CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Tempahan kenderaan terjejas

[Copy link]
Post time 1-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) berharap Bank Negara Malaysia melonggarkan kembali syarat baru pinjaman sewa beli kereta yang di kuat kuasa tahun ini kerana ia dilihat sudah mula menjejaskan jualan kenderaan di negara ini.\rPengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata susulan syarat baru yang ‘ketat’ itu, pendaftaran kereta baru dalam bulan ini susut antara 15 hingga 20 peratus, manakala tempahan baru pula turun lima peratus.\r\n\n\n\n\r  “Berikutan pelaksanaan syarat baru itu, ia menyebabkan tempahan baru kereta PERODUA serta pendaftarannya dalam bulan ini makin menurun.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami berharap Bank Negara boleh melakukan sesuatu mengenainya bagi menghalang prestasi semasa berkenaan berterusan merudum kerana ia boleh menjejaskan industri automotif tempatan,” katanya selepas menganjurkan jamuan sambutan Tahun Baru Cina untuk media di Kuala Lumpur semalam.\rSebelum ini, penilaian bagi mendapatkan pinjaman kereta adalah berdasarkan pendapatan kasar bakal pembeli, namun bermula 1 Januari lalu, Bank Negara mengarahkan bank meluluskan pinjaman berdasarkan pendapatan bersih, dalam usaha mengekang peningkatan paras hutang isi rumah.\rBerikutan syarat baru itu, ia turut menyebabkan proses kelulusan pinjaman sewa beli kenderaan mengambil masa yang lebih lama iaitu antara tujuh dan lapan hari.\rWalaupun menyokong usaha badan pengawal selia itu mengekang hutang isi rumah, Aminar berkata, Bank Negara perlu mengkaji mekanisma lain untuk menangani hutang dan bukan mengetatkan kemudahan kredit untuk pembelian kereta.\r\n\n\n\rKatanya, jumlah jualan kereta yang lebih rendah akan menjejaskan keseluruhan ekosistem industri automotif negara yang merangkumi segmen pengeluaran, pengedaran, vendor komponen selain institusi kewangan.\rTahun lalu, PERODUA mencatatkan jualan 180,000 unit kenderaan, dengan jumlah penguasaan keseluruhan industri sebanyak 30 peratus, sekali gus menjadikannya sebagai jenama automotif paling diminati di Malaysia untuk enam tahun berturut-turut.\rMengenai pasaran eksport, Aminar berkata, PERODUA sedang berusaha menembusi Afrika Selatan dan negara Arab, selain meningkatkan penguasaan pasaran sedia adanya di Sri Lanka, Indonesia dan Mauritius.\r“Bagi meningkatkan eksport dan bersaing dengan jenama automotif bertaraf dunia lain, PERODUA akan terus memantau dan meningkatkan kualiti rangkaian vendornya supaya dapat bersaing dengan pasaran global yang lebih maju.\rDalam ucapannya pada majlis itu, Aminar turut berkata penggemar kereta kompak boleh mengharapkan sesuatu yang ‘menarik’ di bilik pameran PERODUA Khamis ini, namun enggan mendedahkan apakah tarikan berkenaan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 1.879022 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list