CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Gempa bumi kuat gegar Christchurch

[Copy link]
Post time 24-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Empat mangsa terselamat, semua kompleks beli-belah terpaksa ditutup\rWELLINGTON: Gempa bumi kuat melanda bandaraya Christchurch di New Zealand semalam, menggegarkan bangunan, menyebabkan barangan di atas rak runtuh serta mencetuskan panik di kalangan penduduk yang sibuk membeli belah. Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan bandar terselamat daripada kerosakan besar.\r\n\n\n\n\r   Seorang penduduk cedera di sebuah pusat beli belah di bandar dan dirawat di hospital, empat orang diselamatkan selepas terperangkap akibat runtuhan batu, kata polis Christchurch dalam satu kenyataan.\r\r\n\n\n\n\n  Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan jelas atau kerosakan meluas di bandar, yang baru pulih daripada gempa bumi Februari lalu yang mengorbankan 182 orang serta merosakkan kebanyakan kawasan di bandar lama.\rAgensi Pemantau Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan, gempa pertama dengan magnitud 5.8 berlaku tengah hari semalam, 26 kilometer di utara Christchurch dengan kedalaman empat kilometer, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).\rBeberapa minit kemudian, satu gegaran susulan dengan magnitud 5.3  pula melanda dan kira-kira sejam selepas itu, bandar itu digegarkan dengan gempa magnitud 5.8. Kedua-dua gegaran susulan berlaku pada kedalaman kurang lima kilometer.\rPusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan amaran tsunami.\r\n\n\n\rLapangan terbang bandaraya itu dikosongkan selepas gempa pertama dan semua pusat beli belah di bandar itu ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.\rPengurus  Pihak Berkuasa Pemulihan Gempa Bumi Canterbury, Warwick Isaacs, berkata kebanyakan bangunan dikosongkan “sebagai langkah kecemasan.”\rKawasan itu merekodkan lebih 7,000 gempa susulan sejak gempa bumi dengan magnitud 7 menggegarkan bandaraya itu pada 4 September tahun lalu.\r“Runtuhan batu dan banjir lumput  berlaku di sebuah kawasan apabila tekanan gempa memaksa air bawah tanah memancut menerusi tanah yang longgar, di beberapa kawasan,” kata Isaacs kepada Radio Nasional New Zealand.\r“Ada banyak barang jatuh dari almari, rak di kedai berulang kali. Ia bermula perlahan kemudian kuat. Ia adalah gegaran besar namun bukan mengejutkan atau seganas Februari lalu,” kata penduduk Christchurch Rita Langley.\rKeadaan gegaran teruk berlaku di bandar pelabuhan berhampiran di Lyttelton, pusat gempa 22 Februari lalu.\r“Kami tinggal di dalam bangunan sehingga gegaran berhenti. Kemudian barulah kami keluar,” kata penduduk Andrew Turner. “Penduduk secara emosinya terkejut dengan apa yang berlaku tengah hari ini.”\rKira-kira 15,000 rumah dilaporkan terputus bekalan elektrik selepas jaringan bekalan rosak  di pinggir timur bandar ini. Perkhidmatan pembetungan juga terputus. Beratus kilometer pembetung dan saluran air dibaiki di bandar itu sejak gempa Februari lalu.\rSebahagian bangunan yang runtuh dan sebuah rumah kosong runtuh selepas gempa semalam, kata polis.\rPengurus Persatuan Perniagaan Pusat Bandar Paul Lonsdale berkata gempa itu muncul ketika hari paling buruk buat peruncit, dengan penduduk bergegas menghabiskan beli belah untuk Krismas.\rWalaupun gempa besar, tiada kerosakan nyata di daerah pusat perniagaan, di mana 28 kedai dibuka semula di kontena perkapalan selepas bangunan mereka musnah dalam gempa Februari lalu, katanya. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036003 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list