 sebagai pembunuhan beramai-ramai pada 2001 dan semalam  Parlimen meluluskan langkah pertama untuk menguatkuasakan hukuman penjara dan denda 45,000 euro (RM185,217) kepada sesiapa yang menafikannya.\r“Pembunuhan dilakukan Perancis dianggarkan ke atas 15 peratus penduduk Algeria bermula sejak 1945. Ini adalah pembunuhan beramai-ramai,” kata Erdogan kepada media, menuduh Sarkozy “menghasut kebencian umat Islam dan Turki untuk memperoleh manfaat pilihan raya.”\r“Undian yang dilakukan di Perancis, di mana lima juta umat Islam tinggal, jelas menunjukkan sejauh mana sikap perkauman, diskriminasi dan Islamofobia sampai ke peringkat bahaya di Perancis dan Eropah,” katanya.\r\n\n\n\rParis jelas terperangkap dengan maklum balas berang Turki.\r“Saya menghormati pandangan rakan Turki kami, ia adalah sebuah negara hebat, satu tamadun hebat dan mereka perlu menghormati kami,” kata Sarkozy di Prague ketika  beliau menghadiri  majlis pengebumian mendiang presiden Czech, Vaclav Havel.\rPerancis berjuang menentang perang panjang gerila antara 1954 hingga 1962 untuk cuba mempertahankan jajahannya di Algeria. Anggaran jumlah yang terbunuh bagaimanapun berbeza. Algeria meletakkan angkanya kepada lebih sejuta, manakala pakar sejarah Perancis menganggarkan jumlahnya seramai 250,000 orang.\rErdogan berkata bapa Sarkozy menjadi anggota tentera Rom Perancis di Algeria pada 1945 dan patut memberitahu anak lelakinya mengenai “pembunuhan” itu. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.067229 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list