CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9599|Reply: 56

Cinta Ke? (U)

[Copy link]
Post time 30-1-2012 01:24 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jaza2008 at 6-2-2012 00:22

testing testing testing

Hari ini hari yang paling bersejarah dalam hidupku. Tidak pernahaku terfikir untuk berkahwin dan menghabiskan masa bersama bestfriend akusendiri. Orang yang aku anggap sudah seperti abangku sendiri. Kadang-kadang akutertanya-tanya adakah dia jodohku..?


“Aku terima nikahnyaErina bt Luqman dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai” lafaz Shahril.

Usai doa dibaca, upacara menyarung cincin dilakukan. Air mata akumengalir ketika Shah menyarung cincin di jari manisku dan setelah itu diamencium dahiku. Mata kami bertemu dan Shah hanya menghadiahkan senyuman yangmanis kepadaku. Aku keliru ketika itu adakah dia benar-benar mencintaiku atau perkahwinanini hanyalah sebagai satu alasan bagi dia memenuhi syarat untuk menjadipengurus di syarikat bapanya itu.


Selepas tetamu semua beransur pulang ke rumah masing-masing, Shahmengajak aku masuk ke biliknya. Aku hanya menurut kehendaknya. Entah kenapa akumenjadi tidak keruan selepas apa yang berlaku malam itu.


“ Aku tau kau masih lagi bingung sekarang ni” Shah memulakan bicaranya.Aku hanya mendiamkan diri. Salah aku jugak kerana bersetuju untuk bernikahdengannya.


“ Jangan risau.. Ni semua sekejap je.. Aku terpaksa buat semua ni untukdapatkan pangkat tu.. Kau fahamkan?” ujar Shah lagi.


“ Aku faham.. Kau kan bestfriend aku.. Aku kena lah tolong” aku mulabersuara. Aku cuba menyembunyikan rasa hati yang mula kecewa. Walaupun akutidak pernah menyimpan perasaan terhadap Shah, namun aku akan cuba untukmengekalkan hubungan kami ini selama-lamanya.


“ Lepas ni panggil aku Abang.. abang nak kita hormat antara satu samalain” pinta Shah.


“ Err.. perlu ke? Erm.. not bad.. ok abang” aku mengangguk tandapersetujuan selepas sejenak terdiam.


Kehidupan aku dan dia seperti dalam drama tv yang mengisarkan rumahtangga yang dibina bukan sebab rela. Aku dan dia masih seperti dulu tanpapengetahuan sesiapa.


bersambung.. (if rmai yg respon br nak smbg..smgt ckit..hehe..komen jgn x komen kwn2)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 08:47 AM | Show all posts
cam best je...kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 12:07 PM | Show all posts
tengok pada n3 pertama, nampak lebih best dari suzuki best...teruskan lagi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 01:19 AM | Show all posts
Erina dan Shahril melangkah beriringan ke dalam restoran untuk menikmati makan malam
mereka selepas seharian penat bekerja. Sejak mereka berdua bergelar pasangan suami
isteri, Erina jarang memulakan perbualan dan hanya menunggu Shahril berkata-kata.

“ Macam mana kerja hari ni Rina? Banyak kerja?” soal Shahril selepas makanan siap dipesan.

“ Macam biasalah.. hari ni first day Rina kerja lepas kita cuti kahwin haritu. Penat sikit jelah.. Abang pulak?” soal Erina pula. Erina ialah seorang pensyarah di sebuah ipts di KL.

“ So far ok.. Takde masalah.. Biasalah tu..” ujar Shahril. Dia terseyum mendengar keluhan isterinya itu.

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan mereka sampai. Sedang mereka berdua enak menjamu selera, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan Linda dan Rizal yang merupakan rakan kuliah mereka. Mereka berdua juga merpati dua sejoli yang sekarang sudah mempunyai ikatan yang sah.

“ Hey kawan lama.. lama tak jumpa korang lah..!” ujar Rizal sambil mengambil tempat duduk berhadapan Shahril dan diikuti Linda.

“Tulah.. wedding aku pun korang tak datang kan.. macam nilah kawan” Shahril pura-pura merajuk.

“ Sorry lah.. aku dengan Lin kena pergi kursus masa tu.. bukannya sengaja.. by the way, aku tak sangka yang korang ni bercinta sebenarnya” Rizal senyum menyindir. Dia masih tidak mempercayai kerana waktu mereka di university, Erina dan Shahril sering bertengkar walaupun bersahabat baik.

