CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7741|Reply: 8

Ziana Zain menang Anugerah Hot Mom PPMH2011/12 dan Sedetik Lebih menang Anugerah

[Copy link]
Post time 30-1-2012 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by zeonite at 30-1-2012 13:17

Anugerah PPMH Julang Artis-Artis Popular
Sehari sebelum Anugerah Juara Lagu ke 26 berlangsung, majalah hiburan popular, Media Hiburan telah menganjurkan Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011 / 12 (PPMH)  pada malam tadi.  Walaupun anugerah itu tidak disiarkan di saluran televisyen, tetapi ia berlangsung cukup meriah kerana dihadiri oleh ramai artis-artis popular.
Sebanyak 18 anugerah dipertandingkan dan pemilihan pemenang dibuat berdasarkan undian sepenuhnya daripada peminat. Undian awal dijalankan bermula awal 2011, manakala undian untuk calon Top 5 dilakukan dari Jun hingga Disember tahun lalu.
Mengulas tentang penganjuran anugerah itu, Editor Media Hiburan, Meen Tahrin menjelaskan, Anugerah PPMH diadakan bertujuan untuk menghargai golongan artis dan selebriti yang mewarnai dunia hiburan air tanah air.
“Setiap tahun akan ada perubahan dalam anugerah yang dipertandingan. Perubahan ini berlaku kerana ia bergantung kepada permintaan peminat. Setiap pemenang adalah pilihan pembaca seratus-peratus. Kalau sesebuah anugerah itu dirasakan tidak lagi relevan, kita akan singkirkan. Tahun ini contohnya tidak ada lagi Anugerah Artis Lelaki / Wanita Gigi Tercantik. Tetapi kita ada Anugerah Hot Mama dan Hot Papa,” ulas Meen.
Tentang pemilihan Datuk Yusof Haslam sebagai penerima Anugerah Khas Media Hiburan, Meen memberitahu pemilihan itu dibuat bagi menghargai jasa penerbit dan pengarah filem itu dalam industri hiburan tanah air.
“Jika dihitung, sudah banyak kejayaan yang diperolehi oleh Datuk Yusof Haslam. Boleh dikatakan semua filem yang diterbitkan beliau mendapat sambutan yang memberansangkan. Malah, ada yang mendapatkan kutipan pecah panggung di luar dugaan. Selain itu, penglibatannya dalam industri perfileman juga berjaya mencungkil ramai bakat-bakat baru yang berbakat. Pemilihan Datuk Yusof Haslam dibuat oleh kumpulan editorial Media Hiburan sendiri dengan persetujuan pengurusan atasan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd,” ujar Meen.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah PPMH 2011/12
1. Anugerah Ikon - Datuk Siti Nurhaliza
2. Anugerah Harapan - Yunalis Zarai
3. Anugerah Selebriti Favourite - Shahiezy Sam
4. Anugerah Selebriti Cekal - Abby Abadi
5. Anugerah Duda Hot - Norman Hakim
6. Anugerah Janda Hot - Nora Danish
7. Anugerah Selebriti Kacak - Aaron Aziz
8. Anugerah Selebriti Jelita - Rozita Che Wan
9. Anugerah Hot Papa - Aaron Aziz
10. Anugerah Hot Mama - Ziana Zain
11. Anugerah Selebriti Stylo - Stacy
12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit Saifullah
13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) - Fauziah Gous
14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi
15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira
16. Anugerah Seksi (Lelaki) - Norman Hakim
17. Anugerah Seksi (Wanita) - Fazura
18. Anugerah Khas Media Hiburan - Datuk Yusof Haslam
kredit: gua.com.my
******************************************************************************************************
Hafiz  Menang AJL26, Gondol RM45,000
KUALA LUMPUR: Lagu Awan Nano dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.
Dengan kemenangan Awan Nano ciptaan komposer M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat, nyanyian oleh Hafiz  telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.
Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
Awan Nano telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna) dan  Sedetik Lebih (Jaclyn Victor).
Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).
Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh Tiga Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura)  sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir  dan lirik oleh Audi Mok  nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
Persembahan 12 finalis AJL25 diadili seramai 30 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Johan Nawawi, Cat Farish, Ajai, Dimas (Hujan), Taja (Meet Uncle Hussein), Fauzi Marzuki dan Azmeer selaku ketua juri.
Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.
Sementara itu, bagi kategori yang baru diperkenalkan, Anugerah 'Juara Mobile'bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih, ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.
Pertandingan  bertemakan air yang menterjemahkan simbolik aliran dan prestasi industri muzik tempatan itu dihoskan oleh gandingan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.
Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor Awie, Datuk Shiela majid dan Jamal Abdillah untuk persembahan pembukaan, manakala nyanyian Black, Azlan & The Typewriter dan Hazama pula pada segmen interlud dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS.
kredit:mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 05:53 PM | Show all posts
apa anugerah mcm ni?? rambut kuku gigi semua nk vote ke?? hot sejuk taw2 je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2012 06:45 PM | Show all posts
Reply 1# zeonite
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 12:01 AM | Show all posts
apa anugerah mcm ni?? rambut kuku gigi semua nk vote ke?? hot sejuk taw2 je
tebuanharimau Post at 30-1-2012 17:53



    selama nih ziana ketepikan album n karier semata2 nk menang anugerah ni ka??
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 08:58 AM | Show all posts
selama nih ziana ketepikan album n karier semata2 nk menang anugerah ni ka??
micha Post at 2-2-2012 00:01


yg penting meletop katenyer
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 03:39 PM | Show all posts
selama nih ziana ketepikan album n karier semata2 nk menang anugerah ni ka??
micha Post at 2-2-2012 00:01


errmmmm... x tau nk komen ape la kaka....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2012 06:57 PM | Show all posts
album terbengkalai. janji kosong jer kak jena...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 07:30 AM | Show all posts
anugerah lawak2 semalaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 04:45 PM | Show all posts
anugerah perampas x da ker ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.392995 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list