CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8238|Reply: 53

Maya Karin & Nora Danish: musim janda meletop

[Copy link]
Post time 1-1-2012 10:54 AM | Show all posts |Read mode
hi uolss pasan tak dua nama pompuan ni mencetus fenomena habat sepanjang tahun 2012. Maya Karin dan Nora Danish menjadi sebutan di mana2 saja..kat pejabat, kat kampung, kat kilang-kilang, kat kedai mamak, asyik nama dua ekor ni saja di sebut bersama satu nama jantan lain iaitu Aaron Aziz. Nampak sangat status jandabukan penghalang untuk menjadi popular...syabas Maya dan Nora....dua2 idolaku...verangan sangat dapat kawin dengan dua2 ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2012 10:55 AM | Show all posts
hi uolss pasan tak dua nama pompuan ni mencetus fenomena habat sepanjang tahun 2012. Maya Karin dan  ...
pisangmontel Post at 1-1-2012 10:54


2012 pun blom abis satu hari...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 10:57 AM | Show all posts
rasanya tak..
tahun 2012 ni tahun utk bakat2 baru yg ada potensi Lofa, Sara Ali etc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 10:58 AM | Show all posts
Reply 2# harkktuih


   hehehe....aku tersilap type lah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by saaya at 1-1-2012 11:03

Meh iols share ckit, iols bace dekat metrokkk.  Artis paling cantik di Malaysia.Pemenang'y bukan mereka tp Rodah...

KUALA LUMPUR: Cantik dan berbakat antara pakej yang tidak dapat dipisahkan dengan artis yang menceburi bidang seni sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara
Pastinya istilah cantik ini bukan saja merujuk kepada wajah, sebaliknya penampilan mereka secara keseluruhannya sepanjang pembabitan dalam bidang seni tanah air.


Berikutan itu juga, Metro Ahad menjalankan undian bagi mencari ‘5 Artis Paling Cantik’ tanah air menerusi laman web rasmi Kumpulan Harian Metro. Undian berkenaan diadakan selama tiga bulan bermula 2 Oktober dan berakhir semalam.


Pencarian lima artis paling cantik itu berdasarkan senarai 14 selebriti tanah air yang terkenal dengan populariti, bakat dalam bidang seni serta gosip mereka.


Sejak carta undian ini diwujudkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni, khususnya pembaca setia dan pelayar laman web rasmi akhbar ini, sungguh memberangsangkan.



Sehingga tarikh akhir carta undian itu dijalankan, hampir 500,000 undian diterima dan mengejutkan apabila pelakon, Ayu Raudhah berada pada kedudukan pertama dengan undian lebih 115,000.


Ayu Raudhah satu-satunya artis wanita di negara ini yang memperoleh undian melebihi 100,000, sekali gus menenggelamkan populariti beberapa artis wanita lain yang sebelum ini banyak dihujani kontroversi dan gosip, termasuk kakaknya, Rozita Che Wan dan Fasha Sandha.


Sekalipun sudah berkahwin dengan pemain pemain bola sepak kebangsaan yang juga penyerang Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 24, ternyata ia bukan sebab utama pembaca tidak memilihnya. Sebaliknya, ia juga mungkin disokong dengan populariti suaminya selaku pemain bola sepak selain imej bersihnya yang tidak terpalit dengan kontroversi liar.


Menerusi carta undian ini juga, kebanyakan artis wanita lain hanya memperoleh purata undian sekitar 85,000. Malah, beberapa artis yang tersenarai dalam kumpulan 14 artis paling cantik hanya memiliki jumlah undi tidak sampai 10,000.


Fasha yang sebelum ini banyak mencetuskan kontroversi dan pernah dinobatkan pembaca sebagai artis paling seksi menerusi carta undian yang pernah diadakan Metro Ahad, turut terkeluar daripada senarai paling cantik.


Dalam undian itu, Fasha yang sering dikaitkan dengan percintaan ‘pasang surut’ bersama Jejai, pertelingkahan dengan Nora Danish serta beberapa kali dikaitkan dengan penyebaran gambar seksi dirinya, hanya memperoleh 3,070 undian.
Pendatang baru yang mempesona, Neelofa, atau nama penuhnya, Neelofa Mohd Noor, 22, pula di tangga kedua carta dengan undian sebanyak 85,300.


Neelofa yang juga Juara Dewi Remaja 2010, laris bagaikan pisang goreng panas apabila menjadi rebutan pengarah serta penerbit filem.


Bukan sekadar bersandarkan rupa paras jelita, bintang baru ini berbakat besar dengan mutu lakonan yang semakin meyakinkan. Tidak sampai setahun pembabitannya, dia berpeluang menjayakan watak utama dan membintangi empat filem iaitu Azura 2011, Hantu Kapcai, Saya Amat Mencintai (SAM) dan Lemak Kampung Santan yang bakal ditayangkan pada 2012.
Undian pembaca terhadap Neelofa sekali gus mengetepikan populariti Rozita Che Wan yang berada pada kedudukan ketiga dengan undian sebanyak 85,272.


