CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarizu

Kahwin

[Copy link]
 Author| Post time 28-4-2012 01:07 PM | Show all posts
jd ke x ANIS nie kawen...
shahrinas Post at 24-4-2012 14:06


sabar...sabar...tengah pikir la ni nk bg kawin ke tak...

jommm layannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2012 01:07 PM | Show all posts
nak lg...heee
nhid_tam Post at 27-4-2012 14:32


nah sket je kedekut!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2012 01:10 PM | Show all posts
Episod 14

Iddin termenung jauh, bayangan si tunang tersayang duduk semeja dengan lelaki yang tidak dikenalinya bermain di mata. Entah berapa banyak lelaki yang dia cuba padankan, tetapi lelaki yang satu ini langsung tidak dikenalinya. Dia berfikir lagi, apa hubungan mereka berdua? Dia cuba menghubungi handphone Anis kala itu, langsung tidak berjawab.

“Siapa lelaki tu?” Iddin bermonolog sendirian, dahinya berlapis-lapis memikirkan jawapan yang tidak kunjung tiba. “Tak pernah nampak pun selama ni...”


“Assalamualaikum!” Suara di hujung talian yang sejak tadi ditunggu-tunggunya. Iddin membetulkan duduk, dia tahu Anis tidak nampakpun duduknya di katil sekadar berpelikat tanpa baju. Panas di dalam, panas di luar...menambahkan bahang!

“Waalaikumussalam! Apa cerita hari ni? Ada yang nak dikongsi?” Tanya Iddin bernada agak tegas, dia sudah tidak sabar-sabar mahukan si gadisnya bercerita apa yang telah berlaku kepada dirinya pada petang tadi.

“Tak de yang menarik pun. Macam biasa-biasa saja...,” si tunang menjawab bersahaja seolah-olah tiada apa-apapun yang berlaku. “Kita kan dah jumpa petang tadi, dah bincang-bincang, so tunggu jawapan awak je lah pasal photographer tu.”

Anis menarik comforternya, bersedia untuk tidur selepas ini sementelah jam di dinding pun sudah menghampiri jam 11 malam.

“Awak dah survey?” Giliran telinga kiri pula mendengar, Anis mengiring ke kanan.

Iddin merapatkan handphonenya ke telinga cuba mencari kelainan nada pada suara Anis. Sama sahaja, tiada nada bersalahpun dan tiada juga cerita yang diharapkan, dia mendengus.

“Awak dengar tak? Saya tanya ni,” Anis bersoalan lagi apabila suaranya tidak dijawab, nak kata tidur macam ada nafas lagi kedengaran.  

Iddin tetap menyepi, tidak berkeinginan untuk menjawab soalan-soalan tunangnya yang tidak membawa maksud pencerahan kepada permasalahannya sekarang. Dia mengubah kedudukan lagi, kali ini terlentang di katilnya dengan harapan dapat merelakskan mindanya yang sedang berserabut kala ini.

Anis masih setia dihujung talian, dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada situasi sekarang. Tapi apa?

“Awak ada masalah ke? Kalau nak kongsi saya ada ni untuk dengar. Kalau pasal photographer tu...takkanlah sampai awak jadi macam ni...,” Anis menyusun kata berhati-hati mudah-mudahan si tunang akan bersuara selepas ini.

Iddin mendengus lagi, mahu saja dia berbicara dengan Anis tetapi lidahnya kelu untuk bertanya, tetapi hatinya meronta-ronta ingin tahu apa yang berlaku disebalik adegan yang dilihatnya pada petang tadi.

“Saya perlukan pengertian...,” perlahan dia bersuara, cuba mengawal nadanya sendiri, malah emosinya juga.

“Apa? Saya tak faham. Awak cakap la betul-betul,” Anis mula serius mendengar kata-kata Iddin. “Pengertian apa yang awak nak?”

Iddin menyepi kembali, mencari-cari perkataan yang sesuai untuk digarap supaya maksud keinginannya tercapai. Dia tidak mahu menipu hatinya, ya, dia benar-benar rasa tertipu sekarang dengan tindakan Anis petang tadi.

“Saya nampak awak petang tadi...siapa lelaki tu?”

Anis terkejut, menyepi seketika. Dia tergamam sebenarnya, bukan bermaksud mahu mengelak, tetapi kenapa boleh Iddin melihatnya petang tadi? Iddin mengintipnya? Takkanlah begitu sekali. Selama ni mereka sepakat untuk memegang kepercayaan di antara satu sama lain, mereka boleh bebas berbuat apa saja asalkan tahu menjaga adab.

“Anak bos saya. Awak jangan fikir yang bukan-bukan, saya tak ada apa-apa dengan dia.” Anis bersuara tegas. “Dia ajak saya minum, mahu bincang sesuatu katanya...saya dah tolak, tapi katanya untuk sekali tu saja.”

