CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4775|Reply: 6

Fenomena Ribut Matahari Cetus Kebimbangan

[Copy link]
Post time 27-1-2012 04:01 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 27-1-2012 10:11

Fenomena Ribut Matahari Cetus Kebimbangan

Fenomena ledakanyang berlaku di matahari yang dikaitkan dengan ribut matahari telah berlakupada hari Isnin 23 Jan 2012 . Ledakan terkini atau aktiviti matahari terkinidicatatkan sebagai yang paling kuat sejak tahun 2005, menurut Doug Biesecker, pakar astrofizik dari U.S National Oceanic andAtmospheric Administration (NOAA). Walaubagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang boleh mencetuskan malapetaka di bumi, ujarnya lagi.


Fenomena ledakanmatahari mencetuskan radiasi gelombang elektromagnetik yang diikuti denganradiasi gelombang dalam bentuk partikel proton. Selain itu, ledakan juga telah menghamburkan jisim korona (CoronalMass Ejection-CME) ke angkasa iaitu plasma bertenagatinggi dari matahari.




Radiasi partikel bertenaga tinggi dan hamburan jisim korona sememangnya berkait rapat dengan fenomena letusan matahari. Partikel bertenaga tinggi akan tiba ke bumi dalamjangka masa 1-2 hari sementara radiasi elektromagnetik akan mencecah bumi dalammasa 8 minit.


Menurut laporan Goddard Space Weather Lab, hamburan jisim korona dijangka akan tiba ke bumi pada haris elasa atau rabu jam 21.18.


Selain bumi,planet-planet lain yang berada di sekitar matahari turut merasai kesan dari fenomena ledakan dari ledakan tersebut. Planet Marikh akan merasai kesan tersebut pada hari Rabu bersamaan 24/Jan.


Menurut DougBiesecker, CME yang tercetus bergerak dengan halaju 6.4 juta kilometer/jammenuju bumi. Jumlah bahan yang terbebas dalam proses tersebut dianggarkanmencapai berjuta-juta kilogram.


      Pelbagai kesanakibat partikel bertenaga tinggi dan CME yang tercetus yang perlu diawasi menurut pakar. Antaranya ialah gangguan kecil fungsi satelit, gangguan sistem komunikasi dan juga GPS. Walaubagaimanapun, menurut laporan tiada perkara buruk yang serius akan berlaku ke atas manusia.


Menurut Kobus Olckers, penyelidik yang bertugas di Ises Regional SpaceWeather Warning Centre, Afrika Selatan, planet bumi dilapisi oleh medan magnet.Partikel-partikel yang terhasil dari letusan matahari itu tidak membahayakan nyawa manusia bumi kerana dihalang oleh medan magnet. Sekiranya ia boleh mengancam nyawa manusia,ianya telah berlaku semalam (Isnin 23/Jan) menurutnya lagi.


Kesan aktiviti matahari yang mencetuskan ledakan yang paling buruk pernah direkodkan berlaku pada abad ke-19. Ketika itu kesan ketara yang berlaku ialah gangguan sistem telegraf. Gangguan yang berlaku pada tahun 1989 mengakibatkan kawasan Quebec diKanada mengalami gangguan elektrik selama 9 jam.


     Walaubagaimanapun,orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Asia dan Eropah masih bolehmenikmati keindahan aurora yang terhasil dari fenomena ini.

credit to majalahsains.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 11:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 27-1-2012 11:02

Sedikit penjelasan mengenai Ribut Geomagnetik:





Ribut geomagnet adalah disebabkan interaksi antara medan magnet bumi  dengan ribut partikel bercas yg dihemburkan oleh matahari (dikenali sbg ribut solar).

