|
Pelajar tak tersenarai minggu pertama raih hadiah utamaKUALA LUMPUR: Pemenang hadiah utama pertandingan Cabaran Laluan Berliku Berita Harian, Ahmad Ridzwan Bakhtiar Affendy, 18, tidak menyangka penyertaannya semata-mata untuk memenangi Ipad2 membuahkan hasil lebih lumayan dari dijangka.\n\n\n\n Pembaca setia Berita Harian itu membawa pulang hadiah utama sebuah kereta PROTON Saga FLX 1.3 transmisi manual bernilai RM37,000, mengakui hampir berputus asa selepas pemenang bagi minggu pertama diumumkan dan dirinya tidak tersenarai. \n\n\n\n\n “Saya memang inginkan Ipad2 kerana akan melanjutkan pelajaran selepas ini, namun ayah sentiasa beri sokongan supaya jangan berputus asa dan menghantar borang penyertaan sehingga bertuah memenangi sebuah kereta.“Keluarga kami melanggan akhbar ini memandangkan ia padat dengan maklumat. Ayah sendiri adalah pembaca setia Berita Harian sejak beliau belum berkahwin lagi,” katanya selepas menerima hadiah yang disampaikan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid di Balai Berita, semalam.Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali; Pengarang Eksekutif Berita, Norhayati Md Said ; Pengarang Eksekutif Rencana, Zainor Said dan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan Berita Harian, Hanizam Abdullah.Pada majlis sama, 40 pemenang hadiah mingguan turut sama menerima hadiah Ipad2 masing-masing.\n\n\nPertandingan berkenaan menerima sambutan hangat pembaca akhbar ini apabila menerima lebih 130,000 penyertaan selama empat minggu pertandingan dari 7 hingga 13 Disember tahun lalu bagi minggu pertama, 14 hingga 20 Disember (minggu kedua), 21 hingga 27 Disember (minggu ketiga) dan 28 Disember hingga 3 Januari 2012 (minggu akhir).Pemenang minggu ketiga yang membawa pulang Ipad2, Yee Jin Lan, 22, berkata selepas ini dia tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan anjuran Berita Harian.“Saya mula membaca akhbar ini sejak Tingkatan Lima bagi meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Melayu, dan ini kali pertama menyertai pertandingan dianjurkan Berita Harian,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|