View: 146|Reply: 0
|
China rancang hantar angkasawan ke bulan
[Copy link]
|
|
Beijing mahu muncul negara utama ke angkasa lepasBEIJING: China merancang untuk menghantar manusia ke permukaan bulan selepas kali terakhir manusia menjejaki bulan kira-kira hampir 40 tahun lalu.\rCadangan menghantar angkasawan ke bulan itu dinyatakan dalam satu dokumen yang diterbitkan Kerajaan China yang mengesahkan rancangan negara itu untuk muncul sebagai sebuah negara utama ke angkasa lepas. Pihak berkuasa China sebelum ini bercakap mengenai impian mereka bagi memiliki misi ke bulan tetapi dokumen kerajaan itu adalah yang pertama menyatakan secara rasmi sasaran agensi angkasa lepas negara itu.\r\n\n\n\n\r Maklumat lanjut mengenai rancangan yang akan menyaksikan seorang manusia berjalan di bulan buat kali pertama selepas Apollo 17 pada Disember 1972 disiarkan dalam satu kertas putih sebagai satu panduan untuk ekspedisi angkasa lepas China bagi lima tahun akan datang.\r\r\n\n\n\n\n Ia menyatakan China akan meneruskan projek menghantar kapal angkasa manusia dan melakukan penemuan teknologi, membentuk satu yayasan bagi kapal angkasa manusia pada masa depan dan menyifatkan persediaan itu bagi makmal orbit, stesen angkasa lepas dan kajian terhadap rancangan bagi pendaratan manusia di bulan.\r“Rakyat China adalah sama seperti manusia di seluruh dunia. Apabila mendongak ke langit berbintang, kami impikan alam semesta,” kata Zhang Wei, seorang pegawai di Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China kepada Financial Times.\rPihak berkuasa China belum mengumumkan masanya, tetapi misi itu mungkin akan mengambil masa sekitar tahun 2025, kata Ketua Saintis Program Angkasa Lepas, Ye Peijian, tahun lalu.\rCita-cita China ke angkasa lepas bertentangan dengan ketidakselesaan yang dialami agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, NASA yang hilang keupayaan menghantar angkasawan ke angkasa lepas dengan persaraan kapal angkasa pada Julai.\r\n\n\n\rDi bawah rancangan oleh pentadbiran Obama, angkasawan Amerika Syarikat perlu menumpang ke angkasa lepas menggunakan roket Soyuz Russia sehingga syarikat angkasa lepas persendirian Amerika Syarikat boleh mengambil alih tugas berkenaan. \rStrategi itu bertujuan untuk membiarkan NASA bebas bagi menumpukan kepada roket baru untuk membawa angkasawan keluar dari orbit Bumi.\rKebangkitan China sebagai sebuah negara angkasa lepas memerlukan banyak program pelaburan dan pembangunan sejak tahun 1950-an. \rKetika Amerika Syarikat dan Russia ke hadapan selama beberapa dekad dari segi teknologi dan pakar, kedua-dua program angkasa lepas negara itu mengalami perubahan keutamaan kerajaan yang menggantikannya.\r“China amat serius di mana sejarah menunjukkan mereka percaya kepada kesan perubahan permainan,” kata Profesor Ken Pounds, tokoh penyelidik di Pusat Penyelidikan Angkasa Lepas United Kingdom di Leicester University.\r“Komunikasi moden akan membenarkan pengalaman beroperasi di permukaan bulan untuk dihantar melalui bilik darjah dan ruang tamu dengan kesan sosial politik seluruh dunia.” – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|