Apabila partikel bercas tersebut merentasi bumi, partikel itu akan mendapat tenaga magnetik percuma dari medan magnet bumi menyebabkan terhasilnya arus elektrik merentasi dinding atmosfera. Bila ada arus elektrik, maka wujudnya medan elektrik. Putaran medan elektrik menyebabkan induksi mengikut Hukum Faraday, lalu menghasilkan medan magnet yg berubah-ubah dengan masa.
Seterusnya, gabungan medan elektrik dan medan magnet yg tercetus menghasilkan daya sokongan (Daya Lorentz) kepada partikel untuk bergerak mengikut arah medan lalu membentuk kawasan dinamakan dinamakan magnetosphere. Jaluran partikel ini dapat kita perhatikan di langit iaitu jaluran AURORA di kwsn yg tidak sepatutnya berlaku bukan kerana fenomena ribut solar.




Magnetosphere mencetuskan gangguan kepada sistem satelit dan komunikasi disebabkan "heavy magnetic field" yg dikandung dlm kwsn tersebut --> perubahan tenaga kepada partikel membentuk wave-like pattern yg berbeza akibat interferen dan penyerapan gelombang komunikasi (De' Broglie). Hasilnya, laluan gelombang komunikasi terpesong dan pengguna hdd TV mendapati sukar untuk menonton siaran bola kegemaran mereka. Jgn tendang/pecahkan tv anda pula kerana bukan tv anda yg rosak ttp siaran yg terganggu sementara akibat ribut solar. Konsep ini berlainan dengan "EMP shockwave" , jgn terconfuse..

satu soalan cepu emas untuk sesiapa yg boleh jwb

kenapa aurora masih boleh berlaku di kutub utara dan kutub selatan tanpa perlu adanya ribut solar?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 08:19 PM | Show all posts
Sedikit penjelasan mengenai Ribut Geomagnetik:





Ribut geomagnet adalah disebabkan interaks ...
dauswq Post at 27-1-2012 11:00



errr dari atom atom udara sprt oksigen nitrogen dan hidrogen yg di ionkn oleh ultraviolet dan sinar xray kosmo , trutama di kawasan E   <-------(sila refer pic diatas)  kwasan ionoshpere,tapi color aurora tuu,..tak laa sseterang masa ribot matahari tu yg pasti{:4_230:}

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 11:39 PM | Show all posts
satu soalan cepu emas untuk sesiapa yg boleh jwb

kenapa aurora masih boleh berlaku di kutub utara dan kutub selatan tanpa perlu adanya ribut solar?
dauswq Post at 27-1-2012 11:00


Salam..

Bukan bidang saya, tapi saja nak reasoning...

Kutub Utara dan Kutub Selatan mempunyai medan magnet yang sangat kuat (magnetic pole), maka jika ada cetusan medan elektrik dari apa-apa sumber sekalipun sudah memadai untuk membentuk aurora tu.

Kat tempat lain yang kurang kekuatan medan magnet, ribut solar yang membawa partikel bercas dapat menguatkan medan magnet maka aurora pun dapat terbentuk.

WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 06:42 PM | Show all posts
i harap suatu hari nnti ade teknology peng Extract kan dari wind atau ribut solar...

bayang kan dari solar wind ni kita boleh kumpul logam ke,emas ke,atau unsur unsur yg payah nak jumpe.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 08:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by applejahat at 31-1-2012 20:48
satu soalan cepu emas untuk sesiapa yg boleh jwb

kenapa aurora masih boleh berlaku di kutub utara dan kutub selatan tanpa perlu adanya ribut solar?
dauswq Post at 27-1-2012 11:00



    aurora mmg natural phenomenon yg biasa tjadi kt kutub. sbb kedua2 mmpunya tarikan graviti yg kuat. smua charged particles dr angkasa (dr matahari, bintang dsb) akn ditarik ke kutub n di tapis oleh lapisan  thermosphere. solar wind mmg slalu bertiup pun sbb tu aurora ada.
klu fenomena tu xde, dh lama bumi musnah. rsnye kot....(btulkn klu salah)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2012 09:41 AM | Show all posts
auroranya memang santek.

tapi, apakah tandanya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.081032 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list