CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Amerika bayar mangsa perang

[Copy link]
Post time 29-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Wang tebus kematian, kecederaan akibat operasi askar capai jutaan dolarKABUL: Sebagai mengakui kesilapan operasi ketenteraannya dan tanda meminta maaf, askar Amerika Syarikat mempunyai sistem pembayaran ganti rugi atau pampasan dipanggil ‘bayaran takziah’ yang membabitkan agihan berjuta-juta dolar kepada penduduk di Afghanistan dan Iraq.\rPada enam bulan pertama tahun kewangan 2011, tentera Amerika memberi AS$688,000 (RM2.09 juta) sebagai bayaran takziah dan AS$6.8 juta (RM20.67 juta) dana membaiki infrastruktur yang rosak akibat perang di Afghanistan, kata Pentagon.\r\n\n\n\n\r   Menurut Pejabat Akauntabiliti, jabatan kerajaan Amerika membelanjakan lebih AS$30 juta (RM91.2 juta) di Iraq dan Afghanistan sebagai bayaran takziah dan pampasan untuk pembayaran kesedihan pada 2003-2006, kebanyakannya di Iraq.\r\r\n\n\n\n\n   Sejak 2005, tentera Amerika membayar orang awam jutaan dolar untuk kerosakan akibat kematian disebabkan atau dipersalahkan ke atas tentera Amerika di Afghanistan.\rSeminggu selepas 15 orang awam terbunuh ketika satu operasi serbuan waktu malam oleh Amerika Syarikat di sebuah perkampungan Afghanistan dalam satu kejadian pada 2009, pemerintah tentera Amerika pergi ke perkampungan itu dan mengagihkan wang tunai  AS$40,000 (RM121,600) sebagai ‘bayaran takziah.’\rSaudara mara mangsa di perkampungan itu dibayar AS$2,500 (RM7,600) bagi setiap kematian, AS$500 (RM1,520) untuk dua lelaki yang cedera dan AS$1,500 (RM4,560) untuk membaiki infrastruktur kampung.\rDalam satu lagi kes, dipetik akhbar The Washington Post, berdasarkan dokumen Kor Jurutera Tentera, Amerika memberi AS$190,278 (RM578,445.11) sebagai bayaran takziah di Uwayrij, Iraq.\r\n\n\n\rBayaran adalah sebagai tanda simpati dan penyesalan dalam kes terdiri daripada kemalangan lalu lintas sehingga kehilangan anggota badan atau kematian. \rWalaupun dengan jumlah wang dibelanjakan, amalan itu tidak didedahkan kepada umum.\rDari Januari hingga Oktober 2011, kematian orang awam akibat operasi Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di Afghanistan mencapai 500 orang. Tidak diketahui nilai bayaran takziah yang diberi dalam perkara itu.\r“Sebahagian besar program memberi pampasan dan ganti rugi dibiayai oleh Jabatan Pertahanan. Dana takziah dan ganti rugi atas kesedihan ditakrif isu strategik,” kata Pemerintahan Bersama ISAF di Kabul dalam satu e-mel.\rWalaupun ISAF enggan mendedahkan skala pembayaran, buku panduan Tentera Amerika-Afghanistan bertajuk  ‘Wang Sebagai Sistem Senjata – Afghanistan’ bertarikh Februari 2011 dan diterbitkan di laman web www.publicintelligence.net, menggariskan amalan dan prosedur bayaran itu.\rKatanya, bayaran diberi bagi setiap individu atau harta benda yang rosak. \rContohnya, dua anggota keluarga sama terbunuh dalam satu kemalangan kereta apabila dilanggar tentera Amerika. Oleh itu, kata buku panduan berkenaan:\r“Pemerintah tentera berpangkat 0-5 boleh meluluskan bayaran sehingga AS$2,500  (RM7,500) setiap seorang atau harta benda yang rosak.\r“Komander tentera berpangkat O-6 boleh meluluskan sehingga AS$5,000 (RM15,200) setiap seorang atau harta benda yang rosak.”\r“Dalam keadaan luar biasa, satu unit boleh membayar sehingga AS$10,000 (RM30,400) setiap orang atau harta benda yang rosak, namun ia perlu diluluskan Pegawai Awam Amerika.\rJusteru, jika dua anggota keluarga sama terkorban dalam satu kemalangan kereta apabila dilanggar tentera Amerika, ketua isi rumah boleh menerima maksimum AS$10,000 bagi setiap kematian dan AS$2,500 untuk kerosakan kenderaan.\rBayaran takziah atau kerosakan perang untuk tentera Afghanistan  (ANA)/Polis Nasional Afghanistan (ANP) adalah atas dasar mengikut kes.\rPendapatan purata seorang individu di Afghanistan adalah kira-kira AS$370 (RM1,124.80), menurut angka UNICEF pada 2009. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044544 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list