CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

Pertahan demokrasi, tolak konspirasi

[Copy link]
Post time 28-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Mesej Presiden Pakistan memperingati ulang tahun ke-4 pembunuhan Benazir Bhutto\rISLAMABAD: Presiden Pakistan Asif Ali Zardari berkata, cara terbaik memberi penghormatan kepada bejas Perdana Menteri dibunuh Benazir Bhutto pada ulang tahun keempat kematiannya adalah untuk menggagalkan \'konspirasi\' anti demokrasi.\r\n\n\n\n\r   “Pada hari ini, kita memberi penghormatan kepada Benaazir. Cara terbaik untuk melakukannya ialah mempertahankan dan melindungi demokrasi serta institusi demokratik dalam negara dan menggagalkan semua konspirasi terhadapnya,” kata Zardari dalam satu kenyataan.\r\r\n\n\n\n\n   Benazir yang juga isteri Zardari dua kali menjadi Perdana Menteri. Beliau dibunuh dalam satu serangan pada 27 Disember 2007 di bandar tentera di Rawalpindi selepas memberi ucapan dalam satu perhimpunan pilihan raya.\r“Marilah kita pada hari ini bersama-sama bersatu dalam melaksanakan misi demokratik Benazir yang ketika beliau hidup berusaha memerangi pemerintahan kuku besi dan mereka yang memburuk-burukkan dan membubarkan institusi demokratik.\r“Justeru saya menggesa semua pihak yang menyokong proses demokratik dan rakyat Pakistan yang patriotik untuk menggagalkan semua konspirasi ke atas demokrasi dan institusinya,” kataZardari.\rBeliau memberi mesej itu ketika ketegangan dianggap masih memuncak antara tentera dan kerajaan sejak beberapa hari lalu mengenai satu memo rahsia yang meminta campur tangan Amerika bagi menghalang rampasan kuasa tentera.\r\n\n\n\rTeori konspirasi dianggap sesuatu yang mendapat kepercayaan ramai penduduk Pakistan dengan Zardari sendiri menganggap pembunuhan Benazir berpunca daripada satu konspirasi.\r“Pembunuhannya adalah satu konspirasi untuk membersihkan dunia daripada senjata terbaik memerangi keganasan pelampau antarabangsa. Ia adalah satu konspirasi untuk merampas harapan terbaik Pakistan harapan untuk menubuhkan satu demokrasi yang berfungsi penuh,” katanya lagi.\rZardari mengeluarkan kenyataan itu walaupun pemimpin tertinggi tentera menafikan mahu merampas kuasa manakala  hakim kanan Mahkamah Agung meneliti gesaan daripada tentera dan pembangkang supaya menyiasat memo rahsia itu, minggu lalu.\rMemo itu dikatakan dihantar kepada Washington Mei lalu bagi meminta bantuan menghentikan rampasan kuasa tentera selepas komando Amerika melakukan serbuan dan membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.\rDalam pada itu, Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani menafikan laporan beliau merancang memecat ketua perkhidmatan risikan dan tentera yang berkuasa negara itu di tengah ketegangan berhubung memo rahsia terbabit.\rKatanya, beliau tidak menganggap jeneral itu sebagai ancaman kepada demokrasi, bertentangan dengan kenyataan yang dibuatnya minggu lalu. – AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.067644 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list