CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarizu

Kahwin

[Copy link]
Post time 4-4-2012 02:50 PM | Show all posts
haila......susahnya nak kawin...lagik...lagik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2012 09:27 PM | Show all posts
next........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2012 12:12 PM | Show all posts
x kawin2 lg ni...
jd ke tak...kita buat surprise sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2012 12:16 PM | Show all posts
Episod 11

“Alah...kita suruh la dia pakai elok-elok. Kan kita bayar dia, mesti la dia boleh ikut apa yang kita nak,” Anis pertahankan pendiriannya. “Nanti saya bincang lagi dengan dia. Tapi kalau awak dah tak suka, boleh je kita cari yang lain.”  

Iddin diam seketika, memikirkan saranan yang diberikan si tunang.  

“Betul boleh cari yang lain? Karang merajuk pulak...sapa yang susah?”

“Tak de maknanya...bukan saya yang bayar, awakkan...? Tapi kalau saya merajuk pun, awak nak pujuk ke? Tua dulu lah...bosan.”

Iddin ketawa panjang. Tidak dihirau keadaan kelilingnya. Apa nak kesahkan orang lain? Cukuplah dia berada dengan tunangan tersayang yang suka sangat merajuk ni hatinya tidak perlu memikirkan yang lain.  

“Mak ayah tak kesahkan pasal photographer ni?”  

“Tak de lah. Perkara-perkara aksesori macam ni dia serah bulat-bulat untuk kita selesaikan,” Anis menjawab seperti biasa.  

“Ok, beri saya masa sehari dua untuk fikirkan mende ni. Bukan saya cerewet sangatpun, tapi sekurang-kurangnya apa yang kita putuskan akan mendapat respon yang baik dari mak ayah nanti. Tak perlu lagi dia nak komen itu, komen ini.”  

“Ok, tapi kalau awak nak dapatkan khidmat photographer yang lain, bagitau saya dulu ya. Saja saya nak tau pakejnya macamana.”

Iddin mengangguk kecil beberepa kali. Dia menulis sesuatu di handphonenya. Selalunya dia boleh bersetuju saja dengan sebarang keputusan yang dibuat si tunang, tetapi kali ini dia perlu berbincang apabila melihat sesuatu yang tidak kena dengan konsep majlisnya nanti. Pakaian cameraman yang terlalu santai tidak boleh diterimanya. Mereka juga perlu berpakaian sopan sebagai tanda menghormati majlis.

“Ok, nanti saya survey dulu. Kalau ada yang lebih baik saya akan bagitau, tapi kalau tak dapat jugak saya boleh bersetuju dengan pilihan awak tu dengan bersyarat,” Iddin menyatakan pendapatnya secara bertolak-ansur. “Saya tahu awak dah cuba lakukan yang terbaik, jangan merajuk plak...”  

Anis memandang Iddin dengan sebuah senyuman. Selalunya Iddin memang begitu, tahu bertolak-ansur dalam banyak keadaan.

“Bila awak nak panggil saya, abang? Asyik bersaya awak...dah nak kahwin ni.”  

“Hah...?” Ada kejutan nampaknya. “Seminggu sebelum kahwin.”  

“Tak de harapan la hari ni ya? Rasa macam dah tak sabar nak panggil awak, sayang. Kita cepatkan kahwin boleh?”  

“Bolehhh..., pergi la jumpa mak ayah saya sekarang. Saya pun dah tak sabar-sabar nak pakai baju pengantin yang cantik-cantik tu,” kata Anis bersahaja sambil kepalanya melayang mengingatkan baju akad nikahnya yang sudah siap diambil dari tukang jahit dua hari lepas.

Iddin tersenyum lebar, bangun dari tempat duduk ke kaunter bayaran.  

“Jom saya hantar awak ke office,” ajak Iddin beriringan keluar dengan Anis. “Takut ada orang kacau.”

“Lima minit berjalan saja encik Iddin...”  

Tetap dia ditemani berjalan sehingga sampai di depan pejabatnya. Tiada bicara sekadar saling berpandangan sebelum mereka berpisah untuk tengahari itu.

Anis duduk di kerusinya, berkira-kira mahu mengambil wudhu’ sekejap lagi. Tiba-tiba telefon di mejanya berdering minta diangkat.      

