View: 44422|Reply: 151
|
JPAM dekat di hati Masyarakat
[Copy link]
|
|
JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) merupakan sebuah agensi penyelamat yang ditubuhkan dibawah Akta 221 Akta Pertahanan Awam (disemak 1979). Dalam Akta 425, Akta Keselamatan Negara juga ada menyebut Jabatan Pertahanan Awam sebagai Jabatan Penyelamat yang berfungsi untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda..
Kini, dengan penjenamaan semula JPAM (dulunya JPA3), juga melalui pengenalan uniform biru ICDO (International Civil Defence Organization), skop bidang tugas JPAM dilihat lebih mesra rakyat..xhairanla ramai muda mudi bahkan golongan belia menceburkan diri dalam Pertahanan Awam.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo ade gambo uniform chantek jugak |
|
|
|
|
|
|
|
ehem2....ada lagi x gambo2 JPAM yang terbaru nyer?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# lengkuas8883
yg ni boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# firdaruddin
comey nyer awek dua orang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# lengkuas8883
ok la..just nice... |
|
|
|
|
|
|
|
mod boleh merged thread dulu............... |
|
|
|
|
|
|
|
last month budak2 JPAM bg taklimat kat tempat aku blajo berlagak nak mampus.. last2 buat CPR mintak tolong member cover.. |
|
|
|
|
|
|
|
last month budak2 JPAM bg taklimat kat tempat aku blajo berlagak nak mampus.. last2 buat CPR mintak tolong member cover..
Nama pun sukarela noksss ..... cam RELA juga. |
|
|
|
|
|
|
|
30 jalani latihan menyelamat
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 November 2013
Wan Azinuddin (kiri) dan kakitangan JPS tekun mendengar taklimat yang disampaikan anggota JPAM sebelum memulakan latihan, kelmarin.
MACHANG - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Machang tetap mengambil inisiatif bagi membantu mangsa banjir dengan mengadakan latihan menyelamat, walaupun agensi itu tidak terlibat secara langsung sebagai anggota keselamatan.
Seramai 30 kakitangan agensi itu terlibat dalam latihan menyelamat yang diadakan di pintu air Kampung Panggung, Pulai Chondong, kelmarin dengan bimbingan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Jurutera JPS Jajahan, Wan Azinuddin Wan Ibrahim memaklumkan, latihan buat julung kali bagi JPS itu bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan kakitangan dalam usaha membantu menyelamat mangsa banjir.
"Biarpun kami bukan anggota keselamatan, namun kakitangan JPS turut terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat serta membantu mangsa banjir dalam menghadapi saat-saat cemas.
"Pada musim banjir, semua agensi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Kita mengatur persiapan bersama bagi meningkatkan keupayaan bertindak pantas serta berkesan dalam keadaan mendesak dan memerlukan bantuan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, keadaan sedemikian pasti memerlukan setiap anggota dan kakitangan memiliki kekuatan mental serta fizikal agar mereka dapat memberikan khidmat terbaik kepada mangsa-mangsa banjir, pada masa yang sama diri mereka tidak terdedah kepada bahaya.
Katanya, semua agensi perlu sentiasa bersiap sedia dengan pengetahuan dan peralatan bersesuaian agar supaya mangsa banjir dapat dipindahkan atau diselamatkan sebaik sahaja mendapat arahan atau menerima maklumat.
"Latihan meliputi teknik asas menyelamat di air, berenang, teknik apungan diri, menyelamat mangsa menggunakan talu dan pelampung serta banyak lagi," katanya.
Sementara itu, Pegawai JPAM, Mohd Razman Ramli mengalu-alukan usaha JPS dan menjelaskan, ilmu yang didedahkan bukan hanya mampu membantu orang ramai tetapi dapat dikongsi bersama masyarakat serta diguna pakai pada saat kecemasan.
Tambahnya, teknik menyelamat wajar dipelajari semua anggota masyarakat untuk meningkatkan kesedaran mereka berkenaan bahaya banjir sekali gus tidak menjadikan musim banjir sebagai pesta.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/ed ... menyelamat-1.218319 |
|
|
|
|
|
|
|
JPAM akan diperkasa, jawatan dan aset akan dinaik taraf
08/11/2013 10:34am
PORT DICKSON - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diperkasa
menerusi beberapa langkah termasuk menambah dan menaik taraf perjawatannya.
