CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82|Reply: 0

Forkey Doe gah tunjuk taring

[Copy link]
Post time 18-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENAMPILAN sulung pemain import, Francis Forkey Doe dalam saingan Liga Super musim ini membawa tuah buat Terengganu apabila penyerang dari Liberia itu meledak gol tunggal perlawanan ketika membantu pasukan menewaskan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.\rTerengganu yang disuntik semangat membara selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan dua pemain importnya -  Forkey Doe dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil beraksi menggunakan sepenuhnya peluang mencuri tiga mata di lubuk keramat Bujang Senang.\r\n\n\n\n\r  Skuad tuan rumah kendalian Robert Alberts bagaimanapun bermula garang dengan melakukan beberapa serangan berbahaya menerusi pemain importnya, Guy Bwele dan penyerang utama, K Ravindran yang sebelum ini meledak satu gol pada setiap perlawanan.\r\r\n\n\n\n\n  Namun keghairahan barisan pemain Bujang Senang menyerang kubu pasukan kendalian Mat Zan Mat Aris itu berjaya dikekang benteng pertahanan kental yang diterajui kapten pasukan, Marzuki Yusof.\rTerengganu yang hadir dengan reputasi naib juara Liga Super dan juara Piala FA sebaliknya bijak menghidu peluang untuk merobek jaring tuan rumah, dan kelekaan barisan pertahanan Sarawak yang diketuai kapten pasukan, Hairol Mokhtar, membuka ruang buat Forkey melepaskan rembatan kencang ke arah gawang yang dijaga Saiful Amar Sudar.\rSarawak yang tersentak dengan jaringan berkenaan cuba mengatur serangan dengan kesempatan terbaik diterima melalui sepakan sudut Ashri Chu Chu pada minit-42, namun tandukan Hairol dapat ditepis penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee.\rPada babak kedua, Sarawak mula menukar corak permainan dengan memasukkan Zamri Morshidi menggantikan K Rajan, dan penyerang tempatan itu mendapat peluang terbaik pada minit ke-60 namun tendangannya tepat ke dakapan Sharbinee.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060866 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list