“Saya dah fikir sekejap tadi, tak jadi lah nak kahwin cepat...nak mintak awak belajar masak nasi ayam dulu,” suara Iddin di telinganya. Ketawa. “Tapi memang dah tak sabar nak kahwin ni, nak hidup bersama dengan awak.”

“Tak tahu nak bagi salam?”  

“Assalamualaikum!”

“Tahu pun,” jawab Anis.

“Tak jawab salam pun?” Iddin balas balik.

“Waalaikumusslam.”

“Bagus bakal isteri abang ni.”  

Anis mencebik bibir, bukannya Iddin nampakpun.

Tepat pada waktunya, Bos lalu di hadapannya dengan pandangan musykil.  

Anis memberinya senyuman, berkata sesuatu kepada Iddin lalu meletakkan telefon.

Bos berjalan ke mejanya dengan pandangan yang sama.  

“Siapa?”

“Err...tunang saya.”  

“Oh, dah bertunang ya? Orang cantik memang cepat laku. Jadi, malang la anak lelaki saya tu ya, gila bayang dengan tunang orang rupanya.”
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 12:09 AM | Show all posts
oopppsss... sapa pulop anak boss tuh... hisham kah???

bila nak sambung lagik neh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 09:17 PM | Show all posts
nak lg yer...hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-4-2012 03:05 PM | Show all posts
terer betul asyriqa ni...sixth sense betul!

ok, untuk kawan-kawan lain kita follow sket lg ya...



sket, sket, sket...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2012 03:07 PM | Show all posts
Episod 12

Anis tersenyum sumbing kambing, tanpa ketahui kenapa dia harus tersenyum ketika itu. Dia tiada jawapan kepada Bosnya sebenarnya. Dia mula kalut, mengambil sebuah fail di hadapannya lalu membukanya. Entah apa-apa tindakannya ketika itu, tetapi dia benar-benar merasa tidak selesa dan berdebar-debar berada tegak di hadapan Encik Farid yang tak reti-reti nak berlalu pergi.

“Siapa lelaki bertuah tu?” Farid bertanya mahu menyambung perbualan. “Sibuk pulak saya ni ya..., tapi rasa juga nak tahu siapalah gerangan lelaki yang berjaya mengikat hati staf saya ni.”

“Mmm...? Bertuah ke?” Anis masih kaget. “Biasa-biasa je Encik. Senior saya masa belajar dulu. Dia propose saya masa tahun akhir.”

Farid mengangguk kecil seolah memahami, namun di hati kecilnya ada sedikit kekecewaan kerana merasa kasihan kepada anak terunanya yang sedang menyimpan perasaan kepada gadis ini. Sebelum ini sudah ramai anak gadis disuakan kepada terunanya itu namun tiada satupun yang mampu menambat hatinya. Melangkah usianya 29 tahun, barulah hatinya terdetik apabila pertama kali melihat gadis di hadapannya kala ini.

Tetapi lain pula ceritanya saat ini, bukan akan berakhir dengan kesempurnaan namun belum ke mana-mana lagi sudahpun karam.

Masih ada lagikah peluang? Belumpun berkahwin lagi sekadar bertunang saja... Mungkin jika kena caranya, cerita cinta mereka ini mungkin menjadi lebih hebat! Bukannya sukar manapun untuk menawan hati si gadis, hanya perlu dibuktikan dengan kepakaran dan pengalaman  sahaja. Kepakaran dan pengalamannya sendiri usah dipertikai lagi. Kalau tidak masakan dia mampu mencair hati si bongsu kesayangan Dato’ Sofean yang kaya raya itu? Akhirnya Maria jatuh ke tangannya juga walaupun menjadi rebutan ramai lelaki lain.  

“Lebih kurang dua bulan lagi kami akan kahwin, insyaAllah Encik Farid dan Puan Maria pun saya akan jemput. Tapi majlis saya biasa-biasa saja. Harap Encik sudilah datang ke majlis saya nanti, tambah meriah hendaknya. Bolehlah saya perkenalkan Bos saya ni kepada mak ayah saya, diaorang pun memang nak kenal sangat dengan Encik,” ceria sungguh Anis bercerita lebar.

