CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarizu

Kahwin

[Copy link]
 Author| Post time 7-6-2012 02:55 PM | Show all posts
Kita pun baru2 belajar menulis ni. Banyak lagi yg kurang.. huhuhu...

Ni tengah asah bakat jad ...
Nicki_Meow Post at 7-6-2012 12:28


tepek la yg mn ada dulu...krg bla tukg komen asik kt 'nk lg' byk2 kali, dtg la idea tu byk2...
kasi meriah thread...x jemu nati org nk msuk
cite tu x update cite ni ada update...tk ke meriah gtu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2012 12:20 PM | Show all posts
Episod 22

Sekarang dah pun jadi cek puan. Kalau dulu asyik suka hati ‘aku’ je nak buat apapun, sekarang ni dah tak jadi aku dah, kena tukar ganti nama, kita la pulak.

Baru saja ‘update’ status ni, terasa ada sedikit kelainan pada diri. Rasanya lebih sopan kot. Harap-harap banyak lagi perkara yang baik-baik akan berlaku selepas bergelar seorang isteri, insyaAllah.

Anis tersenyum bermonolog sendiri, walaupun letih melayan tetamu belum hilang sepenuhnya, hatinya benar-benar gembira kala ini. Dia tersadai di sofa di dalam biliknya, bermalas-malasan sementara menunggu Maghrib menjelma. Penat! Memang penat menjadi pengantin sehari, tetapi tidak mengapalah, ianya sekali sahaja seumur hidup.

“Yang, tolong bukak baju abang ni.” Gulp! Anis telan liur. Kenapa majlis sudah selesai?

Iddin sudah terlentang di katil. Memang mereka sama-sama penat.

Anis tidak bergerak dari kedudukannya. Otaknya sedang berkira-kira, entah apa yang dikira dia sendiri tidak tahu. Tak boleh bukak sendiri? Selama ni bukannya orang lain pun yang tolang bukakkan bajunya, dia tahu Iddin hanya berseorangan tinggal di rumahnya. Nak bermanja? Fuhhh...kus semanngat! Nak mengelak macamana ni?

“Yang, tolong la...abang penat sangat ni. Janji hari tu nak jadi isteri solehah, so, dah sampai masa la ni...,” Iddin bangun dari pembaringannya. “Sayang penat sangat ke...?” Dia menyambung kata apabila melihat isterinya masih terjelepuk di sofa.

Iddin menapak ke arah isterinya. Anis cuba mengawal debar dadanya sebaik mungkin, kalau boleh dia nak lari. Tiba-tiba saja tindakan refleknya membuatkan dia berdiri.

“Bukak butang baju abang ni,” selamba sahaja Iddin berdiri hampir dengannya. “Mulai dari sekarang, kerja-kerja macam ni sayang yang buat. Abang bagi kerja yang senang-senang je. Abang punya kerja, tolong bukak mana-mana butang kat baju sayang. Adilkan?”

Aduhhh...apasal mata ni dah jadi kabur pulak. Kenapa nak nangis ni...Anis sudah mengumpul pelbagai perasaan, tunggu masa saja untuk meleleh. Janganlah hendaknya, nanti kena gelak, terus meraung jadinya.

“Eh, apasal sayang abang ni?” selamba saja Iddin memegang dagu isterinya, mendongakkan ke atas supaya wajah indah itu dapat ditatap lebih puas. “Tadi dapat cium dahi je, ni nak cium mata pulak,” cup! Memang Anis tak sempat mengelak.  

“Eiii...” Anis menampar badan suaminya.

“Sakit la sayang...jangan amalkan ok. Tak baik tau pukul-pukul abang ni, abang mana ada buat macam tu, abang kiss je, tak sakitpun... mmm...kiss abang kat sini bleh?” Iddin menunjukkan pipinya, sebenarnya nak je dia tunjuk mulut, tapi takut kena tampar lagi...

Anis pandang kelain. Jiwanya masih tak cukup kuat untuk melayan nafsu nakal suaminya kala ini. Dia belum cukup bersedia. Tapi bila dia akan cukup bersedia? Serammm...

Iddin senyum melihat isterinya yang sudah cukup tertekan dengan gurauan nakalnya. Mesti la nak gurau-guran manja kan, susah payah nak dapatkan isteri, inilah masanya. Dia tahu sangat bahawa perempuan akan lebih malu apabila buat pertama kalinya berduaan di dalam bilik bersama suami. Begitulah kata sahabat baiknya, Kamal, yang sudahpun lima tahun melayari bahtera rumahtangga. Pesan sahabatnya lagi, jangan pulak lelaki yang terlebih malu, tak jadi anak katanya!