Erina berasa sedikit terkejut mendengar kata-kata Rizal, malu jugak kerana dia dikatakan bercinta dengan Shahril walhal itu sama sekali tidak benar. Erina hanya terdiam dan menunggu reaksi Shahril.

“ kau ni Riz.. Aku dah selamat menikah pun dengan RIna.. Kau kena percaya lah kan Rina” ujar Shahril sambil memandang tepat ke mata Erina.

“ Err.. A’ah.. betol lah tu..” jawab Erina pendek. Dia cepat-cepat melarikan pandangan matanya ke arah Linda.

“ Sweet betol diaorang ni kan bie.. Eh, kita dah lewat lah.. nak pergi rumah papa kejap lagi” Linda sempat mengerling jam tangannya. Selepas bersalaman, mereka beredar meninggalkan Erina dan Shahril.

Tiba mereka di rumah, Erina terus melangkah masuk ke biliknya namun Shahril sempat menahan langkahnya dengan mencapai tangan Erina. Erina terpempan seketika dan langkahnya terhenti.

“ Abang rasa kita patut belajar… mencintai antara satu sama lain” Shahril menghadap Erina dan berkata dengan nada yang serius.

“ hah? Abang ok ke ni? Demam ke?” balas Erina. Pelik dengan permintaan Sharil yang tiba-tiba itu.

“ No, abang serius.. abang terfikir yang kita tak sepatutnya mensia-siakan hubungan kita ni” genggaman tanggannya dieratkan lagi. Kalaulah Erina tau bahawa sejak kali pertama dia mengenali Erina, hatinya sudah terpaut dengan kecantikan dan keayuan gadis itu. Cuma dia tidak tahu untuk meluahkan dan dengan cara ini saja dia dapat mendekati gadis itu.

“ Apa Shah cakap ni? Rina tak fahamlah” Erina meleraikan genggaman itu. Dia bingung dengan sikap lelaki itu. Jujurnya dia mula menaruh perasaan terhadap lelaki itu sejak mereka bernikah Cuma dia takut akan dipermainkan sebagaimana apa yang terjadi pada zaman silamnya dulu.

" bagi Rina masa.." pinta Erina melangkah masuk ke kamarnya. Shahril hanya membiarkan apa yang dilakukan Erina. Mungkin betul Erina perlukan masa untuk berfikir tentang permintaannya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 08:30 AM | Show all posts
malu-malu sayang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2012 01:02 AM | Show all posts
Erina merebahkan tubuhnya diatas katil. Otaknya kian ligat berfikir tentang apa yang dikatakan oleh Shahril. Berbagai-bagai persoalan berada dalam fikirannya sekarang.

Sementara itu, Shahril di bilik cuba memujuk hatinya supaya memberikan Erina sedikit masa. Dia harus faham yang bukan mudah untuk Erina menerima cintanya dan dia juga tidak tahu adakah Erina sudah mempunyai seseorang yang istimewa atau tidak?

Shahril melangkah ke mejanya dan segera membuka laptop dan terus memasuki laman social ‘facebook’. Dia terus mengupdate statusnya tentang apa yang berlaku sebentar tadi dengan harapan Erina memahami kemahuannya.

“ Semua orang berhak diberi peluang”

Shahril menanti sehingga beberapa minit berlalu.  Ramai yang member respon terhadap statusnya. Tak kurang juga yang menyukai statusnya itu walaupun pendek tetapi bermakna.

Setelah puas melayari intenet, Shahril keluar ke ruang tamu dan terus menonton televisyen. Sesekali die menoleh ke arah bilik Erina.

‘Eh taknak keluar ke dia ni? Asyik kat dalam je.. tak bosan ke?’ bisik Shahril sendirian.  Dia tidak sabar mahu mengetahui respon Erina.

Seketika kemudian, Erina keluar dari bilik dan sempat mengerling Shahril yang sekejap-sekejap menoleh ke arahnya. Dia terus melangkah ke dapur dan bibirnya terukir senyum.

‘Rindu kat akulah tu’ Desis hati Erina. Mana tidaknya kebiasannya mereka suka meluangkan masa bersama apabila tiba malam. Namun masing-masing masih menganggap seperti bersama rakan dan tidak lebih dari itu.

Erina menyediakan dua cawan kopi dan sepinggan biskut lemak dan terus melangkah ke arah Shahril yang pura-pura khusyuk menonton drama di televisyen.

“ Minumlah..” ujar Erina sambil meletakkan hidangan itu di atas meja yang terletak di hadapan Shahril.