Farid menarik nafas, rupa-rupanya mereka sudah hampir benar untuk berkahwin. Dia memandang wajah lembut manis di hadapannya. Memang sesuai jika dipadankan dengan terunanya.

“Tak terasa masih muda untuk berkahwin secepat ini? Orang perempuan ni kalau dah kahwin langkah mereka makin pendek jadinya. Enjoy la dulu dengan kawan-kawan...”

“Tak lah muda sangat pun, insyaAllah perkahwinan mampu memberi kehidupan yang lebih baik buat saya nanti. Berkawan lama-lama pun bukannya elokkan?”

Farid terpaksa akur dengan keyakinan yang dipancarkan Anis, dia memang sudah matang untuk sebuah perkahwinan. Namun dalam masa yang sama dia masih mengharapkan keadaan itu akan berubah. Kenapa anak lelakinya, malah dia sendiri menjadi yang terlewat? Jodoh mereka sudah ditentukan? Tetapi segalanya pasti akan ada satu usaha kearah itu. Ya, jika dia juga berusaha pasti sesuatu juga akan berlaku.

“Awak kenal anak lelaki saya?” Farid cuba menarik perhatian Anis. “Dia kata dia kenal dengan awak.”

“Kenal saya? Bila masa dia kenal saya?”

“Entah, saya pun tak tahu. Tapi selalu juga dia sebut nama awak depan saya...itu la yang saya maksudkan dia gila bayang. Tapi kalau awak tak kenal dia pun tak pe lah, saya pun tak kisah awak tak kenal dengan dia tu. Tapi pastinya dia pun hensem macam papa dia jugak. Tak silap kata-kata saya kan...?”

Farid tersenyum dengan kata-katanya sendiri. Dia membuka helaian diarinya, membaca sesuatu seketika. Dibelek-belek lagi, mengerutkan dahi pula.

“Lupa! Rupa-rupanya hari ni lah anak lelaki saya tu nak datang office ni. Dia balik bercuti dua tiga hari ni. Sekarang ni dia kerja kat Singapore.”

Farid menutup diarinya dan memandang Anis. Gadis itu menelan liur!

“Dia tak makan orang pun selama ni. Macam lelaki-lelaki lain juga, minat kepada perempuan. Tambah usaha sikit lagi, dapatkan alamat emel...dan sebagainya.”

Anis menangkap sesuatu pada ayat itu. Matanya membulat tiba-tiba. Dia memandang Farid. Namun, akalnya mati untuk bersuara apabila handphone Bosnya berbunyi dari dalam poket seluarnya.

“Hello!”

“Kejap lagi Along sampai.”

“Laa...ingatkan dah sampai. Jalan jam ke? Cepat la sikit.”

“Tengah pecut la ni. Tak sabar-sabar dah nak tengok dia...dia ada tak?”  

“Ada depan mata ni.”   

“Depan mata? Papa buat apa dengan dia?”   

“Borak-borak je,” Farid memandang Anis. “Interview sikit. Kalau dah tahu serba sikit senang la nak ke rumah nanti. So, cepat la sikit papa ada tamu kejap lagi.”

Anis kaget mendengar langsung perbualan Bosnya, rasanya tak salah dia meneka gerangan pemanggil itu.

“Tamu mana pulak ni? Tak bagi can langsung Along nak berguru dengan papa. Ni pun Along pakai baju yang papa suggestkan semalam, harap-harap ada ong la kan.”

“Tak de sapapun, Puan Hamidah, Bos Rias Decor yang dapat kontrak nak buat id kat office kita ni.”