“Ok lah...abang tak kacau dah...abang nak mandi ni, dah janji dengan ayah nak berjamaah di masjid Maghrib nanti, lepas Isyak baru balik” tutur Iddin menenangkan isterinya. Anis tersenyum manis kepadanya, lega! Dia menghulurka tuala kepada suaminya cepat-cepat moga-moga cepatlah dia menghilang ke bilik air. “Eh, yang, jom mandi sekali, nanti abang tolong mandikan sayang, kasi fresh sikit,” sempat lagi Iddin mengusik, kali ini pipi isterinya pula menjadi habuan bibirnya.

“Isshhh...dah laaahhh...,” Anis muncung. Iddin gelak sakan, seronoknya dapat isteri, menceriakan hatinya yang kosong sebelum ini. Dia mengenyitkan mata sebelum menghilangkan diri di balik pintu. Anis meraup wajah, ini baru petang...malam ni macamana? Wajahnya sudah memerah.




Anis menyusun hidangan malam di meja utama. Kali ini ahli keluarganya bertambah dengan kehadiran suaminya. Dia merasa seronok kerana semua adik-beradiknya kini sudah punya pasangan masing-masing. Kalau sebelum ini dia sentiasa disakat oleh ahli keluarga yang lain kerana masih berseorangan, kali ini dia mahu tersenyum panjang berada di sisi suami di meja makan. Menjadi tertib bagi keluarganya untuk isteri berada di sebelah suami ketika makan.

Iddin yang baru pulang dari masjid terus menuju ke arahnya, ya, sekali lagi pipinya menjadi sasaran. Hisshhh, semua encik suami macam ni ke...? Nasib baik tak ada yang memandang. Sabarlah hati, bukan masanya untuk bergaduh. Tapi kenapa nak bergaduh? Arghhh...hatinya berbolak-balik. Ngeri!
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 02:05 PM | Show all posts
tq tapi next nak lagi..............
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 02:38 PM | Show all posts
sweet.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 04:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 11-6-2012 16:35

Hahaha...

Pengantin malu-malu.

Iddin pun, jangan le gelojoh sangat nak bunuh seta







Next!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 01:44 PM | Show all posts
Bila lak dpt baca citer terbaru ni.. Lama lak rasa nak tunggu esok pagi.huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2012 11:17 PM | Show all posts
tq tapi next nak lagi..............
mie07 Post at 11-6-2012 14:05


okeh, kita layan sket lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 11:18 PM | Show all posts
sweet.......
yaya4075 Post at 11-6-2012 14:38


sket2 je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2012 11:20 PM | Show all posts
Hahaha...

Pengantin malu-malu.

Iddin pun, jangan le gelojoh sangat nak bunuh seta



...
Nicki_Meow Post at 11-6-2012 16:33


part gelojoh nk bunuh sethtan kita simpan dlm kelambu...

errr...ada lg ke pgntin baru skrg pkai klmbu...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 11:21 PM | Show all posts
Bila lak dpt baca citer terbaru ni.. Lama lak rasa nak tunggu esok pagi.huhuhuhu
muaz04 Post at 13-6-2012 13:44


okeh, jom layannn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 11:24 PM | Show all posts
Episod 23

Pulang dari berbulan madu di Korea, lalu menyambung tugasan di pejabat, Anis tidak habis-habis menjadi bahan usikan. Biarlah, asalkan dia tahu menjaga batas seorang isteri. Kalau setakat ditanya apa perasan bergelar isteri, bolehlah dia jawab, kalau ditanya perihal anak, dia sekadar tersenyum, malas melayan karenah teman-teman. Ah, bukannya dia tak tahu, mereka bukannya sekadar nak tanya bila nak dapat anak, secara berlapiknya nak tanya apa cerita buat anak? Ini rahsia rumahtanggalah! Mana boleh kongsi!

Tapi yang membolak-balikkan hatinya apabila pejabat ini sudah menjadi tempat ‘pertapaan’ Hisyam kini. Kata Akma, sudah seminggu Hisyam mula bekerja di sini, langsung mengucapkan selamat tingal kepada Singapura. Kenapa pula begitu? Ya, dia tahu siapa dia untuk mempertikaikannya, dah pejabat bapak dia, suka hati dialah. Tetapi tetap dia merasa tidak aman apabila akan selalu bertembung mata. Ya, mungkin dia akan setia menjadi seorang isteri yang solehah, tetapi dia perasan pandangan mata Hisyam kepadanya sama seperti dahulu, penuh perasaan!

