CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

Tutup buku lama

[Copy link]
Post time 2-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WAJAHNYA jauh matang dari usia sebenarnya yang akan menginjak 17 tahun tidak lama lagi.\rNamun sifat keanak-anakan masih menebal dalam diri gadis bernama Ainur Syakina Azman atau nama lebih dikenali Nur Eina ini.\r\n\n\n\n\rAnak saudara kepada penyanyi Juliza Adlizan itu pernah mencetuskan kontroversi di awal kemunculannya apabila kecoh kisah pertelingkahannya dengan salah seorang pelakon yang turut menjayakan filem Ratu The Movie terbitan Line Clear Motion Pictures.\r\r\n\n\n\n\nKata gadis remaja yang belajar di sekolah di Subang, dia masih lagi fobia dengan apa yang berlaku. \rLantaran peristiwa itu, Eina fobia untuk terikat dengan sesiapa.\rLangkahnya hampir terhenti apabila periuk nasinya turut terkena tempias gara-gara produser tidak berani menanggung risiko mengambilnya. Mereka bimbang kesilapan sama berulang.\r“Tidak dinafikan gara-gara kontroversi itu, banyak tawaran yang terhalang. Bagaimanapun Rashid Sibir menjadi penerbit pertama yang berani mengambil saya berlakon sehinggalah ke hari ini.\r“Abang Rashid seorang yang cukup positif. Katanya kalau asyik memikirkan kontroversi, sampai bila-bila seseorang itu takkan ke mana. Lagipun ada juga artis yang banyak kontroversi tetapi mereka masih mendapat banyak tawaran. Rezeki, katanya kuasa Allah,  takkanlah hanya disebabkan kontroversi tidak seberapa, saya tidak boleh bekerja dengan penerbit lain.\r“Alhamdulillah sejak abang Rashid membuka pintu kepada saya, semakin banyak pula tawaran yang diterima termasuklah filem. Saya bakal muncul dengan filem kedua berjudul Sesuatu Yang Tertinggal tidak lama lagi,” katanya yang memegang watak pelajar sekolah yang nakal bernama Bella untuk filem arahan Asrull Hisyam itu.\rMenurut Eina, pengalaman membintangi filem yang turut dibarisi Zahiril Adzim, Sara Ali dan Shira Ayub itu cukup bermakna apabila dia berpeluang menimba ilmu lakonan daripada Zahiril yang ternyata tidak lokek berkongsi ilmu.\r“Walaupun tidak digandingkan dengan Zahiril dalam filem ini, saya tetap seronok kerana dia sudi berkongsi ilmu lakonannya dengan memberi panduan atau tips berguna kepada saya.\r“Biarpun peranan saya dalam filem ini tidak besar, watak Bella lebih menonjol jika dibandingkan dengan filem Ratu. Dalam filem itu, saya membawakan watak baik. Kebetulan filem itu membariskan ramai pelakon, peluang dikenali tipis berbanding dalam filem kedua ini,” kata Eina yang sudah membintangi drama Lima Jingga, Pucuk Muda Kerabu Taugeh, Mistik Alam Hitam, Demi Masa dan Jatuh Cinta.\rSelain cintanya pada dunia lakonan, Eina turut mewarisi bakat dimiliki ahli keluarganya dalam dunia nyanyian. Gadis yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) ini juga akan muncul dengan lagu single hasil ciptaan Adnan Abu Hassan berjudul Bahagia Bersama antara Januari atau Februari nanti.\rWalaupun bersaudara dengan Juliza, namun kata Eina, dia mengasah vokal dengan bantuan ibunya kerana ibu saudaranya agak sibuk. Disebabkan bakal menduduki SPM, Eina turut memperlahankan aktiviti lakonan, namun pada waktu terluang akan memberikan tumpuan pada nyanyian kerana aktiviti itu tidak terlalu mengganggu pelajarannya.\r“Tetapi saya terpaksa menukar rutin itu kerana perlu menghadiri kelas tambahan sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan. Semakin saya ingin memperlahankan aktiviti lakonan, semakin banyak pula tawaran diterima. Namun terpaksa tolak, cuma pada hujung minggu saya akan tumpukan pada bidang nyanyian pula.\r“Bidang nyanyian tidak memerlukan saya berada di lokasi terlalu lama. Selepas menyanyi, saya boleh terus pulang. Jadi ibu mencadangkan supaya saya tumpukan pada nyanyian buat sementara waktu,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047422 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list