“I see...Ok lah Along dah sampai ni, cari parking jap. Berdebar la pulak.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 01:37 PM | Show all posts
baru jumpa tread ni... best
cepat sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 09:27 PM | Show all posts
laa.....ada peminat ka...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 06:26 PM | Show all posts
Cepat2 lah sambung...
makin suspen nih...
tak sabar nak tunggu next n3...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 02:29 PM | Show all posts
sarizuuuuuuu...... lamanya mung ilang wehhhhh.... lamaaaaaa gileeeeee kaka tunggu sambungan nehhhhh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2012 12:06 PM | Show all posts
bila kaka asyriqa sudah mula menyeru kaka sarizu rasa takut ya amattt...

habis rumah orang diserunya ya!

jangan diseru2 lagi dik oiii...kaka ni otak da karat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2012 12:11 PM | Show all posts
Episod 13

Berbekalkan seraut wajah yang mampu menarik pandangan wanita ramai, Hisyam yakin dengan tujuan yang satu, mahu menemui Anis, si gadis pingitan pujaannya sejak berbulan-bulan dahulu. Si gadis bertubuh kecil molek itu juga mempunyai seraut wajah yang mampu mencairkan kewajaan hatinya, langsung menepis hati-hati si gadis lain yang pernah cuba-cuba untuk bersaing bertakhta di hatinya.

Hisyam yakin akan rasa hatinya kali ini, selepas beberapa kali dia melihat secara tidak sengaja si gadis itu di pejabat papanya. Walau seringkalinya Anis tidak menunjukkan sebarang reaksi yang diharapkannya, dia yakin gadis itu bukanlah penyombong orangnya, tetapi lebih kepada pemalu yang sepatutnya ada pada seorang gadis sunti.

Adakalanya dia sengaja merajinkan diri beberapa kali sehari menjengah ke pejabat ini, semata-mata mahu menjenguk si buah hati. Ada ketikanya pula dia sangat mengharapkan papa mengarahkannya ke pejabat atas apa jua urusan sekalipun, dia pasti tercegat lebih awal dari masa yang sepatutnya.

Tidak mengapalah kalaupun papa hanya mahu dia menyelesaikan perkara remeh-temeh seperti masuk meeting bersama-sama, berkenal-kenalan dengan rakan kongsinya – kata papa ini semua untuk masa depannya apabila tiba masa untuk mengambil alih syarikat ini. Semuanya dia langsung bersetuju tanpa sebarang halangan, semata-mata mahu berada ‘dekat’ dengan si gadis pujaan hati.

“Maaflah Encik Hisyam, sepatutnya saya tidak menerima jemputan encik ni...saya ni tunangan orang, dan insyaAllah lebih kurang dua bulan lagi saya akan berkahwin,” itulah kata-kata yang menyiat-nyiat hatinya petang tadi saat dia menjemput Anis minum petang di cafe berhampiran. Dua kalilah nampaknya Anis menjadi tetamu di cafe yang sama hari ini. Musykil agaknya pekerja di situ melihatkan dia datang dengan dua orang lelaki yang berbeza-beza. Playgirl? Jauhhh sekali!

Tentunya Hisyam sama sekali tidak mampu menerima hakikat yang satu ini. Mencintai tunangan orang? Masakan benar, papanya sendiripun langsung tidak menyebut perihal ini sepanjang dia bercerita gundah isi hatinya. Lagi pula selama mana dia ‘mengintip’ gadis ini, tidak pernah pula dia melihat mana-mana lelaki beriringan dengannya, hatta semasa makan tengahari mahupun sewaktu pulang dari kerja. Matanya bersaksi bahawa gadis ini sentiasa ditemani rakan-rakan wanitanya ataupun berseorangan sahaja untuk ke mana-mana.

Benarkah? Disaat dia sudah tidak mampu menepis senyuman manis yang sering terbayang-bayang dalam ingatannya, pandangan matanya yang menyorot lembut saat berbicara petang tadi, apakah ini semua akan berkubur selepas sekian lama dia membaja rasa cinta ini? Berbulan-bulan lamanya dia menunggu saat ini...  

Dia sudah menanam impian untuk menyunting gadis itu menjadi suri hidupnya, apatah lagi apabila niatnya itu direstui kedua ibubapanya.

Petang tadi, Anis telah menolaknya secara halus dan bersopan, dia masih mampu tersenyum pendek. Tetapi malam ini, jauh di sudut hatinya seolah-olah merintih nasib yang tidak menyebelahinya. Ombak rindu dalam hatinya masih belum padam, belum juga menjadi bara, tetapi masih meruap-ruap kehangatan.

