CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Taufan Thane badai India

[Copy link]
Post time 31-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
16 maut, puluhan lagi cedera di wilayah Cuddalore, PuducheryCHENNAI: Taufan Thane dengan kelajuan angin 140 kilometer sejam  melanda pantai Tamil Nadu, semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 16  orang terbunuh manakala berpuluh lagi cedera mengakibatkan kerosakan teruk di wilayah Cuddalore dan  Puduchery yang masih lagi terputus hubungan dengan kebanyakan kawasan.Pihak berkuasa berkata, lima  maut di Cuddalore ditimpa dinding runtuh dan terkena renjatan elektrik. Seorang lelaki berusia 45 tahun dari kampung Vanarampet di Puducherry mati dalam kejadian runtuhan sebuah rumah.\n\n\n\n   Perkhidmatan kereta api dari selatan Tamil Nadu turut terjejas dengan kebanyakannya terlewat atau terhenti di stesen berhampiran manakala destinasi antarabangsa oleh syarikat penerbangan persendirian termasuk ke Kuwait dan Malaysia dari Chennai terpaksa dibatalkan.\n\n\n\n\n   Pegawai cuaca berkata,  Taufan Thane, membadai kawasan sepanjang barat laut Teluk Benggala, bergerak merentasi pantai Tamil Nadu antara Cuddalore dan Puducherry antara 6.30 dan 7.30 pagi hari ini.”“Ia kini semakin lemah dan mendarat kira-kira 30 kilometer ke barat Cuddalore dan 35 kilometer ke barat laut Puduchery,” katanya. Beliau berkata  hujan  lebat dan berterusan diramalkan turun di pantai Tamil Nadu,  Puducherry dan bahagian utara wilayah itu.Hujan lebat juga dijangka melanda kawasan pantai selatan Andhra Pradesh sepanjang 12 jam akan datang dan sepanjang Rayalseema, utara Kerala dan selatan Karnataka dalam tempoh 24 jam lagi.\n\n\nDaerah Cuddalore di Tamil Nadu  paling teruk terjejas  apabila Thane merosakkan jalan dan menyukarkan kerja pasukan penyelamat .Talian komunikasi turut terjejas manakala lebih 5,000 rumah nelayan dilaporkan rosak.Sementara itu, Ketua Menteri Tamil Nadu, Jayalalithaa memperuntukkan sejumlah wang untuk bantuan segera dan mengarahkan empat menteri melawat daerah yang terbabit dengan ribut ‘Thane’.Selepas mempengerusikan satu mesyuarat dengan pegawai kanan jabatan, Jayalalithaa berkata, beliau meminta rakan Kabinetnya, B V Ramana, R K M Chinnaiah, K A Jeyapaul dan M C Sampath melawat daerah Kancheepuram, Villupuram, Nagapattinam dan Cuddalore yang teruk dilanda ribut.Jayalalithaa turut mengarahkan penilaian terhadap kerosakan akibat Thane dan menghantar  laporan.Beliau berkata ratusan pokok dan tiang elektrik tumbang, menyebabkan jalan tersekat dan perhubungan terputus.Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga 6,000 penduduk kawasan rendah dipindah. –  AP/Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.039909 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list