Beliau berkata, aset operasi dan logistik juga akan ditambah, manakala
pejabat operasi daerah sedia ada akan dinaik taraf selain membuka pejabat operasi baharu.
"Memorandum mengenainya sedang disediakan dan akan dibentang melalui Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara," katanya dalam ucapan perasmian Himpunan Pertahanan Awam Malaysia ke-19, di sini malam tadi.
Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Daud Tahir.
Ahmad Zahid berkata, mengikut perancangan, dua projek baharu akan dilaksana tahun depan iaitu pembinaan ibu pejabat Pertahanan Awam di Sungai Merab, Selangor dengan kos RM50 juta serta projek fasa 2 Pusat Latihan Pertahanan Awam di Kluang, Johor dengan kos RM50 juta.
- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
JPAM akan diperkasa
PORT DICKSON - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diperkasa menerusi beberapa langkah termasuk menambah dan menaik taraf perjawatannya.
Beliau berkata aset operasi dan logistik juga akan ditambah, manakala pejabat operasi daerah sedia ada akan dinaik taraf selain membuka pejabat operasi baharu.
"Memorandum mengenainya sedang disediakan dan akan dibentang melalui Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara," katanya dalam ucapan perasmian Himpunan Pertahanan Awam Malaysia ke-19, di sini malam tadi.
Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Daud Tahir. Turut hadir Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia Datuk Suleiman Keling.
Ahmad Zahid berkata mengikut perancangan, dua projek baharu akan dilaksana tahun depan iaitu pembinaan ibu pejabat Pertahanan Awam di Sungai Merab, Selangor dengan kos RM50 juta serta projek fasa 2 Pusat Latihan Pertahanan Awam di Kluang, Johor dengan kos RM50 juta.
Katanya ambulans JPAM juga ditambah sebanyak 90 unit lagi iaitu 45 tahun ini dan baki akan diterima tahun depan.
Lebih 1,500 pegawai dan anggota JPAM dari seluruh negara menyertai himpunan tiga hari itu yang juga pelabuh tirai sidang latihan JPAM bagi tahun ini yang merangkumi tiga peringkat latihan utama iaitu latihan asas, latihan lanjutan dan latihan kemahiran.
Pada majlis itu Daud turut menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 40 pegawai dan anggota JPAM yang terlibat dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/jpam-akan-diperkasa-1.218826 |
|
|
|
|
|
|
|
Naik taraf perjawatan untuk perkasakan JPAM - Zahid
DAUD Tahir menyematkan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 40 pegawai dan anggota JPAM yang terlibat dengan Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah dalam Majlis Perasmian Himpunan Pertahanan Awam Malaysia Ke-19, 2013 di Port Dickson, Negeri Sembilan, malam semalam.
TELOK KEMANG 8 Nov. - Usaha menaik taraf perjawatan sedia ada dan menambah perjawatan baharu adalah antara langkah yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dalam usaha memperkasakan jabatan berkenaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jabatan itu akan menambah aset operasi dan logistik, memasang sistem amaran awam, menaik taraf pejabat operasi daerah, membina menara penyelamat pantai dan membuka pejabat operasi baharu.
Beliau berkata, semua langkah berkenaan penting bagi memantapkan operasi JPAM seiring dengan perkembangan dan keperluan semasa.
"Memorandum mengenainya kepada Kabinet telah disediakan dan dalam peringkat akhir sebelum dibentang melalui Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara," katanya dalam majlis perasmian Himpunan Pertahanan Awam Malaysia ke-19, 2013 di Port Dickson dekat sini malam tadi.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Daud Tahir.
Yang turut hadir Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia, Datuk Suleiman Keling.
Ahmad Zahid memberitahu, pembinaan ibu pejabat Pertahanan Awam di Sungai Merab, Selangor bernilai RM50 juta dan Pusat Latihan Pertahanan Awam fasa 2 di Kluang, Johor dengan kos RM50 juta adalah dua projek baharu yang akan dilaksanakan tahun depan.
Lebih 1,500 pegawai dan anggota JPAM dari seluruh negara menyertai himpunan selama tiga hari itu.