Sepi seketika, Iddin memandang jam di dinding, 11.17 minit.  

“Awak mengintip saya ke? Tak percaya dengan saya? Jangan buat hal lah, ni pertama kali saya keluar dengan lelaki lain selain awak.”

Iddin terus menyepi. Walaupun dia percayakan Anis, tetapi dia tidak boleh bersetuju dengan apa yang telah dilakukannya. Anis tunangannya, sepatutnya tidak boleh berduaan dengan lelaki lain yang memungkinkan akan mendatangkan fitnah.  

Dia tidak mahu ada sebarang masalah dikemudian hari. Bukan sekadar fitnah yang akan tersebar, tetapi apa pula agenda lelaki itu kepada tunangnya? Jangan-jangan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:13 PM | Show all posts
alamak...konflik melanda...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 09:20 PM | Show all posts
sikitnya......nak lg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 12:13 PM | Show all posts
alamak...konflik melanda...
shahrinas Post at 28-4-2012 16:13


asam garam bedarah manis...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-5-2012 12:14 PM | Show all posts
sikitnya......nak lg....
nhid_tam Post at 30-4-2012 21:20


ok, tambah sket lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 12:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by sarizu at 4-5-2012 12:23

Episod 15

Beberapa hari berlalu Iddin mula berubah. Tiada lagi sebarang komunikasi langsung dengan Anis. Usahkan mahu berjumpa, bercakap di telefon pun dia tidak mahu.

Selalunya Iddin mengelak daripada berbicara langsung dengan Anis. Dia terkilan apabila adegan tempohari langsung tidak diceritakan kepadanya. Kalau dia tidak nampak semasa pergi ke sana semata-mata mahu menghantar kad undangan perkahwinan mereka yang baru saja siap, sampai kesudah agaknya dia tidak tahu tunangnya ‘dilamar’ orang. Dia tidak suka Anis berahsia dengannya, lebih-lebih lagi apabila keluar dengan lelaki lain.

Seminggu dua berlalu hubungan mereka agak tegang. Biarlah! Iddin mahu menenangkan jiwanya terlebih dahulu.  

Namun, Anis masih setia menghantar emel kepadanya. Memujuknya dengan bait-bait bicara yang indah, lembut rayuannya, dan dia harus akui bahawa tunangnya masih setia kepadanya seperti dulu-dulu juga. Adakalanya Iddin membalas pendek emel Anis, ada juga yang dibiarkan sepi.

Namun dalam diam dia sedang merancang sesuatu. Mungkin sebuah kejutan, dengan harapan Anis menyedari betapa dia juga sangat sayangkan tunangnya itu dan tidak rela jika ada lelaki lain berniat mahu merampas tempatnya kini.

Dirinya yang sebenar bukanlah seorang yang romantik, tetapi dia mahu belajar untuk berbuat sesuatu yang mampu mengujakan perasaan Anis terhadap dirinya. Dia mahu buktikan bahawa dia juga bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik buat tunangnya itu. Saat hubungan mereka akan diikat kejap tidak lama lagi, dia perlu lebihkan usaha agar segalanya sebagaimana perancangan.

Takut juga dia kalau-kalau ada yang melintang di hadapan. Segala-galanya boleh saja berlaku jika dipandang remeh.


‘Terima kasih kerana tetap setia untuk hidup bersama saya suatu masa nanti. Saya amat hargainya. Semoga kesetiaan ini kekal untuk selama-lamanya. Kita akan bina sebuah rumahtangga yang teguh, tetap berdiri walau apa jua ujian yang melanda.

Saya tidak akan meragui kesetiaan awak lagi – awaklah perempuan yang saya idamkan selama usia saya ini. Bukan sekadar cantik, tapi tahu menjaga nilai ekslusif kecantikan itu, buat damai di hati saya ini.

Awak sememangnya teristimewa...hingga ke akhir hayat, insyaAllah!’


Iddin menghantar emel itu, semoga Anis sentiasa memahami isi hatinya yang sangat menyayangi dirinya.

“Tak sabar nak tunggu esok.” Iddin bermonolog sendirian sambil melihat kalendar kecil di mejanya. “Anis tentunya ada di pejabat. Harap-harap semua yang lain pun ada di pejabat juga, ramai-ramai baru seronok...banyak bersaksi nanti. Kalau lelaki tu ada lagi bagus, tak de perempuan lain ke nak kacau!”




Iddin mengenakan persalinan baru yang sampai di tangannya semalam, dibelinya online dari butik Zalora. Mengenakan t-shirt merah, berseluar panjang Armadillo, dia kelihatan sedikit rugged tetapi masih lagi dalam mood casual.

Bersarapan ala kadar dengan roti bakar dan sekole milo, dia sudah bersedia dengan misinya hari ini.

