View: 136|Reply: 0
|
Unjur dagangan lonjak 8 peratus
[Copy link]
|
|
PERDAGANGAN negara diunjurkan berkembang antara tujuh hingga lapan peratus tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.\rDari Januari hingga November 2011, Malaysia mencatat dagangan berjumlah RM1.16 trilion, yang mana RM633.81 bilion adalah nilai eksport sementara RM521.81 bilion adalah nilai import, menurut perangkaan perdagangan rasmi. \r\n\n\n\n\r Mustapa berkata, meskipun keadaan ekonomi dunia semakin mencabar, Malaysia masih mencatat pertumbuhan antara lain didorong pelaksanaan Projek Permulaan kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi. \r\r\n\n\n\n\n “Apa yang penting adalah menyedari Malaysia tidak kebal kepada kesan cabaran pada peringkat global,” katanya pada program Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan usahawan dan pengeksport di Kuala Lumpur, semalam.\rBeliau berkata, meskipun Malaysia dapat mencapai prestasi dagangan yang diterima baik tahun lalu, namun eksport akan terjejas jika pemulihan ekonomi dunia yang dinanti-nantikan tidak menjelma. \rMustapa menegaskan, matlamat MITI membantu memudahkan produk dan perkhidmatan Malaysia memasuki pasaran luar negara. \r“Kita akan meningkatkan penyertaan dalam kegiatan promosi, terutama dalam pasaran yang pesat berkembang seperti China dan India serta bekerjasama dengan pembeli utama untuk membantu pengeksport menyepadu rantaian bekalan global mereka,” katanya. \r\n\n\n\rSementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik MATRADE, Susila Devi, berkata pihaknya akan meneruskan kegiatan promosinya tahun ini. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|