Pada majlis itu, Daud turut menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 40 pegawai dan anggota JPAM yang terlibat dengan Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... asakan-JPAM---Zahid |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah join masa zaman universiti dulu. Masa tu masih dipanggil JPA3 dan pakai uniform hijau. Kalau ada yang kenal, aku bagi klu - operasi bot terbalik. Hahaha.... |
|
|
|
|
|
|
|
JPAM tangani kes ikut prosedur
KUALA KANGSAR - Operasi memusnahkan sarang tebuan dan lebah tidak boleh dilakukan sembarangan dan perlu mengambil kira beberapa faktor selain mengikut prosedur yang ditetapkan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohamad Haspi Hamzah berkata, sarang lebah atau tebuan perlu dipantau terlebih dahulu kebiasaannya pada waktu siang sebelum operasi pemusnahan dijalankan pada waktu malam.
"Sarang lebah atau tebuan tidak boleh dibakar pada waktu siang kerana boleh membahayakan anggota operasi dan penduduk sekitar.
"Jadi, kerjasama orang awam amat diperlukan untuk memastikan tugas dapat dilakukan sempurna tanpa mencederakan sesiapa," katanya ketika mengulas aduan penduduk mengenai kelewatan operasi memusnahkan sarang tebuan, di sini.
Mengulas lanjut, menurutnya, orang awam perlu memahami tugas dan peranan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dalam menangani kes, terutama berkaitan pemusnahan sarang tebuan dan lebah.
Menurutnya, kelewatan seumpama itu kadangkala berlaku kerana pertindihan kes dan tumpuan perlu diberikan kepada kes yang berisiko lebih tinggi.
“Jika ini berlaku, kita terpaksa melakukan pemusnahan di kawasan yang berbahaya terlebih dahulu sebelum bergerak ke tempat yang kurang bahaya.
"Jadi, kita harap orang awam faham dengan situasi ini dan dapat bersabar,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, JPAM Kuala Kangsar akan mempertimbangkan operasi pemusnahan sarang serangga dalam kebun persendirian bagi mengelakkan ekosistem di kawasan berkenaan terganggu.
“Lebah dan tebuan adalah agen pendebungaan yang baik.
"Jadi, kita tidak mahu hapuskan serangga ini begitu sahaja jika ia tidak mendatangkan bahaya,” katanya.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/jp ... t-prosedur-1.223962 |
|
|
|
|
|
|
|
JPAM lancar Ops Bantu 7
ONG BADAK – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Terengganu melancarkan ‘Ops Bantu 7’ bermula semalam, dengan membuat rondaan dan membantu pengguna jalan raya yang mengalami kecemasan atau kesusahan semasa perjalanan balik kampung dan pulang semula pada musim perayaan.
Pemangku Pengarahnya, Mohd Zubir Mohd Juzad berkata, seramai 80 anggota terlibat dengan operasi membabitkan dua fasa yang bermula semalam hingga 13 Ogos ini.
“Bagi fasa pertama operasi, ia telah bermula hari ini (semalam) sehingga 7 Ogos, manakala bagi fasa kedua bermula pada 11 hingga 13 Ogos melibatkan tujuh daerah merangkumi 12 laluan di sepanjang 472 kilometer.
“Bagi operasi kali ini juga kita turut memperuntukkan 11 kenderaan termasuk ambulans, trak, pacuan empat roda, motosikal berkuasa tinggi dan sebagainya bagi membolehkan bantuan segera dihulurkan kepada mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu nanti,” katanya ketika ditemui sebaik selesai majlis perasmian operasi berkenaan.
Menurut Mohd Zubir, pihaknya turut memberi perhatian terhadap tiga lokasi yang sering berlaku kemalangan iaitu membabitkan laluan Kemaman-Kuala Terengganu (jalan pantai), Jerangau, Jabor –LPT 2 dan Kuala Terengganu – Kota Bharu.
Katanya, berdasarkan statistik Ops Bantu 6 tahun lalu, sebanyak 299 kes direkodkan membabitkan 769 mangsa yang terlibat.