Memulakan perjalanan dengan doa-doa yang bertebaran di hati, dia lancar menuju ke pejabat si tunang tersayang. Ada rindu yang bersarang di jiwanya, tidak sabar-sabar lagi untuk bersua muka dengan Anis.


‘Rasa macam dah tak sabar nak kahwin, nak ada anak...Nak tunggu sebulan lebih dah terasa macam bertahun. Awak jangan nakal-nakal lagi ya, terseksa saya ni kalau awak layan lelaki lain.
Saya ada awak sorang je...dah tak ada orang lain yang nak saya sayang. Saya betul-betul sayang awak dan rasa sangat-sangat bertuah kalau awak pun sayang saya jugak.
Sakit jiwa ni tau tengok awak hari tu...’


Sms dihantar, Iddin tersenyum lebar membayangkan kejutannya selepas ini. Dia terfikir beginilah kot rasanya apabila jiwa sudah diisi padat dengan bunga-bunga cinta, apa saja sanggup dilakukan untuk membuktikannya. Jika berminggu yang lalu hatinya mengeras tetapi hari ini dia mahu melakukan satu kejutan yang akan menghiburkan jiwa si tunangnya. Dia ikhlas melakukannya demi sebuah kasih sayang sejati.

“Kalaupun tak sehebat Jejai berhelikopter untuk bertemu Fasha, harap kejutan ini mampu menceriakan dan mengembirakan hati Anis,” bicaranya seorang diri sambil matanya tepat memandang jauh ke hadapan.

Kedatangannya hari ini langsung tidak dimaklumi Anis. Sudah tidak sabar-sabar rasanya untuk dia sampai secepat mungkin ke pejabat itu.

Handphonenya berlagu. Khabaran dari kedai bunga tempahannya bahawa dua orang stafnya sudah sampai di tempat yang dijanjikan.  

Hampir merapati kawasan parking pejabat itu dari jauh dia sudah nampak tiga bakul bersaiz sederhana yang berhias indah dengan sebahagian besarnya digubah mewah dengan Kekwa kuning. Teruja!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2012 03:03 PM | Show all posts
ish! sapa yg kena suprise nie...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 09:14 PM | Show all posts
nak lg.....hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2012 11:04 AM | Show all posts
ish! sapa yg kena suprise nie...
shahrinas Post at 4-5-2012 15:03


ok, surprise dh smpai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2012 11:04 AM | Show all posts
nak lg.....hehe
nhid_tam Post at 4-5-2012 21:14


ok, tambah sikit lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2012 11:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by sarizu at 10-5-2012 11:10

Episod 16

Iddin keluar dari kereta, berjalan terus menuju ke tempat yang dijanjikan. Berbual seketika dengan penghantar bunga. Keterujaan hatinya makin menjadi-jadi. Sudah tidak sabar-sabar. Tunggu masa yang tepat sahaja.

Seketika dia menunggu kedatangan Yusof dan Akma ke tempatnya. Dari malam tadi dia sudah merancang dengan mereka berdua untuk kejutan ini. Diceritakannya kepada mereka bahawa Anis dan kakitangan yang lain tidak perlu tahu tentang rancangannya ini. Semuanya adalah rahsia demi sebuah kejutan untuk tunang tersayang.

Jam di lengan dipandang-pandang, Iddin sudah tidak senang duduk. “Mana ni...”

10 minit menunggu, maka datanglah pengiring-pengiringnya itu, katanya baru habis meeting. Yusof dan Akma berpakaian berona merah seperti yang dipintanya, warna kesukaan Anis. Tiga bakul diagihkan setiap seorang. Bakul yang bukan sekadar membawa gubahan Kekwa kuning yang cantik, tetapi turut terisi dengan buah-buahan, cupcake dan juga taburan coklat yang berseri-seri. Itu semua hanyalah penyeri, mesej utamanya adalah kad undangan perkahwinan mereka.

Kad jemputan yang berwarna kuning keemasan disemat cantik dalam bakul itu. Bakul yang dibawa Akma dituju khas untuk Bos mereka, sekeping kad undangan disertakan. Manakala Yusof pula membawa bakul yang berisi 15 kad undangan, untuk diedarkan kepada semua staf di jabatan ini. Manakala Iddin sendiri membawa bakul yang disertakan 300 kad undangan, khas untuk edaran Anis buat tetamunya.  

Sebaik saja masuk ke ruang pejabat, Yusof lantang bersuara, “Pengumuman! Pengumuman!” Langsung semua yang berada di ruang pejabat itu memandangnya.

“Apa ni Sop?” Zizah mewakili yang lain. Mereka sangat teruja apabila melihat Yusof dan Akma tersenyum panjang mengilik bakul berhias cantik bersama, tertanya-tanya apakah surprise yang ingin dilakukan. Tetapi mereka hanya menjawab dengan senyuman lagi, lalu Akma meminta Yusof membawa dua bakul berhias cantik itu ke pantry terlebih dahulu.

