CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Aznil rela terus menduda

[Copy link]
Post time 10-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MEMASUKI usia 50 tahun, pengacara dan personaliti TV popular, Aznil Nawawi akan terus menduda kerana buat masa ini belum terfikir untuk berkahwin semula. \r“Tahun ini umur saya genap 50 tahun. Anak-anak pun sudah besar. Lebih baik saya memberi perhatian kepada anak jika mereka ada perancangan ingin kahwin. Alhamdulillah saya gembira dengan kehidupan saya hari ini.\r\n\n\n\n\r“Saya tiada perancangan untuk berkahwin semula. Sebenarnya apabila saya kembali kepada program TV,  saya ada lebih banyak masa untuk keluarga, nilai kekeluargaan yang saya titik-beratkan bersama adik-beradik akan saya utamakan.\r\r\n\n\n\n\n“Sebab itulah, pada setiap hujung minggu saya akan mengumpulkan adik-beradik di rumah saya, lebih-lebih lagi ibu saya kini pun sudah tinggal bersama saya,” katanya.\rTahun 2012 sememangnya memberi cabaran besar kepada Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama lapan tahun berturut-turut. \rTahun yang akan membuka kembali lembaran baru untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang penerbitan televisyen selepas menceburi pengacaraan di stesen radio Era FM sejak 2009.\rPembabitan awal Aznil ketika berusia 29 tahun dalam program TV sebagai pembaca berita sudah berlanjutan hingga ke hari ini selama dua dekad. Sudah tentu pelbagai onak ranjau sudah dilalui merasai asam garam bergelar pengacara.\r\n\n\n\rBapa kepada tiga cahaya mata melonjak namanya menerusi semua program televisyen yang dikendalikan dan berjaya mencipta program menggunakan namanya sendiri iaitu Macam-Macam Aznil. \rSejak dua tahun sebelum ini, Aznil terpaksa menyusun kembali jadual program TV kendaliannya kerana beliau juga diperlukan radio Era FM.\r“Sebenarnya saya meninggalkan Era FM dengan restu, mereka tahu saya mempunyai tanggungjawab besar sebagai artis residen Astro yang juga di bawah satu bumbung bersama Era FM. Saya tak meninggalkan Era tetapi mereka sudah bersedia melepaskan kerana tanggungjawab besar saya kepada Astro,” katanya yang menolak anggapan masyarakat yang beliau sengaja meninggalkan stesen radio itu.\rBegitupun Aznil menafikan terpaksa menolak beberapa program TV semata-mata memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan radio. \r“Saya bukan terkongkong ketika di radio. Tetapi tumpuan saya berbelah-bahagi. Saya terpaksa seawal jam empat pagi, habis kerja di konti 10 pagi, selepas itu buat kerja radio sampai jam 1 petang. \r“Kemudian barulah beri tumpuan kepada kerja TV. Kalau ada rakaman program TV, mereka terpaksa melepaskan saya awal dan ia tidak boleh berlanjutan sampai 10 hingga 12 tengah malam. Mereka tahu saya harus bangun awal. \r“Bila saya meninggalkan radio bermakna jadual rakaman TV kini lebih panjang, lebih menyenangkan penerbitan. Saya masih rindukan radio dan mereka tahu yang saya juga mencintai Era FM, sebab itu mereka memberi peluang kepada saya untuk terbabit pada hujung minggu, mengendalikan segmen Carta Era 40,” katanya.\rJika dilihat daripada perancangan yang diaturkan kepada Aznil, ada tujuh program yang sudah dirancang sepanjang tahun ini. Ia membabitkan program baru, manakala program lama diperbaharui untuk diterbitkan kembali.\r“Memang banyak perancangan program untuk mencari, menggilap dan melahirkan bakat baru yang bakal saya kendalikan. Saya akan menyahut cabaran yang diberikan itu dan tidak akan berhenti dalam bidang ini sekalipun tanggungjawab besar yang diberikan kepada saya kerana menghargai kepercayaan mereka,” jelasnya.\rAznil berkata, dalam memastikan program kendaliannya adalah yang terbaik, beliau sentiasa memerhati dan melihat program terbitan stesen penyiaran antarabangsa sebagai rujukan.\rINFO\rNama sebenar: Aznil Nawawi\rTarikh lahir: 6 November 1962 \rUmur: 50\rAsal: Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur\rProfesion: Pengacara, pelakon, penyanyi\rStatus: Duda\rAnak: Fidza Haifa (20 tahun), Fariq Haizen (15 tahun), Firdaus Hariz (3 tahun)\rFilem: Antaranya - Otai, Aku No 1, Cicakman, Pontianak Harum Sundal Malam 2\rPencapaian\r1. Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH 2003 - ABPBH 20010\r2. Bual Bicara Terbaik (Anugerah Skrin 2007 Kategori Penerbitan Dalaman) - Macam-Macam Aznil \r3. Rancangan Bual Bicara Terbaik (Anugerah Televisyen Asia 2005, Singapura) - Macam-Macam Aznil \r4. Pengacara TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2005) \r5. Rancangan Hiburan TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004) - Macam-Macam Aznil \r6. Anugerah Khas (Media Hiburan 2004) Pengacara TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004) \r7. Gameshow Terbaik (Anugerah Televisyen Asia Singapura 2010) - Jangan Lupa Lirik

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.051033 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list