CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

Xiamen University mahu buka cawangan

[Copy link]
Post time 30-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kesungguhan Malaysia muncul hab pendidikan tarik minat institusi pengajian tinggi ChinaMALAYSIA terus menjadi destinasi pilihan bagi institusi pengajian tinggi antarabangsa memperluaskan kampus cawangan masing-masing apabila sebuah universiti terkemuka China, iaitu Xiamen University berhasrat membuka kampusnya di negara ini.\rInstitusi pengajian tinggi itu melihat Malaysia sebagai destinasi terbaik untuknya memperluaskan rangkaian kampusnya berikutan lokasi negara ini yang strategik, ditambah pula dengan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau.\r\n\n\n\n\r  Sumber berkata, pihak pengurusan universiti itu sudah menghantar wakilnya ke Malaysia untuk meninjau lokasi terbaik untuk membangunkan kampusnya, yang juga bakal menjadi kampus luar negara pertamanya, serta kursus yang sesuai untuk ditawarkan di negara ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Pembukaan kampus cawangan beberapa universiti terkemuka antarabangsa di Malaysia   turut menarik minat Xiamen University memilih Malaysia sebagai lokasi bagi pembukaan kampus cawangan pertamanya di luar negara. \r“Jika ia menjadi kenyataan, ia akan menjadi universiti pertama dari China membuka cawangan di Malaysia,” kata sumber itu kepada Berita Harian baru-baru ini.\rSumber itu berkata, memorandum persefahaman yang dimeterai kerajaan Malaysia dan China pada April lalu bagi mengiktiraf ijazah akademik kedua-dua negara juga mendorong pihak pengurusan universiti itu untuk membuka kampusnya di negara ini.\rBeliau berkata, pembukaan kampus Xiamen University di Malaysia itu nanti akan mempertingkatkan lagi hubungan baik antara kedua-dua negara.\r\n\n\n\r“Pembukaan universiti ini secara tidak langsung menawarkan kepada pelajar Malaysia yang berminat untuk mendapatkan pendidikan tinggi dari China.\r“Di samping itu, ia juga dijangka dapat menarik pelajar dari negara serantau yang berminat untuk mendapatkan ijazah dari universiti itu,” katanya.\rXiamen University yang terletak di Wilayah Fujian, adalah antara 20 universiti utama di China.\rIa ditubuhkan pada 1921 oleh Tan Kah Kee, pemimpin masyarakat yang berasal dari Wilayah Fujian dan seorang dermawan yang membangunkan Sekolah Tinggi Cina di Singapura.\rBeliau juga adalah pengasas akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau.\rMengikut laporan sebelum ini, terdapat 9,000 pelajar dari China sedang mengikuti pengajian di Malaysia dalam pelbagai bidang dan lebih 2,000 pelajar Malaysia pula sedang melanjutkan pelajaran di China.\rAntara institusi pengajian tinggi asing yang sudah pun mengumumkan akan membuka kampus cawangan di Malaysia ialah Marlborough College, Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed), University of Southampton Malaysia (USMC), dan Netherland Maritime Institute of Technology (NMIT).\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.037991 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list