“ Dah habis fikir?” Tanya Shahril terus terang. Hatinya sudah tidak tahan untuk menunggu.

“ Err.. entahlah.. Cuma Rina takut untuk mencuba..takut dikecewakan” ujar Erina perlahan namun masih dapat didengari Shahril.

“ Abang mintak satu je.. Bagilah peluang pada hubungan kita ni.. Sampai bila kita nak macam ni kan?” soal Shahril. Tangan Erina terus disentuh dan digenggam. Dia mahu Erina merasa keikhlasan di hatinya.

“ Tapi…” Erina masih lagi ragu-ragu namun dia dapat merasa hatinya kuat mengatakan bahawa cintanya untuk Shahril.

“ Please.. janganlah ada tapi-tapi Rina” pinta Shahril sekali lagi.

“ Ok..tapi jangan sekali-kali abang mainkan perasaan Rina..” Akhirnya Erina akur dengan permintaan suaminya itu. Shahril tersenyum lantas mengangguk tanda bersetuju. Di saat itu, masing-masing mengharapkan yang terbaik buat mereka berdua. Di hati mereka bertekad untuk mencintai satu sama lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2012 09:31 AM | Show all posts
hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 08:34 PM | Show all posts
best,...sambung lg yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2012 01:15 AM | Show all posts
Shahril tersenyum mengenangkan peristiwa malam tadi. Dia bersyukur kerana Erina sudi menerimanya. Dia mahu hubungan mereka baik dan berkekalan hingga akhir hayat. Di pejabat, dia merenung frame gambar perkahwinan mereka. Dalam gambar itu, mereka kelihatan seperti pasangan yang mencintai antara satu sama lain. Shahril mencapai telefonnya dan segera menaip mesej untuk diberikan kepada Erina.

Rina, jom tengok wayang malam ni.. kita tengok Ombak Rindu


Erina yang baru sahaja selesai mengajar melangkah ke biliknya yang terletak tidak jauh dari bilik kuliah. Dia terdengar bunyi telefonnya yang menandakan ada mesej masuk lantas membacanya. Dia tersenyum pendek.

‘Dah start nak menggatal la ni.. ajak aku tengok cerita romantic pulak’ gumamnya sendrian. Namun Erina senang dengan kelakuan Shahril. Dia segera menaip mesej untuk membalasnya.


Okay jugak..malam ni kita keluar..tunggu Rina kat rumah yeMalam itu mereka keluar bersama-sama. Malam itu malam pertama mereka keluar sebagai pasangan suami isteri. Usai membeli tiket dan popcorn, mereka beriringan melangkah masuk ke dalam dewan pawagam itu. Ketika baru wayang bermula, Shahril meletakkan tangannya dibahu Erina dan Erina pula malu-malu meletakkan kepalanya di bahu Shahril.


‘Romantik jugak bestfriend aku ni kan..Ooopss..husband laa..hihi’ fikir Erina sendirian.


Apabila tiba babak sedih, tanpa disedari air mata Erina mengalir laju. Entah kenapa babak Aaron Aziz marah kepada Maya Karin begitu menyentuh emosinya. Shahril sedar Erina menangis menonton babak itu. Dia segera mengeluarkan sapu tangan birunya dan menghulurnya ke Erina. Erina menyambutnya dan memandang tepat ke wajah Shahril.


“ Abang takkan buat macam ni kan?” bisik Erina perlahan.


“ Rina..insyaAllah I won’t do it.. Percayakan saya ye.. Dah..jangan sedih lagi” balas Shahril ke telinga Erina.


‘ Abang janji sayangku..’ desis hati Shahril. Dia berjanji bahawa dia tidak akan melukai hati isteri tercintanya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 09:03 AM | Show all posts
sweet...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 08:46 PM | Show all posts
sweet....hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2012 01:17 AM | Show all posts
Dari hari ke hari Shahril dan Erina semakin rapat. Berlagak seperti orang sedang mabuk bercinta. Semakin hari semakin bercambah kasih sayang di antara mereka.

Selepas pulang dari pejabat, Erina terus singgah di pasaraya Econsave untuk membeli barang-barang dapur. Dia mahu masak hidangan istimewa untuk makan malam mereka nanti. Dia mahu membuat kejutan kepada Shahril memandangkan usia perkahwinan mereka sudah genap 4 bulan.

Selesai membeli semua keperluan, Erina melangkah ke satu butik pakaian. belum sempat dia masuk ke dalam butik itu, seseorang memanggil namanya dari belakang. Dia segera menoleh.