“Laluan membabitkan Kuala Terengganu-Kota Bharu merupakan jalan paling banyak merekodkan kes dalam operasi sebelum ini dan tumpuan akan diberikan bagi memberi lebih keselesaan serta keyakinan pengguna ketika menggunakan laluan ini untuk pulang menyambut Aidilfitri nanti.
“Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan semua pengguna jalan raya agar merancang perjalanan masing-masing serta mengelak untuk keluar rumah pada waktu puncak selain memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan jarak jauh,” katanya.
Menurut Mohd Zubir, berdasarkan rekod kemalangan sebelum ini, kebanyakan kes tersebut berpunca daripada kelalaian pengguna itu sendiri yang keletihan dan mengantuk ketika memandu dan pemandu diingatkan agar mendapatkan rehat yang cukup sebelum pulang berhari raya.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/jpam-lancar-ops-bantu-7-1.189399 |
|
|
|
|
|
|
|
Belia disaran sertai JPAM
Peserta mendengar taklimat yang dilakukan salah seorang anggota JPAM ketika menyertai Kursus Asas Siri 2.
KUALA KANGSAR - Golongan belia disaran menyertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran hasil daripada latihan disediakan JPAM.
Pengarah JPAM Negeri Perak, Kol (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, penyertaan golongan muda dalam jabatan tersebut mampu meningkatkan kualiti dan imej JPAM di mata masyarakat.
Menurutnya, ilmu yang diperoleh semasa menyertai pasukan itu boleh digunakan untuk kehidupan mereka di samping dapat membantu orang lain.
"Mungkin ramai yang takut untuk sertai JPAM kerana mereka fikir latihan kami seperti tentera.
"Tapi latihan kami bukan sebegitu, kami lebih tekankan untuk mengajar kemahiran kepada anggota-anggota kami,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 50 anggota baru JPAM ketika Kursus Asas Siri 2, di sini.
Tambah Hassan, latihan kemahiran yang disediakan pasukan tersebut mempunyai nilai di pasaran luar kerana banyak jabatan lain berminat untuk mengambil anggota JPAM bekerja dengan mereka.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan anggota pasukan supaya menjaga disiplin mereka dan tidak melakukan perkara yang boleh memburukkan nama jabatan berkenaan.
Menurutnya, JPAM kini sudah mula diterima masyarakat hasil daripada kerja keras anggota pasukan yang berkhidmat dengan cemerlang dalam membantu masyarakat setempat.
“Justeru, anggota perlu meningkatkan lagi usaha dan memastikan imej pasukan kita terus cemerlang dan dipandang tinggi.
“Tidak guna jika hanya dipandang tinggi tetapi kita harus pastikan anggota memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat,” jelasnya.
Sementara itu, seramai 48 anggota baru JPAM menyertai Kursus Asas Siri 2 yang dianjurkan JPAM Kuala Kangsar dan Sungai Siput.
Kursus tersebut bertujuan memberi pentauliahan kepada anggota baru selain pendedahan dan kemahiran berkaitan JPAM kepada mereka.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/belia-disaran-sertai-jpam-1.183483 |
|
|
|
|
|
|
|
Tugas JPAM bukan mudah
Anggota penyelamat mempraktikkan kemahiran mereka dengan menggali lubang di bahagian kepala mangsa untuk merendahkan bahagian kepala mangsa.
Kaedah membawa mangsa lemas ke daratan.
BACHOK – Peranan penyelamat pantai yang sentiasa bertugas memantau keselamatan orang ramai yang bersantai ketika hujung minggu dan musim cuti sekolah di pantai, bukan suatu tugas mudah.
Mereka perlu memantau dan menasihatkan orang ramai agar tidak mendekati kawasan berbahaya yang boleh mengundang padah.
Pengawal pantai ini adalah anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang terlatih melalui beberapa siri kursus untuk memantapkan kemahiran menyelamat mereka.
Menyelamat di air terbuka
Ketua Jurulatih Sekolah Pengurusan Akuatik, Akademik Latihan Pertahanan Awam, Bangi, Leftenan (P.A) Abdullah Sabaruddin berkata, kemahiran menyelamat adalah wajib bagi pengawal pantai di seluruh negara.
Menurutnya, pengawal pantai perlu memiliki kemahiran menyelamat di air sama ada menggunakan peralatan seperti ‘rescue tube’ dan surfboard atau tanpa peralatan.