Namun, ia tetap membuktikan pelakon jelita yang terkenal dengan bulu mata lentik ini masih menjadi tarikan dan sebutan di kalangan peminat industri hiburan tanah air.


Menerusi carta undian itu juga, dua artis lain yang tersenarai dalam kumpulan ‘5 Artis Paling Cantik’ adalah Nora Danish dan Natasha Hudson.


Jumlah undian diterima Nora adalah 84,868, manakala Natasha pula 84,441 undian.


Jumlah undian diterima Natasha juga mengejutkan berikutan mengalahkan beberapa artis yang sebelum ini memang cukup popular dalam industri seni tanah air dan terkenal dengan kecantikan mereka seperti Datuk Siti Nurhaliza, Diana Danielle dan Maya Karin.
Undian terhadap Nora dan Natasha membuktikan mereka masih mempunyai tempat di hati peminat walaupun kedua-duanya gagal dalam rumah tangga dan bergelar janda.


Dalam senarai berikutnya, jika dikira mengikut rating enam hingga 10, pembaca MyMetro memilih Diana Danielle (84,098), Lisa Surihani (81,920), Siti Nurhaliza (81,555), Maya Karin (7,405) dan Maria Farida (3,715).


Nama artis lain yang turut tersenarai adalah Fasha, Mimi One Nation Emcee, Kilafairy dan Izara Aisyah.

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:02 AM | Show all posts
siapa la yg mengundi Ayu raudhah ni ya.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2012 11:05 AM | Show all posts
siapa la yg mengundi Ayu raudhah ni ya.....
immortallez Post at 1-1-2012 11:02


rodah nih cantikla jugak kan tp iols pun pelik jugak la sape pgundi'y...oppps, xbaik sungguh iols nih. mungkin dy ade kelompok pminat t'sendiri. kite je yg xtau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 11:06 AM | Show all posts
ayu raudhah????? cantek ker...??? aku tengok dia senyum, menyeringai macam hantu kadang2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2012 11:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by cayunk at 1-1-2012 11:09
Fasha yang sering dikaitkan dengan percintaan ‘pasang surut’ bersama Jejai, pertelingkahan dengan Nora Danish serta beberapa kali dikaitkan dengan penyebaran gambar seksi dirinya, hanya memperoleh3,070  undian.
Jumlah undian diterima Nora adalah 84,868


ekekekeke pas ni kompom si sesendat akan meroyan gegiler kat tewiter sheols huhu jom kita tunggu dan lihat
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:10 AM | Show all posts
ayu raudhah????? cantek ker...??? aku tengok dia senyum, menyeringai macam hantu kadang2
pisangmontel Post at 1-1-2012 11:06


mgkin sbb muka dy yg melayu2 gitu. cakap pn manja2 lagi. tuh yg ramai vote kot...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:12 AM | Show all posts
ekekekeke pas ni kompom si sesendat akan meroyan gegiler kat tewiter sheols huhu jom kita tung ...
cayunk Post at 1-1-2012 11:07


yeaaaahhh, sama2 kita nantikan meroyan tak beliau......ape pun sheols kena terima hakikat Nora lagi cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:14 AM | Show all posts
ekekekeke pas ni kompom si sesendat akan meroyan gegiler kat tewiter sheols huhu jom kita tung ...
cayunk Post at 1-1-2012 11:07


terima lah hakikat pasah yg ND lg howt dr anda
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:15 AM | Show all posts
aku rsa diorang nilai tu based on dia berlakon smsa pkai tudung kot...
mmg nmpk ayu gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:20 AM | Show all posts
ayu rodah...body dia nampak SEDAP!
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:25 AM | Show all posts
abis la..pasni ada org meroyan kata wartawan disuruh buat artikel puji ND...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:31 AM | Show all posts
haahhahahha..MEMANG LOSER GILA FASHA SANDHA!!!uppss..terlebey sudaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2012 11:35 AM | Show all posts

Maya Karin & Nora Danish: musim janda meletop

Yg ni pasah pun kalah gak.
Hahaha


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:38 AM | Show all posts
si rodah tu menang mungkin sebb selaen cantek, tetek nyer beso..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:53 AM | Show all posts
aritu dah meroyan kat twit kononnya bersayang2 berbabyluv kat jejai.....sajerrrr nak suh alihkan perhatian reputz n peminat kat dia sebabb ND jadi kegilaan ramai dek drama tentang Dhia, reputz n peminat duk fokus kat ND skang ni FS tertekan...ni plak surat kabar harian metro wat lak rangking dan undian FS dan ND macam langit ngan bumi mana bulih kalah ngan ND maluuuu beb....korang agak2 apa akan si sendat ni akan buat utk menengelamkan attention/ populariti ND skang ni? misti akan ada taktik kotor punya..  adakah berbugil d khalayak ramai ..hahah .....kau dah x laku FS terimala hakikat
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:56 AM | Show all posts
slalu lupe yg maya ni jande
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.331087 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list