Iddin pula masih berada di luar, ini rancangan yang tidak dijangkakan, idea daripada Akma sekejap tadi supaya dia jangan masuk dulu. Ikut sajalah...

Akma di dalam terjengok-jengok mencari Anis yang entah di mana. Saat macam ni boleh pulak dia hilang.  

Ada debar di hati Iddin menunggu buah hati tersayang. Kata Akma tadi dua minit, tapi ni dah lima minit lamanya. Hati dah tak keruan.

Sementara itu, Anis baru sekejap tadi dipanggil ke bilik Bos. Entah apa pula yang mereka sedang bincangkan.

Iddin diluar mula menilik diri, memastikan dirinya berada dalam keadaan yang sepatutnya. Kalau boleh ingin dilihat lebih kacak pada pandangan Anis. Angannn...

Akma muncul, tersenyum longgar. Dia menjemput Iddin masuk apabila dia sudah pasti Anis benar-benar telah duduk di mejanya.

Iddin control macho melangkah ke meja si tunang berbekalkan bakul berhias indah. Semua mata memandangnya, dia membalas dengan senyuman mesra. Anis masih tekun di mejanya, sedang meneliti fail usai meeting tadi. Masing-masing sudah tidak sabar melihat si jejaka membuat kejutan kepada si gadis.

Meja Anis diketuk-ketuk perlahan. Mahu melihat reaksi si tunang tanpa memanggilnya. Rakan-rakan Anis juga sporting, tiada riuh rendah malah mereka sepakat memerhati dari jauh sambil tersenyum-senyum tidak sabar.  

Dua saat, Anis mendongak. 15 saat dia merenung tajam, lidahnya tiba-tiba kelu untuk berkata-kata. Jejaka idaman di hadapannya tersenyum panjang. Akma, Yusof, Zizah dan semua yang ada di situ bertepuk tangan entah apa-apa. “Go Anis go,” entah suara siapa la yang melalak tu.

Bunyi deringan telefon di meja Anis mengganggu tautan pandangan mereka. Iddin menunggu bicara si tunang di talian, belum lagi dia menyerahkan bakul berisi kad undangan perkahwinan mereka yang dibawanya sejak tadi. Anis tidak nampak kerana sejak tadi tangannya di bawah, dihalang meja.

Anis kelihatan sibuk dengan tangannya membelek-belek beberapa helaian kertas di dalam fail di hadapannya. Iddin agak tentu Bos di hujung talian, nada suara Anis agak tegas jugalah.

Betullah. Anis bangun dari kerusi, “Bos panggil.” Tidak sempat untuk mereka berbicara lanjut.

“Saya ikut,” Iddin tak puas hati.

“Eh, mana boleh,” Anis serius memandangnya. Apa pulak sibuk-sibuk dia ni nak jumpa Bos jugak.  

“Apanya tak boleh, memang saya datang ni nak jumpa Bos awak.” Anis tarik muka makin serius. Datang nak cari pasal ke mamat ni?  

Iddin mengangkat bakul yang sejak tadi dibawanya ke atas meja. Mata Anis membulat. “Surprise for you. Kad undangan perkahwinan kita. I nak bagi untuk your boss sekali.” Sekali lagi Anis terkelu, tetapi sinar matanya cukup membahagiakan. Dia pandang Iddin, tersenyum manis. “Nak kasi warning sekali!” Iddin menyambung ayatnya, sambil langkah kakinya melangkah ke bilik Bos.

“Hei...,” Anis cepat-cepat menyaingi langkah Iddin, dan kini dia berada di hadapan Iddin sebelum pintu bilik Bos diketuk, lalu dibuka.

Mereka berdua masuk. Farid bukan keseorangan nampaknya. Hisyam pun ada sekali. Patutlah Anis menegah dia masuk sini! Iddin memandang Anis, matanya mengecil. Anis membalas renungan tajam, tidak mahu mengalah, dengan membawa maksud ‘jangan cari pasal!’
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 03:16 PM | Show all posts
dah nak kawin jelous la si Iddin ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 04:59 PM | Show all posts
Jadi kawin x ni???
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 07:52 AM | Show all posts
Kenapa Iddin garang sangat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2012 02:46 PM | Show all posts
alaaa...sikitnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 09:31 AM | Show all posts
belum kwin lagi yer..tgu cti sek ni kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 10:19 AM | Show all posts
dah nak kawin jelous la si Iddin ni.....
mie07 Post at 10-5-2012 15:16


standard laki lagu ni la kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 10:25 AM | Show all posts
Jadi kawin x ni???
sejuk Post at 10-5-2012 16:59


Dok pikir lagi nih nak kasi kawin ke tak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.065782 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list