Katanya, pengawal pantai juga perlu mengetahui kaedah rawatan kecederaan di air untuk menghadapi kemungkinan mangsa lemas dan sebagainya.
“Pengawal pantai yang bertugas di menara pantai perlu ada kemahiran ini untuk membolehkan mereka menjalankan tugas menyelamatkan orang ramai sekiranya berlaku kes kecemasan di air terbuka seperti pantai.
“Sebab itu anggota pengawal pantai kami diterapkan dengan kursus menyelamat di air ini setiap tahun untuk memantapkan kemahiran mereka dalam menjalankan tugasan,” katanya ketika sidang media ketika Kursus Penyelamat Pantai Zon Timur di Pantai Irama semalam.
Kursus itu dikendalikan tujuh jurulatih dari Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia, Bangi. Kursus yang bermula dari 8 hingga 12 Mei melibatkan 27 peserta dari daerah Bachok, Tumpat, Pasir Puteh, Kota Bharu, Gua Musang dan Kuala Krai.
Tahun lalu, siri kursus tahunan ini mendapat penyertaan dari Terengganu dan Pahang tetapi tahun ini mereka tidak dapat menyertainya berikutan beberapa kekangan.
Beliau berkata, kursus tersebut adalah kali kedua tahun ini dan siri pertama dikendalikan untuk zon tengah di Port Dickson pada April lalu. Manakala siri ketiga dijangka diadakan pada Jun ini di Pantai Mersing bagi zon selatan.
Tidak tahu kaedah menyelamat punca gagal selamatkan mangsa lemas
Sabaruddin berkata, penyelamat pantai yang memiliki kemahiran menyelamat ini juga bukan sahaja boleh mempraktikkan untuk dirinya sendiri tetapi juga untuk membantu menyelamatkan orang lain.
Menurutnya, penyelamat pantai diajar teknik dan langkah untuk menghadapi mangsa lemas agar mereka tidak turut menjadi mangsa lemas.
“Banyak kes orang ramai yang biasa cuba untuk menyelamatkan mangsa lemas tetapi akhirnya dia sendiri yang lemas berikutan tiada kemahiran dan teknik untuk menghadapi mangsa lemas.
“Teknik ini penting kerana jika kita gagal tangani situasi mangsa lemas, penyelamat juga mungkin terheret lemas sama seperti banyak kes yang berlaku,” katanya.
Sebahagian daripada kemahiran anggota JPAM
Bagi Pegawai JPAM Bachok, Mohd Faizal Mohamed, setiap anggota JPAM boleh memilih bidang tugas yang dikehendaki mereka tetapi perlu mengetahui beberapa asas pertolongan dan menyelamat.
Menurutnya, orang ramai mungkin hanya mengetahui kewujudan JPAM untuk membantu menangkap ular dan sarang tebuan sahaja, sedangkan bidang tugas JPAM lebih luas daripada itu.
“Menyelamat di air adalah salah satu aspek yang perlu ada dalam diri anggota JPAM yang bertugas di menara pantai.
“Mereka ini akan bertugas di menara pantai setiap hari minggu dan kelepasan umum untuk memantau pergerakan orang ramai yang mandi di pantai. Orang ramai perlu patuhi arahan yang ditetapkan sebab kami bukan suka- suka buat arahan tetapi untuk keselamatan mereka juga,” katanya.
Kes lemas di Pantai Irama berkurangan sejak dua tahun lalu
Mohd Faizal berkata, sejak dia bertugas di Bachok dan anggota JPAM ditempatkan di kawasan tersebut, kes lemas semakin berkurangan dan tiada kes mati lemas sejak dua tahun lalu.
“Biasanya di pantai ini akan ada kes mati lemas hampir setiap tahun hingga ada orang mengaitkannya dengan unsur mistik.
“Alhamdulillah kes kematian akibat lemas tak ada sejak dua tahun lalu, jika ada kes lemas sekalipun mangsa lemas sempat diselamatkan.
“Saya yakin jika semua orang mematuhi arahan keselamatan dan tidak berada di kawasan larangan, kes lemas tidak akan berlaku,” katanya.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/tugas-jpam-bukan-mudah-1.159163 |
|
|
|
|
|
|
| |
|