“ kau rupanya Linda..ingat siapalah tadi” ujar Erina sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Linda.

“ kau sorang je ke ni?Shah mana?” soal Linda. Matanya merayau mencari-cari kelibat Shahril.

“ jangan tanya aku.. kau pun sorang jugak” balas Erina selamba. Dia juga tak nampak Rizal di sekitar situ.

“ Aku tak kerja harini..pergi klinik.. singgah sini kejap vari apa yang patut” ujar Linda sambil tersenyum.

“ Klinik? Sakit ke beb? Asal Rizal tak teman sekali?” Tanya Erina bertalu-talu.

“ amboi..banyaknya tanya.. beb, doctor dah sahkan aku pregnant..two months already” beritahu Linda dengan gembiranya. Rizal juga masih belum mengetahui hal itu.

“ hah?yeke..congrats Lin.. jaga diri kau baik-baik lepas ni” pesan Erina.

“ wah..pesan macam dah ada pengalaman je.. korang bila lagi? Anak ni pengikat kasih sayang tau” ujar Linda bersungguh.

Kata-kata Linda membuatkan Erina berfikir sejenak.

‘Ye tak ye jugak…aku selalu dengar orang cakap camtu’ gumam Erina sendirian.

Tak lama kemudian, mereka masing-masing meminta diri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 08:20 AM | Show all posts
best...kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 12:19 PM | Show all posts
best2!!..
next next
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 07:06 PM | Show all posts
interesting. di tengah kesibukan saya. terklik tajuk yg ini pulak...well...i am reading this ...it's cute , nice hahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 07:44 PM | Show all posts
waaa....bez nya..apa jdi lpas tu????!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2012 09:06 PM | Show all posts
apakah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2012 02:35 AM | Show all posts
Erina menyusun hidangan makan malam mereka sambil tersenyum. Sebentar lagi Shahril pasti pulang. Dia terus melangkah ke biliknya untuk membersihkan diri. Beberapa minit kemudian, Erina sudah lengkap berpakaian t-shirt merah dan dipadankan dengan skirt labuh berwarna pink. Erina kelihatan sangat comel bila menggayakan skirt itu. Tanpa berlengah, dia terus melangkah ke meja solek. Rambutnya yang panjang paras pinggang itu diikat agar nampak lebih kemas.  

Shahril mengambil briefcase coklatnya lalu keluar dari Hyundai Sonata miliknya. Dia terus melangkah ke pintu masuk rumahnya. Baru sahaja dia melangkah masuk, dia terlihat Erina sudah menunggunya di sofa sambil tersenyum.

“ Eh, Rina tunggu abang balik harini?” ujar Shahril tersenyum. Selama ini agak jarang Erina menyambutnya ketika dia pulang dari pejabat.

“ abang lapar tak? Jom pergi dapur” ajak Erina. Dia sengaja membuat muka manja dengan Shahril yang sedang memandangnya pelik. Shahril hanya menurut ajakan Erina.

“ Surprise!! Special only for you..” bisik Erina di telinga Shahril. Kini dia yakin dengan perasaannya, dia sudah jatuh cinta dengan suaminya. Hanya Shahril yang bertakhta di hatinya. Dia berharap Shahril juga begitu.

“ Abang rasa terharu sangat.. hurm, sedapnye.. jom makan abang lapar dah ni” Shahril bersuara. Tanpa berlengah, dia terus menyuap makanan ke dalam  mulutnya. Mereka menikmati makan malam itu dengan gembira.

Malam itu, Shahril sengaja mengajak Erina tidur bersama. Erina teragak-agak. Namun entah kenapa kakinya melangkah mengikut kehendak Shahril.

‘ maybe dah sampai masanya untuk aku menjalankan tanggungjawab sebgai seorang isteri sepenuhnya’ bicara Erina dalam hati.

“ I love you sayang” luah Shahril. Luahan Shahril mengejutkan Erina. Namun dia hanya terdiam. Malu mungkin bila mendengar luahan hati lelaki yang disayanginya.

“ I love you too abang” ujar Erina setelah sejenak terdiam. Seketika kemudian mereka hanyut dalam dunia cinta mereka berdua. Malam itu secara rasminya menjadi malam pertama mereka walaupun sudah berbulan berkahwin.

p/s:thanks kawan2 yg berikan support utk cite yg xseberapa ni.. keep reading ya~~
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 08:54 PM | Show all posts
next2...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 12:25 AM | Show all posts
good luck to tuan tanah smoga dpt mencari idea tuk menyambung smpai endingnya.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.064426 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list