“Maaflah saya tak datang majlis awak hari tu. Tak mampu saya nak tengok orang yang saya sayang disisi lelaki lain,” itulah kata-kata Hisyam kepadanya pertama kali mereka bertemu di pejabat, wajahnya sedikit suram.

Anis hanya tersenyum, malas untuk memberinya sebarang maklum balas. Dia harus bijak menepis sebarang mainan perasaan daripada seorang lelaki yang pernah meluahkan perasaan cinta kepadanya sebelum ini. Bahkan dia memang tidak sangkapun Hisyam akan berkata begitu kepadanya. Sepatutnya dia lebih matang dalam berkata-kata.

“Sekurang-kurangnya Encik Farid dan Puan Maria sudi datang memeriahkan majlis saya,” Anis memberi jawapan selamat. “Dah cukup baik buat saya bila rakan-rakan terdekat semuanya hadir. Saya sangat gembira untuk raikannya bersama.”

Ya, segalanya ketentuan Allah, jodoh itu di tanganNya. Jikapun mungkin ada yang akan kecewa, jangan sehingga berduka. Kita semua masih ada masa depan untuk difikirkan. Semuanya berada di tangan sendiri, mahu bangun membuka lembaran baru atau sebaliknya terus terduduk merenung takdir yang sudah tertulis. Peluang masih luas terbuka untuk sesiapa saja yang bangkit menggapainya. Jangan sehingga diri terkorban semata-mata kelalaian sendiri.

“Tahniah untuk awak,” sambung Hisyam lagi. “Saya tak pernah jatuh cinta sebelum ini... sehinggalah bertemu awak. Nampaknya usaha saya belum cukup bersungguh-sungguh untuk mendapatkan cinta awak. Saya cukup berharap impian untuk menyunting awak akan berjaya, kita akan hidup bahagia bersama. Jauh saya angankan...sehingga ke hari tua, suatu masa akan dikelilingi anak cucu yang ramai penyeri rumahtangga yang kita bina bersama.”

Kekecewaan Hisyam jelas terserlah. Dia mula menyalahkan diri-sendiri yang terlewat. Enggan menerima takdir yang tidak memihak kepadanya.

“Awak silap jika berfikir begitu,” tegas suara Anis membalas. “Ketentuan jodoh di tangan Allah, siapalah kita untuk menentukannya. Selama ni awak sudah berusaha dengan baik, mungkin saya bukan orangnya tetapi esok lusa siapa tahu jodoh awak adalah yang lebih baik? Yang penting, kita terus berusaha untuk mencarinya. Jangan terlalu kecewa dengan ujian ini, Dia hanya mahu menguji sejauh mana kesabaran kita sahaja. Jika awak dapat menerima ujian ini dengan baik, insyaAllah baik jugalah pengakhirannya nanti.”

Anis berlalu meninggalkan Hisyam yang masih lesu hatinya. Tidak perlu dia bercakap panjang lebar jika lelaki itu hanya mahu menyesali nasib yang tidak menyebelahinya. Sepatutnya dia sudah mampu menerima takdir yang tertulis, dua minggu sudahpun cukup untuk meratapnya jika sedar segala ketentuan adalah di tangan Allah.

Hisyam tersandar di dinding, tanpa disedari setitik air mata jatuh ke pipinya. Ya Allah, bantulah hambaMu merawat luka yang terlalu parah ini...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 10:52 PM | Show all posts
sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 11:55 PM | Show all posts
Reply 145# Nicki_Meow


   terserlah kegelojohan disitu ek...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 12:03 AM | Show all posts
sila smbung...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 10:37 PM | Show all posts
Something will happen to Iddin...

Next...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 10:39 AM | Show all posts
lagi2. Lama sungguh nak tunggu penghujung cerita ni. Ada gaduh2 lagi la lepas ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2012 08:53 PM | Show all posts
nak lg...heeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2012 09:43 AM | Show all posts
sambung lagi...
nanopiko Post at 16-6-2012 22:52


sambung sket lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2012 09:43 AM | Show all posts
sila smbung...
misssakura Post at 17-6-2012 00:03


ok, dah sambung ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2012 09:44 AM | Show all posts
Something will happen to Iddin...  

Next...
Nicki_Meow Post at 17-6-2012 22:37


insyaAllah Iddin hepi2 je dpt bini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.403492 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list