CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

Iran hukum mati perisik AS

[Copy link]
Post time 10-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan   bakal tingkatkan lagi ketegangan kedua-dua negara\rTEHRAN: Hakim Mahkamah Revolusi Iran semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas warga Amerika atas dakwaan mengintip untuk Agensi Perisikan Pusat (CIA), keputusan yang dilihat bakal meningkatkan lagi ketegangan kedua-dua negara berhubung program nuklear.\r\n\n\n\n\rAgensi berita FARS yang memetik keputusan dibacakan hakim melaporkan, Amir Mirzai Hekmati, 28, seorang bekas anggota marin dijatuhkan hukuman mati atas dakwaan bekerjasama dengan negara musuh, menjadi anggota CIA dan cuba mensabitkan Iran dengan keganasan, lapor agensi berita FARS, memetik keputusan dibacakan hakim Mahkamah Revolusi di Tehran.\r\r\n\n\n\n\nHekmati, anak kepada pasangan pendatang Iran yang tinggal di Amerika, ditunjukkan dalam televisyen pertengahan Disember lalu bercakap dalam bahasa Parsi dan Inggeris yang fasih berkata, dia adalah anggota CIA yang dihantar untuk menyusup masuk ke dalam kementerian perisikan Iran. Dia ditangkap beberapa bulan sebelum itu.\rPegawai Iran berkata, penyamaran Hekmati dibongkar ejen Iran yang ternampak dia di pangkalan tentera udara Bagram yang dikendalikan Amerika di Afghanistan.\rBagaimanapun, keluarga Hekmati di Amerika memberitahu media dia  ke Iran untuk melawat neneknya dan menegaskan Hekmati bukan pengintip.\rDalam sesi keterangan pada 27 Disember lalu, pendakwa bergantung kepada pengakuan Hekmati untuk berkata dia cuba memasuki kementerian perisikan Iran dengan menyamar sebagai bekas anggota tentera Amerika yang tidak berpuas hati dan mempunyai maklumat sulit untuk diserahkan kepada Iran.\r\n\n\n\rSementara itu Amerika menuntut Hekmati dibebaskan. Jabatan Negara Amerika berkata, Iran tidak membenarkan diplomat dari Kedutaan Switzerland yang mengendalikan kepentingan Washington di negara itu, untuk melawat Hekmati sebelum atau ketika perbicaraannya. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056245 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list