“Tahniahlah, semoga awak mendapat jodoh yang baik ...jangan lupa jemput saya nanti,” ayat terakhirnya itu hanya terkandas di anak tekak. Masakan dia mampu untuk melihat si gadis pujaannya dipaut erat oleh lelaki lain.

Sebenarnya sejak kebelakangan ini dia sering memikirkan tentang sebuah perkahwinan. Membayangkan lamarannya pada suatu ketika nanti kepada gadis itu akan diterimanya dengan hati yang tulus. Tentunya bukan sekadar mereka berdua sahaja akan berbahagia, tetapi seluruh keluarga kedua-dua belah pihak akan meraikannya dengan penuh kegembiraan. Begitu juga dengan teman-teman sepejabat, tentu mereka juga akan menerima kejutan ini dengan penuh keriangan.

Itu semua khayalan, yang berhenti di noktah imaginasi.

Ruang mindanya masih lagi terbayang-bayang Anis yang sedang menyedut lembut carrot juicenya petang tadi. Bagaikan sebuah drama ingatan itu bergerak perlahan di dalam kepalanya. Parah!

“Orang macam Encik Hisyam ni tak susah nak dapatkan jodoh.”

Hisyam menggeleng-gelengkan kepalanya, betapa kali inilah baru dia terasa dialam percintaan. Percintaan yang entah ke mana, hanya dia seorang sahaja yang menjadi pencinta di dalam hubungan ini. Benarlah Anis langsung tidak pernah mengendahkannya selama ini.

“Susahlah bila awak pun tak nakkan saya.”

“Orang kata bunga bukan sekuntum, saya pun yakin ramai perempuan kat luar sana tu sukakan encik Hisyam, tapi mungkin encik je yang tak perasan kot.”

“Ada ke?” Hisyam tanya soalan bodoh, sebenarnya dia sudah ‘hilang akal’ sejak tadi apabila ketahui bunganya sudah dipetik orang.

“Kalau Encik Hisyam buka pandangan luas-luas insyaAllah akan jumpa. Takkanlah seramai-ramai perempuan keliling encik langsung tak de yang berkenan.”

Tidak semudah itu, Anis.  

“Perempuan memang ramai, tapi yang nak dijadikan isteri tu susah sket nak dapat,” Hisyam meluahkan isi hatinya.

“Hari ni tak dapat, esok lusa insyaAllah dapatlah nanti. Lelaki banyak pilihan, tak macam perempuan. Kena sayang umur, kalau ada yang sudi melamar, memenuhi citarasa biasanya perempuan jarang menolak. Lainlah lelaki, orang kata makin berumur makin tinggi sahamnya.”

Hisyam sekadar tersenyum tawar mendengar bicara Anis yang santai. Itulah pandangan umumnya, tetapi siapa tahu isi hati sebenar lelaki sepertinya. Bukan dia tidak sayang umurnya yang makin meningkat, tetapi dunia hari ini menyukarkannya memilih perempuan yang benar-benar layak dijadikan isteri, ibu kepada anak-anaknya nanti. Kebanyakan perempuan hari ini plastik! Cantik di pandangan, dalamannya? Sukar...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 06:46 PM | Show all posts
toche...toche... sarizu... tapi mana cukup banyak tu jep laling... itu pasal ler berkarat sebab sebulan taruk 1... kena  ngandap lappy tiap2 ari tau... sure membuak2 idea datang neh...

nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 01:42 PM | Show all posts
biarlah panas hingga kepetang....
teruskan ..makin menarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 02:06 PM | Show all posts
jd ke x ANIS nie kawen...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 02:32 PM | Show all posts
nak lg...heee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2012 01:04 PM | Show all posts
toche...toche... sarizu... tapi mana cukup banyak tu jep laling... itu pasal ler berkar ...
asyriqa Post at 23-4-2012 18:46


mana ada sebulan 1 episod kaka, 1 episod = 1 minggu
ngadap lappy tiap saat pun kalau da karat memang manyak susah kaka...idea setitik2 je x de nk mcurah2...

okeh, enjoy for 1 week
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2012 01:05 PM | Show all posts
biarlah panas hingga kepetang....
teruskan ..makin menarik
sliza Post at 24-4-2012 13:42


kita pakat2 doakan yang terbaik

cam real je eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.328477 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list